Harian Metro: Setempat |
Posted: 26 Jan 2012 11:10 AM PST KUALA LUMPUR: Busuk, jijik dan kotor. Itu gambaran boleh diberikan di kawasan sekitar Pudu, di sini, apabila beberapa lokasi yang menjadi tumpuan warga asing dipenuhi sampah-sarap, malah laluan pejalan kaki turut terdapat tompokan merah sisa ludahan sirih. Tinjauan Harian Metro ke kawasan berkenaan mendapati timbunan sampah-sarap berlonggok di kaki lima jalan dan longkang meskipun pihak berkuasa tempatan menyediakan tong sampah di sepanjang jalan terbabit.
Difahamkan terdapat warga asing yang mengambil mudah serta sesuka hati membuang sampah di kaki lima jalan dan longkang.
Pekerja kilang warga Myanmar yang hanya mahu dikenali sebagai Aye Tut, 34, berkata sirih makanan tradisi masyarakat negaranya dan mereka mengamalkannya sejak kecil menyebabkan amalan itu terbawa-bawa hingga dia bekerja di Malaysia.
Sementara itu, pekerja restoran di situ, Azlina Mohd Bakri, 28, berkata, dia kurang selesa dengan perbuatan warga asing yang meludah sisa sirih, malah tindakan membuang sampah di merata tempat menyebabkan Pudu sering dilabel kawasan kotor serta menjijikkan.
Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 26 Jan 2012 11:00 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) mengesahkan hanya tiga unit kediaman membabitkan tiga keluarga yang terjejas teruk dalam kejadian ribut di blok E, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka, Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini, kelmarin. Menurut sumber KWPKB, hasil siasatan terperinci pihaknya mendapati kebanyakan rumah di PPR terbabit hanya mengalami kerosakan kecil serta masih boleh didiami namun ia akan dibaik pulih Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). "Hanya tiga unit kediaman terbabit rosak teruk dan tidak selamat diduduki. Keluarga berkenaan akan ditempatkan di unit kediaman blok itu yang masih kosong sehingga proses baik pulih selesai. "DBKL melalui Jabatan Penyelenggaraan memperuntukkan dua bulan bagi membaiki unit kediaman yang terjejas teruk termasuk unit yang mengalami kerosakan kecil. Kerja pembaikan bermula sebaik saja kejadian itu semalam (kelmarin)," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan