Berita Harian: Nasional |
Kerajaan lantik firma akaun audit projek PFN Posted: 18 Jan 2012 03:01 PM PST Nasional MUHYIDDIN bertanyakan sesuatu kepada pelajar selepas majlis Pra-Pelancaran Kuala Lumpur World Robot Olympiad (WRO) 2012, di Putrajaya, semalam. Turut sama Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong. KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melantik sebuah firma perunding perakaunan untuk menjalankan penelitian wajar dan audit terhadap projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) bagi melindungi kepentingan kerajaan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata audit merangkumi dari segi penggunaan dana pinjaman, pengurusan dan kewangan projek berkenaan. "Tugas ini dijangka tamat dalam tempoh sebulan," katanya dalam satu kenyataan semalam.Muhyiddin juga menjelaskan National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) adalah syarikat usaha sama antara Agroscience Industries Sdn Bhd dengan Kerajaan Malaysia diberi mandat sebagai pelaksana projek PFN. Berikutan itu, beliau berkata, kerajaan memberi pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada syarikat berkenaan dan setakat ini, sejumlah RM181 juta dikeluarkan. Sabtu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan aset NFC dibekukan bagi membantu siasatan dakwaan berlaku penyelewengan dana kerajaan dalam projek yang turut dikaitkan dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Projek penternakan lembu bernilai RM250 juta yang dibiayai dana awam di Gemas, Negeri Sembilan itu mencetuskan kontroversi berikutan laporan Ketua Audit Negara 2010 apabila sasaran pengeluaran dikurangkan daripada 60,000 lembu kepada 8,000 lembu. Sebelum itu, Shahrizat yang juga Ketua Wanita UMNO mengesahkan bercuti daripada menjalakan tugas sebagai menteri selama tiga minggu. Dalam tempoh itu beliau berharap SPRM menjalankan siasatan sama ada dirinya terbabit atau tidak dalam sebarang keputusan kerajaan mengenai NFC di mana suaminya, Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail memegang jawatan sebagai pengerusi Eksekutif NFC. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmanboban sks Kalau sudah ada bukti nyata tidak perlu lantik audit luar. Hukum sahaja mereka yang bersalah tidak kira pangkat atau darjat, ini amanah rakyat....pemimpin yang pecah amanah patut ditolak dan dilucutkan jawatan serta merta,sekarang bukan masanya untuk berdolak dalih dan "main selamat" kepada mana-mana yang terlibat,ingatlah rakyat jelata sekarang sedang memerhatikan gerak geri pemimpin,rakyat kini sudah bijak...fikir-fikirkanlah. bakri wajar di siasat untuk mencari kebenaran demi membersihkan nama kerajaan. wajar kerajaan berbuat demikian kerana demi kepentingan awam, rakyat perlu tahu sebenarnya yang terjadi. jangan nila setitik rosak susu sebelanga. roslan lan inilah dunia,jgn lupa kt akan ada satu dunia lg, iaitu dunia akhirat.. Full content generated by Get Full RSS. |
10 ahli pasukan khas semak semula SBPA Posted: 18 Jan 2012 03:00 PM PST PUTRAJAYA: Kerajaan semalam menyerahkan watikah perlantikan kepada 10 ahli pasukan petugas bagi menyemak semula Pelaksanaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA). Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata, pasukan khas dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam itu juga akan menjemput wakil kementerian, ketua skim perkhidmatan, kesatuan dan persatuan sekerja serta pihak berkaitan jika ada keperluan dalam usaha menyelesaikan isu berbangkit SBPA yang dikuatkuasakan 1 Januari lalu. "Semua isu berhubung pelaksanaan SBPA perlu sampai kepada kita (pasukan petugas) dalam tempoh sebulan ini dan pasukan petugas akan memanggil mereka untuk perbincangan lanjut, malah kita sudah menerima banyak maklum balas, termasuk menerusi e-mel. "Kita akan mengambil kira semua ini. Jika ada isu membabitkan perguruan umpamanya, kita akan memanggil Ketua Pengarah Pelajaran dan juga persatuan untuk perbincangan dan mencari penyelesaian," katanya selepas Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan kepada 10 ahli pasukan petugas itu di sini, semalam. Pasukan petugas itu ditubuhkan selepas kerajaan mengumumkan SBPA akan disemak semula dan perbincangan dengan pihak berkaitan diadakan bagi menyelesaikan isu dibangkitkan pihak tertentu berkaitan pelaksanaan SBPA. Pasukan itu diberi tempoh dua bulan sehingga 16 April depan untuk mengkaji isu dibangkitkan dan seterusnya mengemukakan cadangan kepada kerajaan. Mohd Sidek berkata, pasukan petugas berkenaan akan berusaha mendapatkan penyelesaian terbaik mengenai isu dibangkitkan, tetapi menegaskan kerajaan mempunyai kekangan tertentu yang mungkin tidak dapat memenuhi kehendak semua pihak. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenmariamarnardo ermmm asyik duk kaji jer,xtau bulan berapa plak dapat gaji baru..sepatut dapat januari 2012...myde jan 2013 baru dapat kot....huhuhu haru biru la perancangan tak strategik mcm nie,,,menyusahkan rakyat jer,,,,,, wak untong ler saper2 keje ngan gomen kerap naik gaji elaun itu elaun ini..kami kat swasta ni sampai bekarat ler usah kan nak elaun revised gaji pon tak pernah rasa, tapi keringat dipulas habis2an sampai kering ahmad saya dah lima tahun tak naik gaji dah langgar dinding katakan, mari SPBA ni gaji saya sama dengan mereka yg 4 tahun kemudian dari saya tak memberi makna langsung orang lama orang baru. affin Buat lah yang terbaik. dusuntomodkiulu Sebagai penjawat awam saya amat menghargai setiap keputusan yang dibuat oleh kerajaan namun demikian sebelum sesuatu cadangan terutama daripada JPA, harus ada penelitian yang terperinci agar sesuatu keputusan yang dibuat oleh kerajaan atas cadangan JPA atau CEAUPACS agar tidak ada penangguhan atas alasan ketidakpuasan. Saya juga ingin mencadangkan kepada JPA agar menyemak semula STATUS pemegang sijil STPM dan DIPLOMA kerana apa yang saya faham sekarang STPM dan DIPLOMA adalah sama taraf dengan gred gaji yang sama sedangkan kedua ini adalah berbeza. Sebagai pemegang DIPLOMA saya rasa tersisih dari segi kelayakan dan penerimaan gaji. saya harap JPA dapat membezakan STATUS DAN GRED GAJI BAGI KEDUA-DUA INI. shah saya mencadangkan agar bagi pegawai yang tinggal melebihi jarak 25KM dari tempat kerja
shah salam...... terima kasih kerana mengkaji semula skim ini.. saya cadangkan disini supaya pegawai pelaksana gred 17 yang mempunyai diploma tangga gaji nye dinaikan sedikit iaitu mungkin pada tangga T3 atau T5 kerana mereka ini mempunyai tanggungan pinjaman PTPTN untuk dibayar. sarai Bagus kenaikan gaji tu ,tetapi kami yang tercicir dg32 ni yg terus ke dg41 amat jauh perbezaan gaji dari kawan yang tidak melanjutkan pelajaran ke univerity.Harap kumpulan kami yg tercicir dg32 yang terus ke dg41 ini mendapat perhatian sewajarnya. Izwan Sahari susah nya kalau ada orang yg mcm Jeffri bin Bujang ni...tak faham ekonomi kut rasa2 nya...klu Malaysia ni lubuk emas ke lubuk minyak ke....tak pa la jugak nak pukul rata 20%...tahu tak wahai En Jeffri, kenaikan secara purata itu akan mengakibat kan jurang ekonomi yg sgt luas...skrang lagi orang nak bagi rapat....dia nak ikut cara dulu...sorry to say...itu cara orang Bodoh Ekonomi.... Mohd. Noor Yazid bagi pensyarah universiti DS54 (prof. madya). Perlu ambil kira senioriti dan jangan longgok kepada satu kelompok sahaja. Misalnya yang telah berada di T9 diturunkan kepada T3. Walaupun tangga gaji nya lebih tinggi, tetapi senioritinya mesti diambil kira. Saya mencadangkan yang berada T9 dikekalkan pada T9 (atau lebih tinggi) dalam SBPA. Sanderson Eversmen Sepatutnya pasukan khas ini ditubuhkan sebelum SBPA ini dikuatkuasakan. Perbincangan (konsultasi) sewajibnya dijalankan terlebih dahulu dengan semua pihak yang bakal terlibat dengan SBPA ini. bukan syok sendiri sahaja , memperkenalkan sistem baru yang tidak komprehensif dan tidak bersedia di kuatkuasakan. guru pemerhati cuba lihat guru yang sudah timebse 4 @ 5 tahun dulu tak kiralah 41 , 44 @ 48 bandingkan dengan guru yang baru dpt time bulan okt 2011, mengapa gaji mereka sama selepas pelarasan gaji Jan 2012? lily macam mana gaji jururawat desa (bidan) lebih kurang sama banyak dengan jururawat kesihatan? padahal jururawat desa hanya lulusan spm??? mohd faizal bin zamnuddn saya amat bersetuju PM malaysia kita menyeru org yg berkenaan mengkaji SBPA dgn telus adil dan saksama...saya begitu hairan mcm mana kwn2 saya ada yg bakal menerima gaji byk dan ada yg kurang...bukan ka masa belanjawan pm ada umumkan kenaikan 7% - 13%.dan kenapa ianya berbeza....memandangkan kos sara hidup yg meningkat...tq dj Jika guru itu telah berkhidmat 20 tahun (layak time-based DG48, i.e. 10 + 10) berbanding SBPA 16 tahun, (i.e. 8 + 8 , maka gaji dia mestilah dianjak tidak kurang daripada 4 tahun ke hadapan berbanding yang 16 tahun perkhidmatan ikut SBPA. Norashikin Md Tahir saya menyokong sepenuhnya pelaksanaan tersebut. Tetapi saya amat berharap supaya skim SBPA dilaksanakan dalam masa terdekat bagi membolehkan penjawat awam membuat permohonan pinjaman perumahan pertama mengikut kelayakan pinjaman gaji skim SBPA.Ini kerana sebelum skim ini ditangguhkan, kebanyakan penjawat awam telah membuat permohonan pembelian rumah kerana pihak kerajaan telah mewar-warkan pelaksanaan gaji SBPA mulai Januari 2012.
Kamalariffin bin Jaih Saya mewakili rakan-rakan lain mencadangkan agar dikaji semula kenaikan tangga gaji yang menafikan senioriti iaitu setahun perbezaan dlm SSM mengapa sama dalam SBPA . Yang membezakan hanya tarikh kenaikan selama 4 bulan sahaja.Contoh DG 48 T3 = dgn T4 dlm SBPA , sedangkan dlm SSM beza setahun antara keduanya. Harap kaji semula agar keadilan terserlah. Jang Jagindaz Kalau gaji naik alhamdulillah. Cuma kalo dapat, kumpulan sokongan ni diberi keistimewaan Cuti Belajar Bergaji Penuh..Syukur Alhamdulillah...Gaji ciput, nak blajar kene lak separuh gaji atau tanpa gaji..Takde makna
niza Semoga keputusan yg dibuat adalah yg terbaik. Diharapkan Gred N17 diberi perhatian sewajarnya. liza sabjan Tlg jgn terlepas pandang PA yg bkelayakan Sijil. Mrkk belajar extra 2 1/2thn tp disamakan dgn PA yg guna SPM je. Tq jeffri bin bujang saya cadangkan pelaksannan gaji kakitangan kerajaan dibuat separti pada zaman tun mahathir dan tun abdullah yaitu jika naik gaji 20% semua dpt sama. amaun je berbeza mengikut kadar gaji semasa seseorang. saya rasa itu lebih berkesan kerana dulu tiada pun isu berbangkit. semua setuju dengan langkah kerajaan itu. mudah dlm pengiraan dan dpt memuaskan hati semua pihak khariri syabas kepada PM,dan JPA kerana cepat bertindak dalam menangani isu ini khairi jurang tetap ada. tapi jgnlah terlalu jauh. aini Saya amat bersetuju dengan keputusan PM untuk mengkaji semula pelaksanaan SBPA yang didapati tidak seimbang berkaitan agihan pelarasan gaji yang diterima.Pendapat saya sistem SSM perbandingannya lebih telus dan hanya perlu ditambah baikan shj. apa bezanya kump. Pelaksana dan kump. sokongan, masih juga penjawat awam.Pentingnya Perkhidmatan Awm perlu ada sikap ketelusan, keikhlasan dan bertanggungjawab dalam apa jua tugasan yang diberikan, keutamaan kpd pelanggan juga mempertabatkan Kedaulatan Kerajaan Msia. Pathi Pada tahun 2010 saya dapat P2, pada tahun sama telah lulus PTK, untuk tahun 2011 tiada naikkan gaji sampai gaji mati,saya tanya pegawai katanya tahun 2012 boleh dapat P3, harap perkara ini akan di kaji semula, kerja 30 tahun rajin LPP 85% keatas setiap tahun, sekian terima kasih mie putrajaya Baguslah kalau macam tu, beri tugas-tugas ini kepada mereka yang arif dengan keperluan kakitangan awam, jangan jadi seperti tikus baiki labu, makin teruk. Saya sebagai penjawat awam peringkat pertengahan merasakan keperluan kenaikan gaji adalah perlu diberikan lebih tinggi pada peringkat pelarasan pertama kerana kos hidup meningkat sekarang, bukan untuk kenaikan tahunan. Fikir untuk makan sekarang, bukan untuk makan 5-10 tahun akan datang. Abang Zul Sekiranya perkara yang hendak di laksanakan melibatkan perkara yang besar perlu dikaji lebih teliti dan telus. harry Harap lihat pergerakan guru dari dg41 ke dg44 yang telah berkhidmat 10 tahun supaya pergerakan mereka apabila diberi time based tidak sama dengan pergerakan guru yang berkhidmat 8 tahun 2 atau 9 tahun yang diberi time based jg. Sepatutnya guru yang telah berkhidmat 10 tahun diberi lebih anjakan berbanding dengan mereka yang berkhidmat 8 aatu 9 tahun. laleubi semoga dengan semakkan ini SBPA lebih bermanafaat lagi kepada semua penjawat awam. Saya menharapkan selamat semakkan dibuat SBPA akan menjadikan lebih baik akan diteruskan sejajar dengan unruk mencapai wawasan 2020 semak jawatan kategori B (kelulusan diploma mengapa diletak dikatogeri 3(skim sbpa) sedangkan ada jawatan katogeri diploma diletakkan dikatogeri 2. Sepatutnya kelulusan sama katogeri juga sama. wan75 boring semua cerita niee....sandiwara ke niee nak naik gaji pun berbelit belit... Cinta Damai semoga penyemakan semula SBPA dapat memperkemaskan semula kelemahan-kelemahan SBPA sekaligus membersihkan dan memartabatkan semula JPA dari pelbagai tohmahan dan pandangan negatif. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan