Berita Harian: Nasional |
Kemelesetan di AS, Eropah tak jejas Malaysia Posted: 21 Jan 2012 05:05 PM PST Nasional LEBIH 2,000 orang hadir pada penyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Klebang, di Ipoh, semalam. Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata ramalan itu dibuat pada Januari tahun lalu dan berdasarkan perangkaan Bank Dunia dalam tempoh sama mendapati pertumbuhan Malaysia adalah pada kadar 4.8 peratus. Katanya, ekonomi negara mempunyai daya tahan, selain didorong Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh iaitu penggunaan, pelaburan kasar dan eksport yang tinggi serta pengurangan perbelanjaan kerajaan. "Sekiranya berlaku kemelesetan ekonomi yang diramalkan berlaku di Eropah, pertumbuhan negara hanya akan terjejas sebanyak 0.6 peratus."Jika Eropah dan Amerika mengalami kemelesetan tahun ini, pertumbuhan kita hanya akan terjejas 0.7 peratus," katanya. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan baucar Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada 2,500 penduduk di Parlimen Tambun, di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Klebang, di sini, semalam. Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Datuk Nadzri Ismail dan ADUN Ulu Kinta, Datuk Rusnah Kassim. Katanya, laporan Bank Dunia juga menunjukkan Malaysia tidak perlu mendapatkan pinjaman luar bagi menghadapi krisis ekonomi berikutan memiliki rizab asing Bank Negara Malaysia berjumlah RM423.4 bilion, pada 31 Disember 2011. "Paras rizab itu memadai untuk membiayai import selama 97 bulan dan bayaran pinjaman jangka pendek sebanyak empat kali," katanya. Dalam perkembangan lain, Ahmad Husni berkata, populasi penduduk di Indonesia yang lebih besar adalah faktor utama menarik pertumbuhan kemasukan pelaburan asing (FDI), berbanding di Malaysia. Katanya, pelabur asing tertarik kepada negara yang mempunyai populasi yang besar kerana memiliki potensi ekonomi yang tinggi, selain kos buruh yang rendah. "Sedangkan, negara kita kini tertumpu kepada menggalakkan industri kreatif dan inovatif, bukan tenaga buruh," katanya mengulas laporan mengenai Indonesia mendahului Malaysia dalam FDI di rantau Asia Tenggara, iaitu Indonesia mencatatkan RM59.8 bilion bagi tahun lalu, manakala Malaysia RM31 bilion bagi tempoh sama. |
Posted: 21 Jan 2012 05:01 PM PST Nasional Najib harap Tahun Naga bawa sinar harapan, kemakmuran kepada semuaKUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia memperteguhkan semula tekad bagi mempertahan, mengukuh dan menyubur perpaduan nasional yang dibina selama ini secara bertatih berasaskan prinsip toleransi, penerimaan dan seterusnya meraikan kepelbagaian. Perdana Menteri berkata, sesungguhnya kebersamaan yang ada di antara rakyat adalah lebih besar daripada perbezaan yang wujud. "Semua kita mendambakan masa depan lebih baik untuk diri dan anak kita, oleh itu, marilah kita berusaha bersama-sama bagi memastikan masa depan yang sarat harapan untuk semua," katanya dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina yang dimuatkan dalam laman blog beliau, 1Malaysia semalam.Najib yang mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya berharap Tahun Naga yang diraikan akan membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada semua. "Marilah kita meneruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum. "Bukalah pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah tembok pemisah dan pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati kita," katanya.
Dalam perutusan sama, Timbalan Perdana Menteri berkata, hanya dengan memupuk rasa ikhlas, rakyat dapat hidup dengan harmoni dan bersama-sama menghadapi apa juga rintangan serta cubaan yang mendatangi kita. "Keikhlasan itulah yang bakal mengikatkan hubungan antara penduduk berbilang kaum di negara ini. "Tanpa keikhlasan maka akan timbul rasa hasad dengki dan iri hati serta saling tidak mempercayai antara satu sama lain yang akhirnya akan merosakkan hubungan sesama kita," katanya. Muhyiddin juga berharap kedatangan Tahun Naga yang disambut oleh masyarakat Cina esok bukan saja di negara ini malah di serata dunia akan terus membawa kemakmuran, kesejahteraan dan limpahan rezeki kepada semua. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan