Ahad, 22 Januari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


'Terserah tafsiran anda'

Posted:

'Terserah tafsiran anda'

'Terserah tafsiran anda'

Oleh HERMAN HAMID dan M. SHAHRINNAHAR ABD. LATIB
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 21 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan kepada umum untuk menafsirkan sama ada pelbagai bentuk bantuan yang diberikan kerajaan termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menandakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin hampir

"Itu bacaan masing-masing. Terserah kepada bapak (anda) semua, bacaan masing-masing," kata Perdana Menteri kepada pemberita selepas melancarkan program Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Tanjung Lumpur, di sini hari ini.

Pada sidang akhbar berkenaan, Najib ditanya sama ada pemberian pelbagai bentuk bantuan sejak kebelakangan ini khususnya BR1M menandakan PRU-13 semakin hampir.

Sementara itu, berhubung kaji selidik Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) yang mendapati sebahagian besar daripada 2,559 responden percaya Barisan Nasional (BN) akan terus berkuasa, Najib berkata, beliau mengakui teruja dengan laporan itu dan percaya ia didorong oleh proses transformasi oleh kerajaan.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan agenda transformasi untuk membawa negara menuju kepada sebuah negara maju diakui ramai.

''Kita telah buktikan dalam masa tiga tahun ini, begitu banyak pembaharuan yang telah kita lakukan, begitu banyak idea baru yang telah dapat kita cetuskan.

''Saya percaya ini akan banyak membantu ke arah memantapkan lagi keyakinan rakyat kepada kerajaan," jelasnya.

Menurut kaji selidik Umcedel, 43 peratus daripada 2,559 responden dari seluruh negara percaya BN akan terus berkuasa dan hanya 18 peratus berpendapat pembangkang akan mengambil alih kerajaan, manakala 39 peratus tidak pasti.

Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri mengumumkan Pelabuhan Kuantan di Gebeng akan dinaik taraf supaya dapat digunakan oleh kapal-kapal besar untuk berlabuh di situ.

"Kita lihat banyak kapal yang membawa kontena ini selalunya bersaiz besar. Kalau kita tidak besarkan dan mendalamkan pelabuhan, ini akan merugikan.

"Ini juga akan menyebabkan jumlah dagangan melalui pelabuhan ini akan mengucup," katanya.

Oleh itu, katanya, jika mahu pelabuhan tersebut menjadi nadi utama ekonomi Pantai Timur, maka kerajaan perlu mendalamkan pelabuhan tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Rakyat diajak bersikap teguh suburkan perpaduan atas dasar toleransi

Posted:

Rakyat diajak bersikap teguh suburkan perpaduan atas dasar toleransi

Rakyat diajak bersikap teguh suburkan perpaduan atas dasar toleransi

KUALA LUMPUR 21 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru rakyat supaya memperteguhkan semula tekad untuk mempertahan, mengukuh dan menyuburkan perpaduan nasional secara bertatih berasaskan prinsip toleransi, penerimaan dan meraikan kepelbagaian di dalam masyarakat.

Melalui perutusan Sambutan Tahun Baru Cina 2012 yang dipetik di dalam blognya, www.1Malaysia.com.my, Najib berkata, perpaduan nasional boleh dicapai di atas prinsip kesamaan yang lebih besar berbanding perbezaan yang ada di dalam masyarakat.

"Semua kita mendambakan masa depan yang lebih baik untuk diri dan anak-anak kita, oleh itu marilah kita berusaha bersama-sama bagi memastikan masa depan yang sarat harapan untuk semua," katanya.

Najib seterusnya mengucapkan selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikan perayaan itu dengan harapan Tahun Naga membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada mereka.

"Marilah kita meneruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum.

"Bukalah pintu-pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah tembok-tembok pemisah dan pagar-pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati-hati kita," kata beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Undang-undang tak bertujuan aibkan orang tetapi berdasarkan aduan mangsa

Posted:

Undang-undang tak bertujuan aibkan orang tetapi berdasarkan aduan mangsa

Undang-undang tak bertujuan aibkan orang tetapi berdasarkan aduan mangsa

KUANTAN 21 Jan. - Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, kerajaan tidak menggunakan peruntukan undang-undang kesalahan liwat untuk mengaibkan mana-mana pemimpin politik seperti didakwa pihak tertentu.

Jelas Perdana Menteri, sebaliknya asas pertuduhan liwat itu dibuat apabila terdapat aduan daripada mangsa kerana setiap rakyat negara ini mempunyai hak yang sama di sisi undang-undang tanpa mengira kedudukan.

"Tidak diaibkan. Ia soal aduan yang dibuat oleh seorang individu. Dalam undang-undang negara ini, semua orang ada hak yang sama tanpa mengira kedudukan.

"Kita tak boleh ada dua set undang-undang, satu pembangkang, satu untuk yang lain," katanya sebagai mengulas kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan undang-undang berkaitan liwat digunakan kerajaan untuk memalukan musuh politik di negara ini.

Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan pelancaran Ihsan Samudera Peringkat Kebangsaan di Tanjung Lumpur, di sini hari ini.

Laman web www.malaysiakini.com dalam laporannya menyatakan Anwar mencadangkan supaya undang-undang yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, dipinda termasuk peruntukan dalam seksyen 377 (B) dan 377 (C) Kanun Keseksaan.

Mengenai dakwaan sesetengah pihak bahawa Barisan Nasional (BN) terlibat dalam keputusan Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar daripada tuduhan liwat, Najib berkata, kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dalam hal itu sudah jelas.

''Kenyataan Peguam Negara sudah jelas, bahawa ini soal individu bukan libatkan kerajaan," tegas Perdana Menteri.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada undang-undang yang didakwa sebagai lapuk akan dimansuhkan atau tidak, Najib berkata: "Apa undang-undang pun dibuat atas kepentingan masyarakat. Kalau kepentingan masyarakat masih merasakan undang-undang itu wajar dikekalkan, jadi kita tak akan pinda."

Sementara itu, Najib mengakui ramai yang melihat pendirian pembangkang dalam perkara itu memperlihatkan seolah-olah mereka mengamalkan dwi standard iaitu mahukan dua set undang-undang yang berbeza untuk pemimpin mereka.

Katanya, malah dalam soal kebebasan akhbar sendiri boleh dilihat sikap dwi standard pembangkang itu apabila hanya membenarkan media tertentu sahaja membuat liputan sidang akhbar mereka.

''Malah ada akhbar yang disekat sama sekali walhal kalau kita percaya kepada kebebasan media, mengapa kita nak sekat media tertentu hadir sidang akhbar kita. Itu satu contoh (demokrasi pembangkang)," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan