Sabtu, 21 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Mangsa keluarga angkat durjana

Posted: 20 Jan 2012 02:25 PM PST

KUALA LUMPUR: Malang bagi seorang gadis apabila simpati yang dicari dengan menumpang di rumah bapa dan ibu angkat selepas berselisih faham dengan abangnya bertukar tragedi apabila menjadi hamba seks pasangan terbabit selama 19 hari, sebelum berjaya melarikan diri, Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berusia 21 tahun berselisih faham dengan abang kandungnya pada 28 Disember lalu sebelum keluar ke rumah bapa dan ibu angkatnya yang berusia 40-an di Kajang Utamauntuk menumpang sementara.

Menurut sumber, sebaik tiba di rumah itu, mangsa menceritakan masalah dialami kepada bapa dan ibu angkatnya itu.

"Selepas mendengar masalah itu, mangsa diarah ibu angkatnya masuk ke dalam bilik tidur utama, tetapi mangsa enggan berbuat demikian menyebabkan dia dipukul.


"Sebaik masuk ke dalam bilik, ibu angkatnya mengunci pintu manakala bapa angkatnya yang menunggu di dalam bilik menayangkan filem lucah," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

‘Semua pi jumpa SPRM’

Posted: 20 Jan 2012 02:25 PM PST

KANGAR: Semua pemain dan pengurusan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk diambil keterangan berhubung dakwaan rasuah di kalangan pemain pasukan itu, hari ini.

Pengarah SPRM negeri, Alias Darus berkata, ini berikutan pihaknya mendapati tarikh berkenaan bersesuaian kerana tidak mahu mengganggu tumpuan mereka dalam saingan Liga Perdana bertemu Pahang di Stadium Utama Negeri, di sini, malam tadi. Menurutnya, pihaknya sudah berjumpa dengan pengurusan PFA secara tidak rasmi, semalam untuk membincangkan mengenai dakwaan rasuah itu.


"Pegawai saya ada berjumpa pengurusan PFA pagi tadi (semalam) bagi mendapatkan maklumat serta gambaran awal mengenai dakwaan rasuah dalam pasukan mereka.

"Sehingga hari ini (semalam), tiada seorang daripada sembilan pemain Perlis yang didakwa berjumpa bookie dipanggil SPRM untuk tujuan soal siasat. Semua itu hanya akan dilakukan esok (hari ini)," katanya.


Menurut Alias, pihak PFA diminta menyerahkan segala bukti mengenai dakwaan rasuah dalam pasukan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dapat dilakukan.


"Kita akan dakwa mereka yang terbabit jika terbukti benar-benar salah dan mengambil rasuah.

"Namun, sehingga kini, SPRM belum mendapat bukti lengkap mengenai perkara itu dan akan menyiasatnya dengan lebih lanjut termasuk meminta PFA membuat laporan penuh mengenai perkara berkenaan," katanya.


Harian Metro sebelum ini melaporkan dakwaan PFA mengenai sembilan daripada 11 pemain bertemu ejen bookie yang juga bekas pemain bola sepak tempatan sebelum pasukan itu menentang Majlis Perbandaran (MP) Muar, pada 10 Januari lalu.

PFA mendakwa pertemuan yang diadakan di Alor Setar, Kedah pada malam sehari sebelum perlawanan itu dengan sembilan pemain mendakwa ditawarkan habuan RM100,000 setiap seorang bagi menjual perlawanan.


Perkara itu terbongkar selepas PFA mengadakan pertemuan tertutup dengan semua pemain selepas kekalahan teruk 2-7 skuad kendalian Abdullah Hassan itu kepada MP Muar.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan