Jumaat, 27 Januari 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Jangan terpedaya janji Pas

Posted:

Jangan terpedaya janji Pas

Jangan terpedaya janji Pas

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
shofi.isa@utusan.com.my


Adnan Yaakob (tengah) bersalaman dengan tetamu yang hadir pada sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2012 di Kuantan, kelmarin. Turut hadir Liow Tiong Lai, Pheng Yin Huah dan pemimpin MCA Pahang.


KUANTAN 27 Jan. – Rakyat negeri ini diingatkan supaya tidak terpedaya dengan janji Pas yang mahu memberikan mereka tanah untuk lot rumah sekiranya dapat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, Pahang kini mempunyai tanah seluas 3.6 juta hektar dan daripada jumlah itu hanya tiga peratus iaitu kira-kira 100,000 hektar yang boleh digunakan.

"Yang lain adalah tanah rizab seperti rizab hutan, lombong dan tasik yang tidak boleh digunakan. Rakyat negeri ini pun kini berjumlah 1.5 juta orang dan dengan keluasan tanah hanya 100,000 hektar yang boleh digunakan, adakah Pas boleh berbuat demikian?

"Jadi, orang jahil ini hanya boleh menipu orang jahil sahaja, kalau mereka yang tidak jahil, dia tidak boleh tipu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas hadir sebagai tetamu khas pada majlis perayaan Tahun Baru Cina 2012 anjuran Gabungan Persatuan-Persatuan Tionghua Kuantan di sini semalam.

Hadir sama sebagai tetamu khas ialah Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang juga Menteri Kesihatan dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini berkata, setiap rakyat di negeri ini akan mendapat tanah untuk lot rumah sekiranya pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negeri pada PRU-13 nanti.

Adnan berkata, walau apa pun isu yang dimainkan pembangkang di Pahang, beliau tetap berkeyakinan tinggi Barisan Nasional (BN) akan tetap memerintah negeri ini pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau nak kira pasal isu, sampai kiamat pun tak habis. Pembangkang akan terus bangkit pelbagai isu di sini. Tetapi saya yakin BN bukan sahaja akan kekal memerintah di Pahang, malah di Putrajaya juga," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Impian Pahang raih dua pingat emas acara pecut sukar

Posted:

Impian Pahang raih dua pingat emas acara pecut sukar

Impian Pahang raih dua pingat emas acara pecut sukar


Wan Adnan Wan Mamat (dua, kiri) bertanya khabar kepada Mohd. Firdaus Mohd. Fadzil di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan, kelmarin.


KUANTAN 27 Jan. - Impian Pahang untuk mengutip pingat emas dalam acara pecut 100 dan 200 meter olahraga pada Sukan Malaysia (Sukma) Ke-15 dilihat sukar apabila sandaran utamanya, Mohd. Firdaus Mohd. Fadzil mengalami kecederaan serius selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya Jumaat lalu.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, Mohd. Firdaus yang menunggang motosikal bersendirian dipercayai dilanggar oleh sebuah kereta di Jalan Bukit Bay Route di sini sebelum dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk menerima rawatan.

Ini menyebabkan atlet berusia 19 tahun dari Muadzam Shah, Rompin itu kini hanya mampu terlantar di wad dan tidak dapat meneruskan latihan meskipun Sukma semakin hampir.

Mohd. Firdaus ketika ditemui di HTAA berkata, walaupun mengalami kecederaan serius, dia tetap bersemangat untuk meneruskan latihan selepas ini sekali gus mengambil bahagian dalam Sukma kali ini.

"Saya rasa sesuatu yang amat merugikan jika tidak dapat bertanding dalam acara 100 dan 200 meter pada temasya Sukma di Pahang.

"Jika saya sempat pulih daripada kecederaan ini, saya ingin beraksi kerana saya telah melakukan persiapan rapi untuk kejohanan tersebut," katanya ketika ditemui di HTAA semalam.

Pada kejohanan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) tahun lalu, Mohd. Firdaus berjaya mencatat masa terbaik iaitu 10.65 saat (s) dan catatan masa itu dilihat lebih baik berbanding rekod Sukma 2010 iaitu 10.71s.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Wan Adnan Wan Mamat yang ditemui ketika melawat Mohd. Firdaus berkata, tragedi menimpa atlet tersebut adalah sesuatu yang tidak dijangkakan.

"Kita berharap ada peserta lain yang boleh menggantikan tempat beliau untuk meneruskan cabaran dalam usaha meraih pingat bagi Pahang," katanya.

"Ini kerana untuk dia cepat pulih adalah satu keajaiban dan sekiranya sembuh, dia mungkin tidak dapat memberikan prestasi terbaik 100 peratus dalam waktu terdekat," katanya.

Semasa lawatan itu, Wan Adnan turut menyampaikan sumbangan kerajaan negeri dan Majlis Sukan Pahang (MSP) berjumlah RM1,500.

Full content generated by Get Full RSS.

Kemalangan maut di Lipis meningkat

Posted:

Kemalangan maut di Lipis meningkat

Kemalangan maut di Lipis meningkat

KUALA LIPIS 27 Jan. - Kadar kemalangan maut di daerah Lipis pada 2011 meningkat sebanyak 40 kes berbanding hanya 35 kes pada 2010.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, dalam tempoh sama, jumlah kematian juga bertambah kepada 53 kes berbanding hanya 49 kes iaitu peningkatan sebanyak 8.16 peratus.

"Bagi kes kemalangan jalan raya di daerah ini pula, tahun lalu merekodkan sebanyak 963 kes berbanding 921 kes pada tahun sebelumnya," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pelancaran Kempen Bersepadu Keselamatan Jalan Raya Musim Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Benta dekat sini semalam.

Majlis itu dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kemudahan Asas dan Pengangkutan negeri, Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri, Datuk Zakaria Man; Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) negeri, Mohd. Zairasyahli Shah Zakaria dan wakil Ketua Jabatan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Asisten Supritendan Zainal Abidin Othman.

Menurut beliau, jumlah kes membabitkan kecederaan parah pada tahun lepas pula menunjukkan penurunan sebanyak 6.25 peratus, iaitu 15 kes berbanding 16 kes pada tahun sebelumnya.

"Kes kecederaan ringan juga menurun sebanyak 13.15 peratus, iaitu 33 kes berbanding pada 2010 sebanyak 38 kes.

"Jumlah kompaun yang dikenakan kepada pesalah jalan raya bagi pelbagai kesalahan pemanduan tahun lepas pula menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 17.47 peratus.

"Ia melibatkan nilai RM1.14 juta berbanding pada 2010 yang mana jumlah kompaun cuma sebanyak RM969,869," ujarnya.

Sehubungan itu, Abdul Razak meminta pengguna jalan raya yang pulang bercuti ke Pantai Timur dan Lembah Kelang agar lebih berwaspada ketika berada di laluan yang kerap berlaku kemalangan maut di daerah ini untuk menghindarkan sebarang insiden buruk.

"Seramai tiga pegawai bersama 18 anggota trafik Lipis bertugas sepanjang Ops Sikap Ke-25 ini di lokasi yang telah dikenal pasti sebagai kawasan hitam yang kerap membabitkan kemalangan maut," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan