Sabtu, 28 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Trafik perlahan di beberapa lokasi lebuhraya PLUS

Posted: 28 Jan 2012 03:14 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa kawasan kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) petang ini dengan jumlah kenderaan menuju ke arah ibu negara agak tinggi.

Antara kawasan yang dilaporkan perlahan pada kira-kira 4.30 petang ialah

laluan Seremban menuju ke Nilai dan sekitarnya ekoran pertambahan jumlah kenderaan. Laluan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) menghala Kajang juga dilaporkan
bergerak perlahan akibat hujan lebat yang turun sejak 4 petang.

Jurucakap PLUS yang dihubungi memaklumkan kesesakan sederhana berlaku sektor
utara lebuh raya itu, iaitu di kawasan Terowong Menora menghala ke ibu negara.

"Kita menjangkakan akan berlaku pertambahan kenderaan dari Pulau Pinang menghala ke Kuala Lumpur menjelang malam ini," katanya.
Di selatan tanah air pula, katanya, trafik dilaporkan terkawal dan tiada
kesesakan di laluan Johor Bahru ke Ayer Keroh.

Sementara itu, Bilik Gerakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika
dihubungi melaporkan tidak ada kawasan di ibu negara dilanda banjir walaupun
hujan lebat kira-kira sejam lebih. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Amaran ribut petir, hujan lebat di Terengganu, Pahang

Posted: 28 Jan 2012 03:12 AM PST

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana yang turun di beberapa daerah di Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga esok.

Keadaan itu boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, daerah yang terbabit adalah Kemaman, Dungun dan Marang di Terengganu, serta Kuantan di Pahang.

Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua turut
dikeluarkan dengan angin timur laut berkelajuan 50-60 km/j dan ombak mencapai
ketinggian 4.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North,
Layang-Layang dan Palawan, dijangka berterusan sehingga Sabtu, 4 Februari.
Keadaan itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang timur laut dengan kelajuan 40-50 km/j dengan ombak mencapai
ketinggian 3.5 meter yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang,
Johor Timur, Sarawak, Labuan, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan
Kudat), Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Sulu juga dijangka berterusan
sehingga 4 Februari.

Kawasan pantai di Pantai Timur Semenanjung turut terdedah kepada kejadian
kenaikan paras air laut, dan keadaan itu dijangka berterusan sehinggan Ahad, 29
Januari.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan