Ahad, 22 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Samseng pecah cermin 28 kereta

Posted:

Samseng pecah cermin 28 kereta

Samseng pecah cermin 28 kereta

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my


SEORANG mangsa, Zahariah Amram, 33, membersihkan sisa pecahan kaca cermin kereta miliknya di Rumah Pangsa Lobak, Seremban, Negeri Sembilan, semalam. - BERNAMA


SEREMBAN 22 Jan. - Akibat tidak berpuas hati dengan seorang lelaki, sekumpulan samseng bertindak ganas dengan memecahkan cermin 28 buah kereta di Rumah Pangsa Lobak di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 2 pagi itu, kumpulan terbabit dikatakan mencari dan menjerit nama 'Mani' sebelum bertindak merosakkan kereta-kereta di pekarangan rumah pangsa itu.

Difahamkan, kumpulan samseng bersenjatakan parang yang terdiri daripada lelaki berusia 20 hingga 30-an itu berbuat demikian dipercayai kerana bermotifkan dendam.

Tindakan kumpulan itu menyebabkan penduduk kawasan berkenaan terjaga dari tidur, namun tiada yang berani menghalang kerana bimbang dicederakan.

Menurut penduduk, R. Papthiban, 31, yang telah tinggal di kawasan berkenaan sejak 10 tahun lalu, dia hanya mampu melihat beberapa lelaki merosakkan kereta Nissan Sunny miliknya.

"Ketika tidur seorang jiran datang ke rumah dan memaklumkan kereta saya dipecahkan sekumpulan lelaki.

"Sungguh terkejut apabila melihat mereka memecahkan cermin tingkap kereta saya menggunakan parang panjang dan menjerit nama Mani...Mani... Namun tiada penduduk yang kenal siapa Mani," katanya di sini hari ini.

Seorang lagi penduduk, S. Murugan, 43, memberitahu, dia kesal dengan tindakan kumpulan terbabit kerana menjadikan penduduk yang tidak bersalah sebagai mangsa dendam mereka.

"Kami tidak kenal siapa yang mereka cari, sebaliknya kami yang menjadi mangsa tindakan tidak bertanggungjawab kumpulan itu," katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi hari ini memberitahu, polis masih menyiasat bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

"Kita akan panggil saksi bagi membantu siasatan," ujarnya sambil memberitahu kes itu disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 akta sama kerana merosakkan harta benda.

Full content generated by Get Full RSS.

Adik pemain badminton cedera kena tikam

Posted:

Adik pemain badminton cedera kena tikam

Adik pemain badminton cedera kena tikam

PULAU PINANG 22 Jan. - Adik kepada pemain badminton beregu negara, Chan Peng Soon dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, selepas cedera parah akibat di tikam di perut dan rusuk kirinya di sebuah kelab malam di Jalan Union Street di sini.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi, mangsa, Chan Peng Keat, 21, sebelum itu dikatakan bertengkar dengan seorang lelaki ketika hendak mengambil teman wanitanya di kelab berkenaan sehingga berlaku pergaduhan dan mengakibatkan pemuda tersebut ditikam.

Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam tandas berkenaan sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan.

Peng Soon ketika ditemui di sini berkata, keadaan adik bongsunya tersebut masih lemah dan baru sedarkan diri sejak dimasukkan ke hospital semalam.

"Saya sedih dengan kejadian yang menimpa adik saya kerana berlaku dua hari sebelum kami sekeluarga mahu menyambut Tahun Baru Cina," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, dia tidak pasti sama ada adiknya itu mengenali suspek memandangkan dia belum berkesempatan bercakap dengan mangsa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang tangkapan setakat ini.

"Kita menjalankan siasatan terhadap motif serangan termasuk mengesan suspek. Kita juga menunggu keterangan daripada mangsa kerana masih lemah dan dirawat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ahmad Bakhtiar berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan