Ahad, 22 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Dapatkan minyak masak di pejabat KPDNKK jika bekalan habis: Ismail Sabri

Posted: 22 Jan 2012 02:12 AM PST

Mutakhir

BERA: Peniaga yang kehabisan bekalan minyak masak boleh mendapatkan bekalan itu di pejabat cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di seluruh negara ketika musim perayaan Tahun Baru Cina ini.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya menyediakan stok simpanan minyak masak yang banyak sebagai persediaan menghadapi kemungkinan berlakunya kehabisan atau kekurangan bekalan minyak masak sempena cuti perayaan itu.

"Kebiasaannya di musim cuti perayaan, ramai yang mengadakan majlis kenduri dan sebagainya menyebabkan penggunaan minyak meningkat dan kehabisan atau kekurangan bahan tersebut di pasaran. "Bagi mengatasi kemungkinan perkara itu berlaku, semua pejabat cawangan KPDNKK diarah supaya menyimpan stok bekalan minyak masak yang secukupnya terutamanya minyak jenis paket seberat 1 kilogram," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Klinik Bergerak Puteri Prihatin anjuran Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bera di Felda Bukit Pucung, Bera di sini, hari ini.

Setakat hari ini, katanya tiada sebarang laporan diterima mengenai kekurangan bekalan minyak masak atau barang keperluan lain.

"Peniaga atau peruncit yang kehabisan bekalan minyak masak boleh mendapatnya di pejabat cawangan KPDNKK di tempat masing-masing," katanya.

Ismail Sabri berkata, peniaga dan peruncit juga dibenarkan menyimpan barang keperluan termasuk minyak masak lebih daripada biasa untuk keperluan musim perayaan ini.
Bagaimanapun, beliau berkata mereka tetap tertakluk di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 yang dilarang menjual barangan kawalan lebih daripada harga yang ditetapkan.

"Kuatkuasa ke atas 13 jenis barangan terkawal di bawah skim kawalan harga musim perayaan berakhir hujung bulan ini," katanya.

Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata, seramai 1,900 anggota penguatkuasa KPDNKK serta 1,300 pemantau harga bertugas 24 jam bagi memantau harga barang kawalan di musim perayaan ini.

"Orang ramai yang menghadapi sebarang masalah, termasuk kekurangan serta kehabisan bekalan atau mendapati peniaga menaikkan harga barang kawalan boleh melaporkan kepada bilik gerakan cawangan KPDNKK yang dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang setiap hari walaupun pada hari cuti am," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

34 wartawan China dipenjara sepanjang tahun lalu

Posted: 22 Jan 2012 01:32 AM PST

[unable to retrieve full-text content]BEIJING: Sekurang-kurangnya 34 wartawan China dikenakan hukuman penjara tahun lalu kerana melakukan beberapa kesalahan termasuk menghasut dan mendedahkan rahsia kerajaan, menurut kumpulan hak asasi tempatan selepas pentadbiran Beijing mengenakan sekatan terhadap media.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan