Selasa, 24 Januari 2012

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


Imigresen tahan lima PATI diseludup keluar ke Thailand

Posted:

Imigresen tahan lima PATI diseludup keluar ke Thailand

Imigresen tahan lima PATI diseludup keluar ke Thailand


TIGA PATI warga Myanmar berbaring di dalam bonet kereta jenis Proton Iswara Aeroback untuk keluar ke negara Thailand secara haram di Kompleks CIQ Bukit Kayu Hitam, kelmarin.


BUKIT KAYU HITAM 24 Jan. - Jabatan Imigresen negeri menahan empat lelaki pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang cuba diseludup keluar ke Thailand melalui Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (KIK) Bukit Kayu Hitam, petang semalam.

Pengarahnya, Mohd. Hatta Kassim berkata, PATI tersebut berumur antara 15 dan 32 tahun dipercayai masuk ke Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah dua atau tiga bulan lepas untuk bekerja.

Katanya, pegawai Imigresen yang menahan sebuah kereta dipandu warga tempatan berumur 30-an di laluan keluar arah Thailand kira-kira pukul 2 petang semalam, mendapati penumpang di sebelah pemandu cuba berlakon sebagai penduduk tempatan.

"Apabila diperiksa lelaki itu tidak dapat mengemukakan sebarang dokumen perjalanan dan pemeriksaan seterusnya menemui tiga lagi PATI bersembunyi dalam but belakang kereta," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata, pemandu tersebut dari Changlun dekat sini mempunyai rekod menyeludup PATI keluar dari negara ini melalui KIK Bukit Kayu Hitam empat bulan lepas.

Dalam kes lain, seorang lelaki warga Sri Lanka ditahan di laluan kereta keluar dari negara ini di KIK itu kira-kira pukul 5.45 petang Ahad lepas.

Mohd. Hatta berkata, PATI berusia 30-an itu menaiki kereta dipandu lelaki tempatan, mengemukakan pasport Malaysia yang dipalsukan untuk masuk ke Thailand.

Kesemua PATI dan kedua-dua pemandu terbabit disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010).

Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

3,900 PATI ditahan dalam 3,700 operasi

Posted:

3,900 PATI ditahan dalam 3,700 operasi

3,900 PATI ditahan dalam 3,700 operasi

SEPANG 24 Jan. - Sejumlah 3,900 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang digaji oleh 106 majikan ditahan dan dikenakan pelbagai tindakan oleh Jabatan Imigresen menerusi operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) yang bermula Oktober tahun lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, jumlah yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 38,000 PATI yang diperiksa dalam 3,700 operasi di seluruh negara.

"Apa yang saya ingin tegaskan ialah majikan perlu memainkan peranan masing-masing iaitu mendaftarkan pekerja warga asing seperti yang ditetapkan di lapan Cawangan Pusat Setempat (OSC) yang terpilih.

"Majikan masih ada masa kerana pendaftaran secara pentadbiran proses permohonan pemutihan akan diteruskan bagi PATI yang telah berdaftar sepanjang tempoh 1 hingga 31 Ogos tahun lalu.

"Ambil peluang yang ada ini untuk daftarkan pekerja masing-masing atau akan berhadapan dengan tindakan undang-undang," katanya selepas mengetuai Operasi Agensi Penguatkuasaan Bersepadu di Bagan Lalang semalam.

Menurut Mahmood, seramai 341,956 PATI telah melalui proses pemutihan dan pengampunan manakala 26,760 majikan hadir di lapan OSC 6P.

Daripada jumlah tersebut katanya, angka paling tinggi dicatatkan adalah di pusat setempat Jabatan Imigresen Putrajaya iaitu 15,391 permohonan majikan bagi pemutihan 126,960 PATI diikuti Seberang Jaya, Pulau Pinang (3,507 majikan, 11,057 PATI) dan Johor Bahru (2,122 majikan, 8,928 PATI).

Selain itu menurutnya, pusat setempat yang turut mencatatkan proses pemutihan tertinggi adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya (2,125 majikan, 8,334 PATI); Jabatan Imigresen Presint 15 (823 majikan, 4,305 PATI); Kuantan (1,339 majikan, 4,065 PATI); Jalan Duta (759 majikan, 4,036 PATI) dan Jabatan Imigresen Pelabuhan Klang (694 majikan, 2,483 PATI).

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan