Sabtu, 28 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Perkenal kraf tangan cara e-pemasaran

Posted:

Perkenal kraf tangan cara e-pemasaran

Perkenal kraf tangan cara e-pemasaran

Oleh YATIMIN ABDULLAH
utusankelantan@utusan.com.my


Sohaimi Shahadan (kanan) menunjukkan kemahiran mengesek rebab sehingga mencuit hati, Isa Samad (kiri) dan tetamu yang hadir pada sesi kunjungannya di rumah Isa di Kampung Kebakat, Tumpat, Kelantan, kelmarin.


TUMPAT 27 Jan. – Kraftangan Malaysia akan memperkenalkan konsep e-pemasaran sebagai medium baharu dalam memasarkan produk kraf tangan tempatan untuk dieksport ke luar negara.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, konsep tersebut akan dilancarkan pihaknya pada pertengahan bulan depan.

Menurutnya, konsep tersebut bertujuan memudahkan orang ramai di serata dunia membeli serta mendapatkan hasil kraf tangan tempatan yang terpilih dengan lebih cepat.

"Kita sasarkan e-pemasaran ini sebagai medium baharu untuk memasarkan hasil kraf tangan. Kita akan melantik sebuah syarikat yang mempunyai kepakaran luas dalam bidang ini.

"Kita jangkakan konsep ini mampu meningkatkan jumlah jualan produk kraf tangan tempatan ke peringkat antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan Kerja Ke Rumah Adiguru Kraf Serunai, Isa Samad di Kampung Kebakat, Wakaf Bharu dekat sini semalam.

Hadir sama, Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, Mohd. Razis Md. Said.

Sohaimi memberitahu, selain konsep e-pemasaran pihaknya juga akan membuka lebih banyak outlet di luar negara yang merupakan sebahagian daripada pelan transformasi kraf tangan negara.

"Kita akan membuka outlet berkenaan di negara eropah, timur tengah serta negara China. Batik merupakan penyumbang tersebar hasil kraf tangan negara di peringkat antarabangsa.

Full content generated by Get Full RSS.

Keputusan STAM sekolah YIK menurun

Posted:

Keputusan STAM sekolah YIK menurun

Keputusan STAM sekolah YIK menurun

KOTA BHARU 27 Jan. - Seramai 1,177 orang daripada keseluruhan 1,814 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 dari 23 buah sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) memperoleh sekurang-kurang gred Maqbul (lulus) dalam setiap 10 mata pelajaran.

Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan YIK, Azhar Salleh berkata, peratus kelulusan dalam keputusan yang diumumkan semalam itu menurun sebanyak 0.9 peratus dari 65.78 peratus pada 2010 kepada 64.88 peratus tahun lalu.

Beliau berkata, 97 orang mendapat pangkat Mumtaz (cemerlang), 168 Jayyid Jiddan (sangat baik), 533 orang Jayyid (baik), 379 Maqbul (lulus) dan selebihnya gagal.

"Biarpun peratus bilangan pelajar yang lulus menurun, kita tetap berpuas hati kerana bilangan pelajar cemerlang yang mendapat 10 Mumtaz bertambah dari 11 orang pada 2010 kepada 15 orang pada 2011.

"Sebanyak 10 subjek yang wajib diambil pelajar STAM adalah Nahu dan Sarf, Insya dan Mutalaah, Adab dan Nusus, Arudh dan Qafiah, Balaghah, Hadis dan Mustalah Hadis, Hifz al-Quran dan Tajwid, Fiqh, Tafsir dan Ulum Tafsir, Tauhid dan Mantiq.

"Penilaian untuk memperoleh sijil lulus STAM agak ketat kerana pelajar perlu sekurang-kurangnya mendapat gred Maqbul dalam kesemua 10 subjek, walaupun mereka cemerlang dalam beberapa subjek tapi jika gagal atau Rasib dalam salah satu kertas, mereka akan tetap dikira sebagai gagal keseluruhan peperiksaan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau berkata, Ma'ahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa diisytihar sebagai sekolah kawalan terbaik dengan kelulusan 92.45 peratus; Ma'ahad Muhammadi Pasir Mas (sekolah kerajaan negeri terbaik) dengan kelulusan 81.45 peratus manakala sekolah bantuan kerajaan terbaik pula Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliyah, Geting, Tumpat dengan kelulusan 81.36 peratus.

Full content generated by Get Full RSS.

Lima pelajar Ma'ahad Muhammadi catat 10 Mumtaz

Posted:

Lima pelajar Ma'ahad Muhammadi catat 10 Mumtaz

Lima pelajar Ma'ahad Muhammadi catat 10 Mumtaz


Dari kiri Muhammad Zulqarnain Mohd. Yusof: Muhammad Syarifuddin Mohd. Lotfi dan Muhammad Adam Abdul Azid gembira selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan STAM di Ma'ahad Muhammadi, Pasir Mas, kelmarin.


KOTA BHARU 27 Jan. - Lima pelajar Ma'ahad Muhammadi Pasir Mas (MMPM) memperoleh keputusan 10 Mumtaz dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 sekali gus menjadi antara 15 pelajar cemerlang sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK).

Kelima-limanya ialah Muhammad Adam Abdul Azid, 19; Muhammad Zulqarnain Mohd. Yusof, 19; Amir Ayub, 19; Norlini Zulkifli, 19, dan Muhammad Syarifuddin Mohd. Lotfi, 19.

Mereka mencatat gred Mumtaz dalam kesemua 10 subjek yang diambil iaitu Nahu dan Sarf; Insya dan Mutalaah; Adab dan Nusus; Arudh dan Qafiah; Balaghah; Fiqh; Hadis dan Mustalah Hadis; Hifz al-Quran dan Tajwid; Fiqh; Tafsir dan Ulum Tafsir; Tauhid dan Mantiq.

Muhammad Syarifuddin ketika ditemui semalam berkata, sikap saling membantu semasa belajar antara beliau dan sahabat karibnya Muhammad Adam menjadi faktor utama mereka memperoleh keputusan cemerlang itu.

"Walaupun sebelum ini kami juga mendapat keputusan yang baik dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mendapat tawaran menyambung pelajaran, kami meneruskan pengajian di Tingkatan Enam Rendah kerana mahu mengutip ilmu agama dan bahasa Arab secukupnya," katanya.

Kedua-duanya yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Asia Barat menjadikan kejayaan bekas pelajar terbaik STAM sekolah itu tahun lalu, Abdul Karim Mukhtar, yang juga mencatat 10 Mumtaz sebagai inspirasi mereka untuk berjaya.

Sementara itu, menurut Pengetua MMPM, Abdullah Idris, kejayaan itu adalah rekod paling cemerlang pernah dicapai sekolah tersebut kerana sebelum ini mereka belum pernah mencatat keputusan pelajar 10 Mumtaz lebih daripada seorang.

Katanya, seramai 124 calon STAM sekolah itu mengambil peperiksaan tersebut tahun lalu dengan 101 orang lulus iaitu peningkatan daripada 61.93 peratus kelulusan pada 2010 kepada 81.45 peratus tahun lalu.

Beliau berterima kasih kepada guru dan juga pelajar yang begitu komited sehingga berjaya mencatat keputusan yang tidak disangka-sangka itu.

Sementara itu, Penolong Pengarah Penilaian dan Peperiksaan YIK, Azhar Salleh ketika dihubungi pula berkata, sebanyak 23 buah sekolah mengambil peperiksaan STAM tahun lalu dengan jumlah calon seramai 1,814 orang dengan kelulusan 64.88 peratus berbanding 65.78 peratus pada tahun sebelumnya.

Azhar berkata, 97 orang mendapat pangkat Mumtaz, 168 Jayyid Jiddan, 533 orang Jayyid, 379 Maqbul dan selebihnya gagal.

"Sekolah kawalan terbaik adalah Ma'ahad Muhammadi Lelaki, Pengkalan Chepa dengan kelulusan 92.45 peratus; sekolah kerajaan negeri terbaik (Ma'ahad Muhammadi Pasir Mas) dengan kelulusan 81.45 peratus manakala sekolah bantuan kerajaan terbaik adalah Sekolah Menengah Ugama (A) Maheliyah, Geting, Tumpat dengan kelulusan 81.36 peratus," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan