Isnin, 23 Januari 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


YPRB pergiat bina, baiki rumah

Posted:

YPRB pergiat bina, baiki rumah

YPRB pergiat bina, baiki rumah

Oleh AZMAN MD NOOR
utusankedah@utusan.com.my

BALING 22 Jan. - Usaha membina lebih banyak rumah baharu dan membaikpulih rumah penduduk di khususnya dalam kalangan rakyat miskin di daerah ini akan terus dipergiat bagi memastikan mereka mendapat kehidupan yang lebih selesa.

Penyelaras Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, sejak Oktober lalu, Yayasan Pembangunan Rakyat Baling (YPRB) sedang menjalankan pelaksanaan secara berterusan melibatkan perumahan, pendidikan dan kebajikan.

Kata beliau, sehingga kini sebanyak 20 rumah baharu dengan kos keseluruhan sebanyak RM550,000 untuk kesejahteraan rakyat telah siap dibina dan sudah diduduki.

"Daripada 20 rumah baharu yang telah siap dibina, masih ramai pemohon sedang diteliti sebelum kami membuat keputusan," katanya ketika ditemui selepas melawat rumah milik pasangan Abdullah Ramidi, 50, dan Yusniza Abdul Hamid, 40, di Kampung Weng Dalam, Mukim Siong dekat sini hari ini.

Abdullah bersama keluarganya sebelum ini menetap di sebuah rumah buluh yang serba kekurangan dan dia merupakan antara penduduk yang dibantu pihak berkenaan.

Abdul Azeez yang juga Ketua UMNO Bahagian Baling berkata, pihaknya banyak menerima permohonan di luar jangkaan apabila sehingga kini telah menerima lebih 100 permohonan untuk membina rumah baharu di daerah ini.

Namun katanya, jawatan kuasa khas pemilihan terpaksa menilai secara teliti supaya hanya mereka yang layak diterima.

Menurut beliau, melalui program Mesra Kasih, usaha membaik pulih rumah telah dilakukan terhadap 33 buah rumah dengan kos sebanyak RM315,000 dam usaha itu masih berterusan .

"Kami akan terus memastikan nasib penduduk miskin di daerah ini terbela terutama melibatkan keperluan rumah yang menjadi kemudahan dan asas kehidupan sempurna," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Rumah baru di Kampung Gajah ceriakan semula warga emas

Posted:

Rumah baru di Kampung Gajah ceriakan semula warga emas

Rumah baru di Kampung Gajah ceriakan semula warga emas

PASIR SALAK 22 Jan. - Keperitan hidup seorang warga emas yang terpaksa tinggal di sebuah rumah daif di Changkat Rambai, Kampung Gajah dekat sini berakhir selepas Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) membina sebuah rumah baru yang lebih selesa.

Siti Rafeah Hadri, 80, hari ini menarik nafas lega apabila menerima kunci rumah baru untuk dia dan anak angkatnya, Salmah Anang, 50, di Kampung Balun Bidai dekat sini.

Siti Rafeah berkata, sebelum ini, kehidupan mereka agak perit terutamanya setiap kali hujan lebat disebabkan atap serta dinding rumah lama mereka yang bocor.

"Rumah makcik sebelum ini menanti untuk roboh sahaja. Paling susah apabila hujan kerana atap bocor dan kami langsung tidak boleh tidur kerana lantai dipenuhi air.

"Alhamdulillah, tiga tahun menanti, akhirnya dapat juga rumah baru," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menerima kunci rumah daripada Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah YBUDR, Khairul Azwan Harun.

Dalam pada itu, Khairul Azwan berkata, YBUDR telah membina lebih 500 rumah untuk golongan miskin di negeri ini melalui program Infra Bina Upaya (IBU) sejak ia mula diperkenalkan tiga tahun lalu.

Menurut beliau, pihaknya memperuntukkan RM30,000 bagi setiap rumah baru dan RM15,000 bagi kerja membaik pulih.

"Kami menyasarkan untuk membina 120 rumah dan membaik pulih 100 buah lagi melibatkan 10 daerah meliputi kesemua 59 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada tahun ini," kata beliau.

Khairul Azwan menambah, pihaknya akan memohon peruntukan tambahan RM2 juta daripada kerajaan negeri bagi kerja-kerja membina dan membaik pulih rumah golongan miskin pada tahun ini.

Jumlah itu kata beliau, diperlukan bagi menampung peruntukan sedia ada sebanyak RM4 juta di bawah program IBU yang diluluskan dalam bajet kerajaan negeri baru-baru ini.

Full content generated by Get Full RSS.

20 keluarga terima bantuan Tahun Baru Cina

Posted:

20 keluarga terima bantuan Tahun Baru Cina

20 keluarga terima bantuan Tahun Baru Cina

PULAU PINANG 22 Jan. - Seramai 20 keluarga kurang berkemampuan termasuk warga emas menerima sumbangan angpau dan barangan keperluan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut esok.

Sumbangan daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu disampaikan oleh Datin Seri Jamilah Mohd. Zain, isteri kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Bahang, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya.

Jamilah berkata, walaupun jumlah sumbangan yang diberikan itu tidak besar, namun ia perlu dianggap sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada rakyat.

"Ia selari dengan Gagasan 1Malaysia, kita harus meraikan perayaan masyarakat lain dengan berkunjung serta menghulurkan sumbangan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

"Sumbangan ini merupakan acara tahunan dan berharap ia dapat memberi keceriaan kepada mereka ketika menyambut perayaan," katanya di sini semalam.

Seorang warga emas, Loh Hou Mou, 55, berkata, dia gembira dengan keprihatinan kerajaan terhadap mereka.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana menghulurkan bantuan ini. Saya tidak sabar untuk menyambut kedatangan tahun Naga serta kepulangan tiga orang anak untuk meraikan perayaan tahun ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan