Ahad, 1 Januari 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Bapa dan anak lelaki mati lemas di Pantai Sepat

Posted:

Bapa dan anak lelaki mati lemas di Pantai Sepat

Bapa dan anak lelaki mati lemas di Pantai Sepat

01/01/2012 9:14pm

KUANTAN – Seorang bapa dan anak lelakinya yang cuba menyelamatkannya yang sedang dihanyutkan ombak di Pantai Sepat di sini ditemui mati lemas.

Kejadian berlaku kira-kira 2 petang tadi ketika Zubir Othman, 57, dan seorang daripada anaknya bermain bola di pantai itu.

Ahmad Zuhaimi, 32, seorang juruteknik komputer di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Pekan turut dihanyutkan ombak kuat ketika cuba menyelamatkan bapanya itu.

Pegawai Operasi Balai Bomba Kuantan Mat Yusoff Hamat berkata mayat Zubir berjaya ditemui oleh orang awam tidak lama selepas kejadian itu manakala mayat anaknya Ahmad Zuhaimi ditemui kira-kira 7.20 malam ini.

Bercakap kepada pemberita di sini, beliau berkata operasi mencari dan menyelamat melibatkan 16 anggota bomba termasuk empat orang anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia menggunakan sebuah bot dan dua jet ski. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tujuh maut nahas babitkan treler dan dua kereta

Posted:

Tujuh maut nahas babitkan treler dan dua kereta

Tujuh maut nahas babitkan treler dan dua kereta

01/01/2012 9:13pm

LUMUT – Tujuh maut dalam satu kemalangan membabitkan sebuah treler membawa muatan tong gas memasak LPG dengan dua kereta di Batu 6, Jalan Sitiawan-Lekir lewat malam tadi ketika sambutan ambang tahun baru 2012 diraikan di seluruh negara.

Dalam kemalangan ngeri pada 11.30 malam tadi, enam mangsa maut di tempat kejadian manakala seorang lagi yang mengalamai kecederaan parah dan kritikal, maut pada 8 pagi ini di Hospital Seri Manjung di sini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Co Ha turut berada di tempat kejadian bagi melihat kerja-kerja mengalihkan treler berkenaan yang turut merempuh ladang kelapa sawit berhampiran.

Polis masih lagi meneruskan siasatan dan mengumpul maklumat di kawasan kejadian. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

DBKL "bersihkan" tapak Eye On Malaysia

Posted:

DBKL "bersihkan" tapak Eye On Malaysia

DBKL "bersihkan" tapak Eye On Malaysia

01/01/2012 9:15pm

KUALA LUMPUR — Pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menjalankan operasi mengosongkan gerai di bekas tapak

"Eye On Malaysia" di Taman Tasik Titiwangsa di sini kerana melanggar garis panduan yang ditetapkan serta mendapat aduan daripada penduduk kawasan sekitar .

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pemudahcara Perniagaan dan Peniaga Kecil DBKL, Saiful Mazli Ahmad berkata, pihaknya telah mengeluarkan lapan notis pengosongan semenjak Jun tahun lepas dan hingga 28 Disember lepas dengan harapan dapat memberi masa kepada para peniaga mengosongkan gerai mereka.

"Operasi ini terpaksa dijalankan ekoran kami menerima aduan daripada Persatuan Penduduk Taman Tasik Titiwangasa berhubung operasi perniagaan yang dijalankan menganggu ketenteraman awam dan juga melanggar garis panduan yang telah ditetapkan oleh DBKL.

"Para peniaga bukan sahaja melanggar garis panduan yang telah ditetapkan dengan memasang khemah tambahan malahan ada yang berani mencuri bekalan tenaga elektrik daripada DBKL," katanya kepada pemberita semasa operasi tersebut dijalankan.

Saiful berkata, pihak DBKL tidak akan mengeluarkan lesen perniagaan di tapak ini lagi kerana ada di antara peniaga yang diberikan lesen perniagaan menyerahkan perniagaan untuk dijalankan oleh warga asing.

Katanya, DBKL juga akan mengambil tindakan ke atas peniaga yang membuka premis di belakang Istana Budaya selepas ini kerana didapati menganggu lalu lintas di kawasan tersebut. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan