Jumaat, 27 Januari 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Gembira kerajaan tunai janji

Posted:

Gembira kerajaan tunai janji

Gembira kerajaan tunai janji

Oleh NOOR HANIS HARUN
utusanN9@utusan.com.my


BEBERAPA petugas melakukan kerja-kerja membaikpulih Rumah Pangsa Ampangan di Seremban, baru-baru ini.


SEREMBAN 26 Jan. – Tidak sampai empat bulan selepas kerajaan mengumumkan untuk menaikkan taraf serta membina kemudahan awam termasuk menyelenggara Rumah Pangsa Ampangan dekat sini, janji itu kini telah pun ditunaikan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kerja-kerja penyelenggaraan menyeluruh penempatan kawasan itu kini hampir selesai melalui peruntukan RM950,000 yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 16 Oktober tahun lalu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Rumah Pangsa Ampangan, Anuwar Alabahas berkata, dia amat bersyukur dan berterima kasih terhadap keprihatinan kerajaan dalam membantu memberi kesejahteraan kepada penduduk di kawasan berkenaan.

"Saya dan penduduk kawasan ini tidak menyangka apa yang telah lama kami harap dan doakan selama ini, termakbul akhirnya.

"Kami amat gembira dengan perubahan besar yang dilakukan di tempat tinggal kami. Kini kami boleh tinggal dalam keadaan lebih selesa dan harmoni," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya, tanpa bantuan dan keprihatinan kerajaan, penduduk di kawasan tersebut mungkin tidak mampu membaiki kerosakan rumah, termasuk kemudahan awam di sekitar kawasan perumahan itu.

"Sebelum ini kawasan tersebut boleh dikatakan sudah tidak bermaya kerana banyak masalah yang dihadapi penduduk selepas segala kemudahan termasuk saluran air rosak akibat terlalu usang.

"Tetapi kini semua telah berubah apabila longkang, tingkap, kawasan pembuangan sampah, paip air, termasuk taman permainan telah dibaiki.

"Bukan itu sahaja, rumah kami juga telah dicat, jalan ditar malah bumbung termasuk surau juga sudah dibaiki dan diganti," ujarnya.

Dalam pada itu, Anuwar berharap penduduk dapat menghargai pemberian kerajaan itu dengan bekerjasama memelihara kawasan tersebut dengan baik pada masa depan.

Sementara itu, seorang penduduk, Zaharah Pin, 51, yang telah menetap di rumah pangsa berkenaan sejak 27 tahun lalu memberitahu, bantuan berkenaan secara tidak langsung mengubah imej serta persekitaran kawasan itu.

"Perasaan lega hanya tuhan yang tahu, kami memang sudah lama berangan-angan mahu memperbaiki rumah, malangnya duit simpanan tidak mencukupi.

"Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan terhadap kerajaan yang menyalurkan bantuan ini," katanya.

Tambah seorang lagi penduduk, Mashitah Abd. Aziz, 53, kini dia dan seluruh keluarga amat gembira dengan perubahan yang dinikmati melalui kerja-kerja menaik taraf berkenaan.

"Kawasan ini sudah berwajah baharu. Mereka bukan sahaja membaiki kemudahan luaran rumah, malah baru-baru ini pihak Majlis Perbandaran Seremban juga datang ke rumah untuk membaiki sinki dapur dan menukar paip saluran air yang telah lama rosak," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tingkatkan kemudahan awam di PD

Posted:

Tingkatkan kemudahan awam di PD

Tingkatkan kemudahan awam di PD


PANTAI Port Dickson sentiasa menjadi tarikan pengunjung dalam dan luar negara, terutama semasa cuti persekolahan, baru-baru ini.


TELOK KEMANG 26 Jan. - Siapa yang tidak mengenali bandar Port Dickson yang kini bukan sahaja terkenal dengan jolokan Pantai Peranginan Negara, malah diberi pengiktirafan sebagai Bandar Tentera Darat oleh kerajaan tiga tahun lalu.

Kini bandar yang menjadi pusat tarikan terkemuka ini terus dibanjiri oleh para pelancong dari dalam dan luar negara dan sudah pastinya pelbagai kemudahan terus disediakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menjamin keselesaan ketika berkunjung ke sini.

Pun begitu, masih ada beberapa perkara yang disuarakan oleh para pengunjung, terutamanya dalam meningkatkan kualiti kemudahan awam di pusat peranginan ini.

Bagi seorang pengunjung, Muzali Masyakur, 50, mengakui keadaan pantai yang semakin bersih membuatkan ramai memilih lokasi ini sebagai destinasi percutian apatah lagi dengan pertambahan kemudahan serta infrastruktur.

"Namun apa yang dapat saya lihat kemudahan tandas di beberapa lokasi mandian awam masih berkurangan dan harga terlalu tinggi menyebabkan para pengunjung terpaksa beratur panjang serta membayarnya kerana tiada pilihan lain," katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Manakala pengunjung, Khairul Khan, 21, pula berpendapat, dalam usaha menarik lebih ramai pengunjung ke sini, pelbagai program boleh diadakan secara berterusan bagi memastikan kawasan ini tidak hanya menjadi tumpuan orang ramai ketika musim cuti akan tetapi pada hari-hari biasa.

"Acara seperti car boot sale di kawasan lapang ataupun bola sepak pantai, sukaneka pantai dan sebagainya dijangka boleh menarik lebih ramai pengunjung termasuklah golongan belia," katanya.

Dalam pada itu, pengunjung, Mashitah Ismail, 43, berkata, kemudahan tempat beribadah juga perlu diambil berat memandangkan lokasi sedia ada kelihatan kecil sedangkan jumlah pengunjung ke sini sudah bertambah.

"Memang ada kemudahan surau, namun keadaannya sudah tidak dapat menampung lagi kebanjiran orang ramai. Sudah tiba masanya dibina surau lebih besar untuk kemudahan pengunjung Islam," katanya.

Seorang pengunjung, Ansari Rawi,49, berkata, pembangunan di pantai Port Dickson telah banyak berubah dan ia semakin menarik perhatian.

"Kawasan pantainya bersih dan keselesaan yang memuaskan membuatkan ramai pengunjung memilih pantai ini, terutamanya pada musim cuti," katanya.

Pengunjung Azhar Ansari, 22, berkata, destinasi di sini amat sesuai untuk beristirehat bersama keluarga.

"Malah, pelbagai bentuk persembahan boleh dilakukan di sini memandangkan kemudahan dan prasarana yang sedia ada disediakan oleh pihak berwajib dan sudah tentu akan lebih ramai pelancong ke sini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Terowong pejalan kaki sunyi, kotor undang bahaya

Posted:

Terowong pejalan kaki sunyi, kotor undang bahaya

Terowong pejalan kaki sunyi, kotor undang bahaya


TEROWONG yang menjadi laluan penduduk Kampung Bukit Palah dengan Masjid Al-Azim, Melaka yang kurang mendapat penyelenggaraan menyebabkan ia terbiar.


MELAKA 26 Jan. - Sikap tidak mengambil berat sesetengah pihak terhadap kebersihan dan tahap keselamatan di terowong pejalan kaki mampu mengundang bahaya para pengguna.

Laluan sunyi serta terpinggir sebegini berkemungkinan menjadi lokasi si penjenayah untuk mencari mangsa.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, terowong pejalan kaki sepanjang 100 meter yang menghubungkan Masjid Al-Azim, Jalan Solok Balik Bukit dengan laluan dari Taman Tun Fatimah, Kampung Mata Kuching dan Kampung Musai serta penduduk sekitar itu agak gelap dan dipenuhi sampah-sarap.

Terowong yang sedikit sesak hanya hari Jumaat sahaja itu turut dicacatkan dengan pelbagai sampah-sarap, termasuk botol minuman, serpihan kaca serta pelbagai tulisan dan lukisan yang diconteng di dinding.

Dalam pada itu, longkang kecil yang dibina di dalam terowong itu juga didapati gagal berfungsi dengan baik kerana aliran air tersekat dengan daun dan rumput kering serta bekas minuman.

Tambah membimbangkan, takungan air yang menyebabkan bahagian lantai dalam terowong berlumut dan licin, dikhuatiri menggalakkan lagi pembiakan nyamuk aedes.

Seorang pekerja am Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertugas membersihkan kawasan sekitar masjid itu memberitahu, biarpun ada petugas yang membersihkan kawasan itu, namun sikap tidak prihatin sesetengah pihak membuatkan terowong tersebut semakin dipinggirkan.

Katanya, laluan tersebut sentiasa kelihatan sunyi bukan hanya pada hari biasa, malah pada hujung minggu.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan