Khamis, 26 Januari 2012

Utusan Online - Dalam Negeri

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia jujur perangi pemerdagangan manusia

Posted:

Malaysia jujur perangi pemerdagangan manusia

Malaysia jujur perangi pemerdagangan manusia


HISHAMMUDDIN Tun Hussein dan Ahmad Shabery Cheek bergambar bersama ahli Skuad Muda Rela ketika melawat Pusat Simulasi Menembak Belia Anti Jenayah di Stadium Juara Bukit Kiara, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 25 Jan. – Malaysia tetap jujur dan bersemangat dalam usaha memerangi jenayah rentas sempadan seperti pemerdagangan manusia di sebalik kegagalan mencapai kata sepakat dalam pertukaran pelarian serta pemohon suaka dengan Australia.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, hasrat itu perlu dilihat secara terbuka, jujur dan ikhlas tanpa dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

"Malangnya ia tidak dapat diterjemahkan dalam satu tindakan kerana Australia, bukan kita (Malaysia). Selepas ia berlaku, banyak juga kes kematian pelarian yang menghala ke Australia. Saya tidak mahu tuduh, atau kata 'saya sudah kata begitu'.

"Pendekatan sebegitu kalau dilihat secara jujur dan ikhlas serta tidak dipolitikkan, saya percaya ia satu model untuk menentang, mengurangkan dan memerangi jenayah perdagangan manusia habis-habisan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Belia Anti Jenayah di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Semalam, kerajaan campuran Australia gagal menghidupkan kembali usaha pertukaran pelarian bersama Malaysia apabila Parti Buruh dan pakatan pembangkang negara itu menemui jalan buntu berkenaan 'keselamatan' pelarian.

Pakatan pembangkang negara itu berulang kali mahukan jaminan keselamatan terhadap pelarian dan pemohon suaka yang akan dihantar ke Malaysia diterjemahkan dalam bentuk undang-undang dan menolak jaminan yang diberikan oleh Putrajaya.

Full content generated by Get Full RSS.

Belia wajar sertai program antijenayah

Posted:

Belia wajar sertai program antijenayah

Belia wajar sertai program antijenayah

KUALA LUMPUR 25 Jan. - Penglibatan golongan belia dalam Program Belia Anti Jenayah dapat mendidik golongan berkenaan langkah pencegahan jenayah sekali gus mengurangkan risiko menjadi mangsa jenayah.

Peserta program berkenaan, Muhammad Saufian Abd. Aziz, 21, berkata, pelbagai pengalaman baru diperoleh menerusi program tersebut yang tidak mungkin dapat dirasai belia lain.

"Menerusi program ini, kami diajar pelbagai perkara baru. Kami diajar kawat kombat, senaman perang dan pelbagai lagi aktiviti yang tidak dapat dipelajari di luar sana," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Program Belia Anti Jenayah merupakan kerjasama kukuh antara Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Belia dan Sukan sebagai salah satu inisiatif kerajaan untuk mengurangkan jenayah secara bersepadu.

Seorang lagi peserta, Mohd. Safwan Sabtu, 21, mengakui gembira sepanjang menjalani program berkenaan.

"Selain pelbagai pengalaman baru dan meningkatkan disiplin diri, kami juga diberikan pendedahan mengenai kaedah-kaedah mencegah berlakunya jenayah," jelasnya.

Nurul Afiqah Noryang, 20, pula menyifatkan program berkenaan sebagai wajar disertai golongan belia.

"Tidak rugi sertai program ini. Banyak perkara baru dapat dipelajari selain membantu dalam membina jati diri kita sebagai warga Malaysia," ujarnya.

Sementara itu, Nur Shahirah Mohd. Sharif, 20, berkata, penyertaan dalam program berkenaan memberi peluang kepadanya mempelajari seni mempertahankan diri.

"Saya tidak pernah mempelajari seni mempertahankan diri. Saya rasa bertuah kerana menerusi program ini, saya telah diajar bagaimana untuk mempertahankan diri sekiranya terlibat dengan perkara tidak diduga," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tarikh akhir pemutihan 15 Februari

Posted:

Tarikh akhir pemutihan 15 Februari

Tarikh akhir pemutihan 15 Februari

PUTRAJAYA 25 Jan. - Kerajaan menetapkan 15 Februari depan tarikh akhir proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang sebelum ini diteruskan secara pentadbiran selepas tamat pada 10 Januari lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, sehubungan itu majikan yang masih belum mengemukakan permohonan bagi pemutihan pekerja asing tanpa izin (PATI) masing-masing digesa berbuat demikian dalam kadar segera.

Ini kerana tiada lanjutan tambahan akan dibuat bagi proses tersebut.

"Bagaimanapun, kepada majikan yang telah mengemukakan permohonan dan memperoleh tarikh temu janji bagi proses temu duga, prosedur akan diteruskan sehingga April depan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, KDN yakin tempoh ditetapkan itu mencukupi dan menggesa pihak majikan supaya mengambil kesempatan untuk menguruskan permohonan mereka tanpa menunggu sehingga saat akhir.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan