Utusan Online - Utara |
- Tahun Baru Cina di kediaman MB esok
- Rumah OKU Eden dapat 20 kerusi roda
- Nelayan perlu teroka bidang baru
Tahun Baru Cina di kediaman MB esok Posted: Tahun Baru Cina di kediaman MB esokOleh ABDUL MUIN SAPIDIN Kakitangan Jabatan Kerja Raya dan pekerja kontrak memasang khemah dan layar LCD sebagai persiapan sambutan Tahun Baru Cina di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di Ipoh, semalam. IPOH 21 Jan. – Lebih 10,000 masyarakat berbilang kaum dijangka memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri yang akan diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di Jalan Sultan Idris Shah di sini Isnin ini. Majlis itu bakal diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun; Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah; Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim Davidson dan Raja Di Hilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa. Pengerusi Jawatankuasa Majlis Sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, majlis tersebut dijadualkan bermula pukul 11 pagi hingga 4 petang. Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan negeri memberitahu, selain dapat menjamu selera di lebih 40 gerai makanan, para pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan termasuk tarian singa dan naga. ''Sempena sambutan kali ini juga, akan diadakan majlis penyerahan bantuan serta sumbangan angpau kepada golongan kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak," katanya di sini hari ini. Menurut beliau, penghargaan turut diberikan kepada anak jati negeri ini yang telah mengharumkan nama negara termasuk pemenang pingat emas acara Wusyu temasya Sukan SEA lalu, Lee Yang, 27, yang berasal dari Taiping. Sementara itu, Hang Soon berkata, orang ramai juga dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan berhampiran Lapangan Terbang Sitiawan dekat sini pada 28 Januari ini. Full content generated by Get Full RSS. |
Rumah OKU Eden dapat 20 kerusi roda Posted: Rumah OKU Eden dapat 20 kerusi rodaPULAU PINANG 21 Jan. - Rumah Orang Kurang Upaya (OKU) Eden di Jalan Air Itam di sini mendapat perhatian daripada Nestle (Malaysia) Berhad yang menyumbangkan 20 kerusi roda serta wang tunai RM5,000 baru-baru ini. Kerusi roda berkenaan adalah hasil sumbangan peserta World Walking Day yang diadakan di enam negeri termasuk Sabah dan Sarawak pada 20 November lalu. Pengurus Jenama dan Acara Nestle Products Sdn. Bhd. cawangan utara, Mohd. Hanif Haron berkata, sebanyak 100 kerusi roda berjaya dibeli hasil sumbangan itu dan ia diagihkan kepada rumah kebajikan yang dikenal pasti di seluruh Malaysia dalam tempoh terdekat ini. "Kita harap pemberian kerusi roda ini dapat memberi peluang kepada golongan OKU untuk bergerak dengan lebih mudah," katanya di sini hari ini. Beliau berkata demikian selepas menyampaikan replika cek serta kerusi roda kepada Pengurus Rumah OKU Eden, Bertie Tye. Menurut Mohd. Hanif, seramai 18,000 peserta telah berdaftar bagi World Walking Day tahun lepas dan 4,000 daripadanya adalah dari negeri ini. |
Nelayan perlu teroka bidang baru Posted: Nelayan perlu teroka bidang baruJERLUN 21 Jan. - Golongan nelayan dinasihatkan agar tidak hanya menumpukan kepada hasil laut sebagai sumber rezeki sebaliknya meneroka bidang baru sebagai aktiviti tambahan untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, selain menangkap ikan, mereka juga boleh menceburi industri kecil dan sederhana, pembuatan makanan, kraf tangan dan inap desa. "Kerajaan menyediakan banyak bantuan dan pinjaman bagi bidang-bidang itu dan jika mereka (nelayan) menceburinya, nelayan tidak akan mengalami masalah jika berlaku kekurangan ikan," katanya selepas majlis perasmian Jeti Baharu Kuala Kerpan dan penyerahan elaun sara hidup nelayan di Kampung Kuala Kerpan di sini baru-baru ini. Pada majlis itu, seramai 275 nelayan dari kawasan Parlimen Jerlun menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 setiap seorang. Terdahulu, Mukhriz menaiki bot bersama nelayan bagi melihat aktiviti menangkap ikan di perairan Kedah selama empat jam bermula pukul 7 pagi. Sementara itu, Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kedah, Mohamad Noor Had berkata, sebanyak RM7.5 juta dibelanjakan untuk membina dan menaik taraf 21 jeti pendaratan ikan di seluruh negeri itu sejak dua tahun lalu bagi menggantikan jeti kayu usang yang berusia lebih 20 tahun. "Sebanyak 13 jeti pendaratan ikan sudah siap termasuk tiga yang baru dibuka iaitu di Kuala Jerlun, Kuala Kerpan dan Kuala Tunjang yang membabitkan kos RM480,000," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan