Harian Metro: Setempat |
Tandas laluan rahsia kaki judi Posted: 27 Jan 2012 11:05 AM PST KLANG: Serbuan polis ke atas sebuah premis di Bandar Baru Klang, di sini, kelmarin membongkar kegiatan perjudian yang berselindung di sebalik pusat hiburan keluarga. Lebih mengejutkan sebuah tandas wanita diubah suai pemilik terbabit untuk dijadikan laluan rahsia bagi memudahkan kaki judi ke bilik menempatkan mesin judi. Kegiatan perjudian itu tumpas dalam serbuan polis dilakukan Unit Risikan Operasi NKRA Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor yang melakukan intipan.
Aimy ketika ditemui di lokasi selepas serbuan itu, berkata tandas wanita berkenaan diubah suai sebagai laluan rahsia ke bilik berasingan yang menempatkan 14 mesin judi.
"Sebelum itu, empat penjaga premis termasuk dua warga Myanmar berusia 30 hingga 60 tahun ditahan bagi membantu siasatan," katanya. Menurutnya, selepas pemeriksaan, seorang daripada penjaga premis itu yang berusia 60 tahun yang juga warga tempatan didapati menyembunyikan wang RM750 di dalam seluar dalamnya.
Selain itu, Aimy berkata, 22 mesin judi komputer dan 14 mesin judi slot dirampas dalam serbuan berkenaan.
Full content generated by Get Full RSS. |
200 penduduk bimbang ular sering jadi ‘tetamu’ Posted: 27 Jan 2012 11:03 AM PST KLANG: Kira-kira 200 penduduk Kampung Jalan Papan, Pandamaran, di sini, kini hidup ketakutan dan diselubungi rasa bimbang apabila rumah yang mereka diami sering dimasuki binatang berbisa seperti ular. Masalah ini berpunca daripada kawasan rumah mereka tidak diselenggara dengan baik selain dipenuhi semak- samun serta lalang yang merimbun di kawasan berhampiran yang menjadi habitat reptilia berkenaan.
"Rumah saya dua kali dicerobohi ular berbisa. Jika keadaan ini berlarutan saya khuatir keselamatan dan nyawa ahli keluarga terancam," katanya.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan