Berita Harian: Mutakhir |
KDN akan perluas transformasi kepada agensi lain di bawahnya: Hishammuddin Posted: 29 Jan 2012 02:10 AM PST Mutakhir KLUANG: Kementerian Dalam Negeri akan memperluaskan transformasi yang bakal dilaksana di dalam pasukan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) kepada agensi lain di bawahnya.Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata langkah itu bagi memastikan agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan turut menikmati peningkatan dalam pelbagai aspek seperti RELA. "Diharapkan dengan cara ini dapat menggerakkan gelombang semangat kesukarelawan di kalangan generasi muda," katanya selepas merasmikan sambutan Tahun Baru Cina, di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Paloh, di sini hari ini. Sementara itu, mengulas penambahbaikan pada RELA termasuk penggubalan Akta Rela yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam, Hishammuddin berkata, keputusan itu bagi meremajakan RELA dalam menghadapi ancaman baru."Peranan RELA pada masa depan bergantung kepada peranan dan hala tuju sekarang," katanya. - BERNAMA |
Tak wajar SPRM simpan rekod harta menteri, timbalan menteri Posted: 29 Jan 2012 02:06 AM PST Mutakhir KOTA KINABALU: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk VK Liew berkata tidak wajar bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyimpan rekod harta menteri dan timbalan menteri.Beliau berkata, peranan utama SPRM ialah menerima dan menyiasat aduan mengenai rasuah. "Bukan bagi ketua SPRM menyimpan rekod menteri dan timbalan menteri. "Bagi saya kami telahpun diminta dari awal lagi (semasa dilantik menteri dan timbalan menteri) mengemukakan rekod aset kami (sebagaimana telah dilakukkan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.Liew, yang juga presiden Parti Demokratik Liberal (LDP), diminta mengulas kenyataan pengerusi panel penasihat SPRM Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh baru-baru ini bahawa "SPRM akan mendapatkan salinan perisytiharan harta menteri-menteri kabinet dan pasangan mereka serta anggota lain keluarga yang dikemukakan kepada Perdana Menteri". "Kami mencadangkan supaya salinan perisytiharan harta semua anggota pentadbiran pusat diberikan kepada suruhanjaya," kata Zaitun. - BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan