Utusan Online - Politik |
Bersih 3.0: SPR persoal niat penganjur Posted: Bersih 3.0: SPR persoal niat penganjurKUANTAN 19 Jan. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempersoalkan hasrat Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk sekali lagi turun ke jalanan sedangkan banyak tuntutan mereka telah dipersetujui dilaksanakan pada pilihan raya umum akan datang. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, beliau tidak faham mengapa Bersih masih tidak berpuas hati kerana pelbagai ruang telah diberikan kepada mereka untuk mengemukakan cadangan termasuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya. "Saya rasa hairan dan pelik dengan tindakan Bersih ini. Sebelum ini SPR telah membuka ruang kepada mereka untuk meluahkan rasa tidak puas hati dan memberi cadangan kepada jawatankuasa yang ditubuhkan ini. "SPR juga berusaha sedaya upaya menerima cadangan dan pandangan melalui jawatankuasa khas yang ditubuhkan ini dan banyak juga cadangan telah dipersetujui," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus untuk persiapan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) di sini hari ini. Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail dan Ketua Polis negeri, Datuk Sharifuddin Abdul Ghani. Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga sebelum ini tidak menolak kemungkinan untuk sekali lagi turun ke jalanan sekiranya cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Tegas Abdul Aziz, masalah mengenai pembaharuan pilihan raya tidak akan dapat diselesaikan dengan cara berdemonstrasi. "Buat apa kita pergi ke jalan raya untuk mengadakan demonstrasi. Kita ada pelbagai ruang untuk meluahkan rasa tidak puas hati contohnya seperti menghantar memorandum, surat dan berjumpa sendiri dengan SPR. "Malah banyak perkara yang dikemukakan itu telah dipersetujui. Dahulu sibuk pasal dakwat kekal sekarang kita telah setuju, dulu sibuk pasal daftar pemilih sekarang kita dah bersihkan seberapa yang boleh," jelasnya. Beliau menasihatkan kepada Bersih jika ada cadangan yang baik dan bernas untuk membaiki lagi pilihan raya, mereka boleh kemukakan kepada SPR. "Masa ada lagi, mereka boleh hantar surat. Kalau ingin mengadakan perjumpaan dengan SPR, kami sangat terbuka. Tetapi jika ada cadangan yang tidak sesuai dilaksanakan, kita tidak akan laksanakan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 7 cadangan PSC akan dilaksanaKUANTAN 19 Jan. - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan diberikan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftaran dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas taklimat kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus untuk persiapan PRU-13 hari ini. Katanya, bagi cadangan ketelusan proses mengundi, pihaknya akan membenarkan mereka yang dipercayai oleh pengundi kurang upaya untuk membantu menanda kertas undi. "Namun, ia mesti dengan syarat bahawa orang yang akan membantu pengundi berkenaan mestilah warganegara Malaysia dan berumur 21 tahun ke atas. Selain itu, kita juga akan melihat semula susun atur tempat mengundi," jelasnya. Menurutnya, SPR telah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada MIMOS Berhad untuk tujuan pembersihan data pemilih awal bulan ini. "Kami tidak menetapkan tarikh akhir kepada MIMOS tetapi kami harap ia akan selesai sebelum laporan akhir PSC dibentang di Parlimen Mac ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan