Khamis, 26 Januari 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


600 penduduk dapat geran tanah

Posted:

600 penduduk dapat geran tanah

600 penduduk dapat geran tanah

Oleh SAPEE MAT JUNUS
pengarang@utusan.com.my


AHMAD Said (kanan) menyerahkan geran hak milik tanah kepada seorang penerima di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini.


KEMAMAN 25 Jan. – Setelah mengemukakan permohonan dan menunggu bertahun-tahun, seramai 600 penduduk di daerah ini akhirnya memperoleh geran tanah baru-baru ini.

Ia suatu detik yang menggembirakan mereka kerana akhirnya memiliki tanah secara sah dengan hanya perlu membayar 10 hingga 15 peratus daripada nilai sebenar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said ketika berucap pada majlis penyerahan geran berkenaan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman mengingatkan mereka agar menghargai pemberian itu.

Katanya, mereka tidak sepatutnya mengambil kesempatan menjual tanah yang diberikan hanya untuk mencari keuntungan singkat dan mengabaikan keperluan masa depan keluarga.

Beliau berkata, ini kerana banyak kes seumpama itu telah berlaku seperti di Geliga dan Kuala Kemaman yang telah menjual tanah untuk mendapat keuntungan segera.

Justeru, bagi mengelakkan perkara sama berulang, katanya, syarat ketat diperkenalkan iaitu penerima tidak dibenarkan memindah hak milik tanah dalam tempoh 10 tahun.

"Sebab itu juga kita tutup seketika permohonan tanah kerana dalam kalangan kita ada yang tidak amanah. Isu tanah kita tidak pandang remeh.

"Sesiapa yang tidak memiliki tanah lagi kita akan beri tanah sebab dasar kita sekarang sebuah keluarga satu lot tanah.

"Tetapi jika ketua keluarga datang minta tanah untuk isteri dan anak-anak kita tidak beri," katanya.

Sementara itu, salah seorang penerima, Kwek Bee Lian, 59, begitu teruja apabila memperoleh geran tanah yang disampaikan oleh Ahmad.

"Kami merasa lega setelah menanti selama tiga tahun akhirnya 'berbuah' juga. Terima kasih Datuk Seri dan kerajaan negeri," katanya.

Kegembiraan itu dikongsi Kembang Daud, 78, yang cukup terharu apabila kerajaan mengotakan janji untuk memberi tapak lain kepadanya bagi menggantikan tanahnya di tapak Casa Limbong yang diambil untuk dijadikan pusat beli belah.

Manakala Ibrahim Komee, 67, yang hanya bergantung kepada bantuan kerajaan sebanyak RM200 sebulan bersyukur kerana akhirnya dapat menetap di tanah sendiri.

"Alhamdulillah, setelah empat tahun menunggu, hari ini saya dapat hak milik tanah yang sah," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Jalan Felda Cerul ke Bukit Sagu rosak teruk

Posted:

Jalan Felda Cerul ke Bukit Sagu rosak teruk

Jalan Felda Cerul ke Bukit Sagu rosak teruk


sebahagian daripada jalan di Felda Cerul, Kemaman ke Bukit Sagu-Kuantan dan Jerangau-Jabor yang rosak teruk dan perlu dibaiki segera.


KEMAMAN 25 Jan. - Pengguna jalan Felda Cerul ke Bukit Sagu, Kuantan dan Jerangau-Jabor menggesa pihak berkuasa supaya membaiki jalan berkenaan yang rosak teruk sejak lebih setahun lalu.

Masalah itu lebih dirasakan oleh para penduduk di penempatan Felda Cerul dan Bandar Ceneh Baru serta beberapa kampung sekitarnya.

Kebanyakan penduduk kecewa kerana keadaan jalan yang berlubang dan berlopak itu dibiarkan berlarutan sejak sekian lama dan menimbulkan kesulitan kepada mereka.

Yunus Awang, 51, ketika ditemui berkata, dia menggunakan jalan berkenaan setiap hari ke bandar Cukai atas urusan kerja dan kesal kerana dibiarkan rosak begitu lama.

"Jalan yang tidak sempurna itu membahayakan pengguna dan telah banyak berlaku kemalangan di samping mudah merosakkan kenderaan," ujarnya.

Syed Yusuf Tuan Syed, 50, yang berulang-alik dengan motosikal untuk bekerja di Bandar Ceneh Baru mendakwa sepanjang jalan banyak permukaan yang berlubang.

"Sepanjang melaluinya saya melihat banyak kemalangan kecil berlaku sehingga mencederakan penunggang motosikal," ujarnya.

Seorang lagi pengguna, Rashid Mat Noh, 47, berkata, keadaan jalan yang rosak itu amat berbahaya kepada pengguna terutama pada sebelah malam apatah lagi jika mereka belum biasa dengan laluan itu.

"Walaupun sebelum ini sebahagian lubang berkenaan telah ditampal, namun ia tidak bertahan lama kerana jalan itu turut digunakan oleh kenderaan berat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

SMK Padang Kemunting sekolah angkat polis

Posted:

SMK Padang Kemunting sekolah angkat polis

SMK Padang Kemunting sekolah angkat polis


Hamzah Mohd. Jamil menyarungkan kot kepada ketua pengawas, Muhamamd Luqman Nur Hakim Muslim pada majlis penyerahan watikah pelantikan pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber di SMK Padang Kemunting, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 25 Jan.- Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Padang Kemunting, di sini telah dijadikan sekolah angkat oleh Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Mohd. Jamil.

Menurut Hamzah, ia sebagai satu usahanya untuk bersama membantu memajukan sekolah berkenaan dari sudut pencapaian akademik dan juga sahsiah pelajar.

Pada masa sama, katanya, ia juga dapat mengukuhkan usaha memasyarakatkan polis termasuk melalui langkah menubuhkan Kadet Polis di sekolah itu kelak.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis penyerahan watikah pelantikan 61 pengawas sekolah dan 37 pengawas pusat sumber sekolah itu di sini, hari ini.

Turut hadir pengetua sekolah itu, Razali Othman dan Pegawai Perhubungan Polis Sekolah, Inspektor Hafizan Sofian.

Hamzah turut mengingatkan pelajar agar sentiasa menghayati tuntutan agama untuk mencapai kejayaan sebenar dalam kehidupan.

"Taatilah guru kerana mereka adalah pengganti ibu bapa kita semasa di sekolah," ujarnya.

Sementara itu, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Ashari Katib Hasan berkata, warga SMK Padang Kemunting berterima kasih dan berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh Hamzah.

Katanya, sekolah yang berusia tujuh tahun dan kini menampung 598 pelajar sedang dipacu ke arah pencapaian lebih baik dalam pelbagai lapangan dengan komitmen dan kesepakatan pelbagai pihak.

"Dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu, lima pelajar mendapat semua A. Ia suatu permulaan yang baik untuk menjadi asas melonjakkan pencapaian pada masa depan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan