Ahad, 22 Januari 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Kenapa hanya saman Utusan?

Posted:

Kenapa hanya saman Utusan?

Kenapa hanya saman Utusan?

Oleh NORMAIRAH JAMALUDDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Pergerakan Puteri UMNO mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman bekas rakan baiknya, Datuk S. Nalakaruppan dan beberapa lagi individu lain termasuk pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, ini kerana individu terbabit juga kerap mengkritik secara terbuka kredibiliti Ketua Pembangkang itu sebagai seorang pemimpin.

''Puteri minta Anwar supaya jangan hanya tunjuk berani saman Utusan (Utusan Malaysia)

''Kita cabar dia (Anwar) saman Datuk Nalakaruppan, Raja Petra, Ummi Hafilda dan Eskay (Datuk Shazryl Eskay) kerana mereka juga kerap mengkritik dia (Anwar),'' katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap syarikat akhbar, Utusan Melayu (M) Bhd. (Utusan Malaysia) berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan dan mendakwa akhbar itu pada 17 Januari lalu di muka hadapannya telah dengan salah dan berniat jahat mencetak serta menerbitkan perkataan fitnah terhadapnya.

Rosnah berkata, pihaknya yakin tindakan Anwar menyaman Utusan Malaysia sebagai satu taktik untuk menghalang akhbar itu daripada melapor dan menulis kegiatan serta kenyataan negatif pemimpin pembangkang itu di luar negara.

Beliau menegaskan, sebenarnya tidak timbul isu fitnah kerana apa yang ditulis oleh Utusan Malaysia adalah berdasarkan fakta semata- mata.

Katanya, Anwar khuatir rakyat akan hilang kepercayaan terhadapnya apabila membaca akhbar tersebut.

''Anwar saman Utusan Malaysia atas sebab ketakutan maka dengan ini dia tidak layak menjadi pemimpin.'' katanya.

Beliau menambah, tindakan itu juga tidak ubah seperti satu lagi siri 'drama' Ketua Pembangkang itu bagi meraih simpati rakyat.

Pihaknya juga yakin Anwar akan meneruskan siri dramanya selepas ini dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menyatakan kononnya dia difitnah dan sebagainya.

''Dan tidak mustahil selepas ini Anwar akan terus menyaman Utusan Malaysia kerana mendedahkan sikap sebenar beliau,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Guan Eng perlu beritahu rakyat kedudukan sebenar

Posted:

Guan Eng perlu beritahu rakyat kedudukan sebenar

Guan Eng perlu beritahu rakyat kedudukan sebenar

BUKIT MERTAJAM 22 Jan. - Ketua Menteri, Lim Guan Eng didesak menjelaskan kepada rakyat mengenai kedudukan sebenar isu tanah Tan Hak Ju setelah Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 11 Januari lalu mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, keputusan yang dibuat itu membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak terbabit dengan sebarang skandal rasuah.

Menurutnya, Guan Eng sepatutnya berterima kasih kepada BN kerana keputusan Mahkamah Rayuan itu memihak kepada kerajaan.

Katanya, sebagai sebuah kerajaan yang telus, Guan Eng hendaklah membuat kenyataan dan menceritakan perkara yang sebenarnya kepada rakyat agar rakyat mengetahuinya.

"Guan Eng juga perlu membayar RM500,000 dan dia kena bertanggungjawab untuk membersihkan nama kerajaan BN terdahulu yang dituduhnya mengamalkan rasuah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyampaian sumbangan pelajar cemerlang di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam (SMKTBM) di sini hari ini.

Kelmarin, Pengerusi Jawatankuasa Kerja BN negeri, Datuk Dr. Teng Hock Nan mendesak kerajaan DAP Pulau Pinang menarik balik perkataan penipuan dan skandal berkaitan isu tanah itu seperti yang dikeluarkan dalam Kertas Putih di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Hock Nan berkata, Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 11 Januari lalu telah mengetepikan perintah Mahkamah Tinggi agar kerajaan membayar RM40 juta kepada Hak Ju.

Sebaliknya, kerajaan hanya perlu membayar RM500,000 sahaja kepada Hak Ju sebagai bayaran kos yang ditanggung sepanjang perbicaraan kes itu.

Sehubungan itu, Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, Guan Eng jangan bermain politik semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.

"Inilah kerja kerajaan DAP yang hanya suka memutar belit isu dan mencari kesalahan dengan memburuk-burukkan kerajaan terdahulu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan