Ahad, 29 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Tahfiz’ auta

Posted: 28 Jan 2012 09:44 AM PST

Oleh HADZLAN HASSAN, ANIZA ZAINUDIN, NURUL HUSNA MAHMUD, ZULIATY ZULKIFFLI dan OMAR OSMAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Mengejutkan apabila ratusan anak yatim dan pelajar pusat tahfiz dikerah memungut derma bagi membiayai kegiatan menghidupkan semula ajaran sesat Azhar Wahab dengan berselindung di sebalik jualan amal di seluruh negara, terutama sekitar Lembah Klang.

Ajaran Azhar Wahab diwartakan sesat oleh sembilan majlis fatwa negeri, termasuk Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan secara berperingkat-peringkat sejak 1970.

Lebih mengejutkan, siasatan wartawan Metro Ahad mendapati murid dan pelajar pusat tahfiz di Kedah yang tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dibekalkan dua produk kesihatan yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM) dan cakera padat video (VCD) yang bukan saja tiada kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), malah klip video dalam VCD terbabit jelas bertentangan dengan imej pelajar tahfiz.

Cara kumpulan terbabit kali ini dilihat lebih tersusun bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan dan dikenakan tindakan, namun produk yang dijual kepada orang ramai untuk diminum atau disapukan pada badan boleh diragui kandungannya kerana tidak menepati piawaian.


Siasatan ke sebuah kilang di Sungai Petani, Kedah berdasarkan alamat pada botol produk mendapati, premis itu hanya melakukan kerja membuat ais krim dan menjahit langsir.


Selain itu, identiti beberapa remaja perempuan yang mengaku pelajar pusat tahfiz turut diragui berikutan semakan wartawan di Kedah mendapati sekolah berkenaan hanya dihuni murid tahun satu hingga enam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

26 motor, teksi hangus

Posted: 28 Jan 2012 09:37 AM PST

PETALING JAYA: Angkara balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan, sebanyak 26 motosikal dan sebuah teksi musnah dibakar di kawasan tempat letak kereta di Apartmen Desa Mentari, di sini, semalam, dipercayai berpunca daripada lontaran botol berisi petrol.

Insiden jam 4 pagi itu adalah kejadian kedua selepas yang pertama minggu lalu memusnahkan tiga motosikal di lokasi sama.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian itu disedari penduduk selepas mendengar jeritan jiran tetangga.

Katanya, Unit Penyiasat Kebakaran dan Forensik menyiasat punca kebakaran yang dipercayai akibat balas dendam dan pergaduhan antara dua kumpulan.


"Difahamkan, sebuah kenderaan dinaiki beberapa lelaki ke lokasi kejadian, kemudian melontarkan sesuatu yang dipercayai botol berisi petrol ke kawasan itu," katanya yang mengenal pasti kumpulan itu kerana pernah ditangkap sebelum ini.


Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.

Mangsa, P Sathi, 37, berkata ketika kejadian, dia sekeluarga tidur sebelum dikejutkan bunyi jeritan jiran tetangga yang memaklumkan kejadian.


Katanya, dia terkejut mendapati motosikal kesayangannya terbabit dalam kebakaran bersama 25 motosikal lain serta sebuah teksi.

"Sebaik turun, saya melihat semua motosikal dan teksi hanya tinggal rangka dan kami cuba memadam kebakaran namun tidak berjaya sebelum memanggil bomba.


"Nasib baik api dapat dikawal, kalau tidak ia mungkin merebak ke kenderaan lain yang diletak sebaris dengan motosikal kami," katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam.


Pemilik teksi, M Guru, 40, pula berkata, dia hanya mampu melihat teksinya musnah selepas api merebak dengan cepat kerana dipercayai dibakar dengan minyak petrol.


"Saya tidak tahu siapa melakukan perbuatan ini. Mungkin kerana orang luar sakit hati dengan seorang daripada kami.


"Kemusnahan teksi membuatkan saya buntu kerana hilang mata pencarian dalam sekelip mata," katanya yang mahu pihak berkuasa memantau kawasan itu kerana sering berlaku jenayah, termasuk curi kereta, motosikal dan gaduh.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan