Berita Harian: Mutakhir |
Remaja dipenjara 12 tahun sebabkan kematian anak baru lahir Posted: 30 Jan 2012 03:05 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Seorang remaja perempuan dipenjara 12 tahun dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Selayang dekat sini hari ini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anaknya yang baru lahir dengan mencampak bayi perempuan itu dari tingkat dua rumahnya Oktober tahun lalu.Hakim Maziah Joary Mohd Tajudin memerintahkan Nor Atika Kamarolzaman, 19 menjalani hukuman bermula dari tarikh dia didakwa kali pertama di mahkamah iaitu pada 12 Januari lalu. Mahkamah turut memerintahkan gadis berkenaan dipenjara lima bulan lagi sekiranya dia gagal membayar denda yang dikenakan itu. Nor Atika dituduh melakukan kesalahan itu terhadap bayinya di alamat B7-2 Taman Selayang Segar 2, antara jam 3.30 pagi dan 7.15 pagi 3 Oktober.Pertuduhan adalah mengikut Seksyen Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Hamzah manakala Nor Atika tidak diwakili peguam. - BERNAMA
|
Pelacur Asia Barat intai Malaysia sebagai sasaran baru Posted: 30 Jan 2012 02:59 AM PST Mutakhir KUALA LUMPUR: Operasi dan pemantauan polis menunjukkan wujud trend baru pelacur wanita dari Timur Tengah menjadikan Malaysia antara destinasi utama aktiviti maksiat mereka.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pelacur dari negara seperti Yemen, Iran dan Iraq menjadikan lelaki di negara ini sebagai sasaran pelanggan mereka. "Mereka datang ke Malaysia menggunakan taktik samaran kononnya untuk belajar bahasa Inggeris menggunakan pas pelajar dengan mendaftarkan diri di institusi pendidikan tinggi swasta. "Ada juga pelacur ini menggunakan pas lawatan sosial yang membenarkan mereka berada di negara ini selama tiga bulan," katanya pada sidang media di sini hari ini.Beliau berkata, pendedahan itu dibuat berikutan penangkapan 15 pelacur dari negara terbabit dalam satu operasi di ibu negara dan Selangor awal bulan ini. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan