Harian Metro: Setempat |
Posted: 30 Jan 2012 10:13 AM PST KUALA LUMPUR: "Saya bersyukur terselamat dalam kemalangan ini walaupun teksi remuk teruk selepas melambung sebelum terseret beberapa meter di Lebuhraya Persekutuan akibat salah faham dengan laluan dikatakan penumpang," kata Safian Hasaan, 33, mangsa kemalangan membabit sebuah teksi yang merempuh pembahagi jalan lebuh raya, pagi semalam. Dalam kejadian jam 5 pagi itu, dia membawa seorang penumpang lelaki yang ingin ke Hotel Hilton di Petaling Jaya namun sebaik tiba di simpang menghala Lebuhraya Sprint, tiba-tiba penumpang terbabit menyuruhnya masuk ke laluan berkenaan menyebabkan dia hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan. Safian berkata, penumpang itu menyangka dia tersalah laluan dan menyuruh masuk ke Lebuhraya Sprint sedangkan untuk ke hotel berkenaan perlu melalui laluan menghala Universiti Malaya (UM). "Akibat salah faham itu, saya gagal mengawal kenderaan ketika cuba mengikut arahannya menyebabkan teksi saya terlanggar pembahagi jalan dan melambung sebelum terseret beberapa meter dalam keadaan terbalik.
"Saya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan dirawat sebagai pesakit luar," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Peluang warga kota rebut hadiah Posted: 30 Jan 2012 10:10 AM PST KUALA LUMPUR: Bagi meneruskan kemeriahan sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2012 di Dataran Merdeka, di sini, Sabtu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif memberikan pelbagai ganjaran istimewa khusus kepada warga kota hingga penghujung Februari ini. Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan DBKL, Datuk Normah Malik, berkata bermula semalam di Kuala Lumpur, acara sampingan sama ada anjuran DBKL mahupun pihak luar sudah mula mengambil tempat bagi memeriahkan sambutan itu termasuk Kempen Kibar Bendera Wilayah Persekutuan membabitkan bangunan sekitar bandar raya ini.
"Dalam pertandingan itu, kami menawarkan hadiah keseluruhan RM12,500 serta sijil kepada juara, naib juara dan ketiga di samping lima hadiah sagu hati.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan