Jumaat, 20 Januari 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Bahagia di sebalik derita

Posted: 19 Jan 2012 12:11 PM PST

KUALA LUMPUR: Selepas disahkan positif dijangkiti virus maut HIV pada 2004, doktor menjangka dia hanya boleh hidup selama empat tahun, namun selepas tempoh itu berlalu, dia bukan saja masih mampu bernafas, malah mendapat kehidupan baru apabila ada lelaki berhati murni memperisterikannya.

Itu bukti kekuasaan Allah atas kesabaran serta kegigihan seorang penghidap virus HIV yang hanya mahu dikenali sebagai Zulaikha dan kini kehidupannya tambah bermakna apabila dikurniakan cahaya mata lelaki berusia setahun dua bulan yang disahkan bebas HIV.

"Hati siapa yang tidak remuk apabila doktor memberitahu saya hanya boleh hidup empat tahun iaitu sehingga 2008. Ketika itu saya percaya kata-katanya dan menganggap kehidupan ketika itu sudah tidak bermakna," katanya.

Zulaikha, 33, berkata dalam tempoh tiga tahun, dia kerap berkurung dalam bilik sehingga tidak makan, minum dan mandi sehingga jatuh sakit.


"Mujur keluarga menerima dan menyokong saya. Mereka yang memujuk saya mendapatkan khidmat nasihat daripada pakar serta jangan berputus asa dengan rahmat Allah.


"Dengan kuasa Allah, tanpa diduga pada 2008 iaitu tahun saya diramalkan meninggal dunia, saya mendapat hidup baru apabila bertemu jodoh, malah kini dikurniakan cahaya mata," katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Dua bayi maut tercekik susu

Posted: 19 Jan 2012 12:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Dua bayi lelaki berusia tiga dan tujuh bulan yang dihantar ke sebuah taska di Taman Permata, Hulu Klang di sini maut dipercayai akibat tersedak susu, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, kedua-dua bayi berkenaan yang dikenali sebagai Muzafar Mohd Faizal, berusia tiga bulan dan Haris Ruhil, tujuh bulan, diberikan susu oleh pengasuh taska berkenaan sebelum tiba-tiba mereka mengalami masalah pernafasan.

Pemilik taska itu kemudian menghantar kedua-dua bayi itu ke sebuah klinik berhampiran untuk rawatan, namun kedua-dua bayi itu kemudian disahkan sudah meninggal dunia.

Berikutan kejadian itu, ibu bapa kedua-dua mangsa kemudian membuat laporan polis.


Bapa Muzafar, Mohd Faizal Jaafar, 32, berkata anak bongsunya daripada dua beradik itu baru sebulan dihantar ke taska berkenaan.


Sebelum ini, anaknya yang sulung turut dihantar di taska sama tetapi tiada berlaku kejadian yang tidak diingini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan