Khamis, 26 Januari 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Dua terbunuh dalam nahas jet pejuang Iran terhempas

Posted: 26 Jan 2012 03:05 AM PST

[unable to retrieve full-text content]TEHRAN: Dua terbunuh apabila jet F-14 buatan Amerika Syarikat terhempas awal hari ini sebaik berlepas, lapor agensi berita Fars.

Warga Iran terlepas hukuman gantung sampai mati kerana edar dadah

Posted: 26 Jan 2012 03:01 AM PST

Mutakhir

SEREMBAN: Seorang lelaki warga Iran terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas dia dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, daripada tuduhan mengedar dadah jenis syabu seberat 0.371 kilogram, dua tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Radzi Abdul Razak, gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mostafa Kamalabadi.

Mostafa, 27, yang diwakili peguam bela Datuk N Sivananthan, dituduh mengedar dadah itu di pejabat kastam Cawangan Narkotik Kampung Jijan, pada jam 11.53, malam 11 Jun 2010. Hakim Ahmad Nasfy dalam penghakimannya berkata, terdapat percanggahan keterangan mengenai pembuktian elemen pemilikan dadah oleh tertuduh.

"Selepas menimbang dan mengambil kira keterangan saksi pendakwaan, saya mendapati pihak pendakwa gagal membuktikan pertuduhan mengedar dadah, maka mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh," katanya. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan