Ahad, 1 Januari 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Mayat hancur dirempuh treler

Posted:

Mayat hancur dirempuh treler

Mayat hancur dirempuh treler

Oleh MOHD. AZLI ADLAN
azli.adlan@kosmo.com.my

SALAH seorang mayat remaja yang terpelanting selepas MPV jenis Honda Stream yang dinaiki bersama sembilan lagi rakan mereka dirempuh treler.


SITIAWAN – Tujuh remaja maut termasuk dua beradik menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas mayat mereka ditemui dalam keadaan beberapa anggota badan hancur apabila kenderaan pelbagai guna (MPV), Honda Stream yang dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan tong gas di Batu 6, Jalan Lekir-Sitiawan dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 10.30 malam itu menyebabkan Badrul Isa Sulaiman, 19; adiknya, Mohamad Hadi, 17, serta sepupu mereka, Mohamad Shadan Mohd. Arshad, 15, maut. Turut maut ialah tiga rakan sekampung mereka, Mohamad Kamil Samsuri, 15, Ahmad Faizal Mohd. Termizi, 15, dan Muhamad Shafik Redzuan Yusuf, 16.

Kesemua mereka mati dengan beberapa anggota badan mereka hancur di tempat kejadian.

Pemandu MPV terbabit, Mohd. Hisam Mat Zaki, 22, yang mengalami kecederaan parah di kepala pula meninggal dunia pada pukul 8.35 pagi semalam di Unit Rawatan Rapi, Hospital Seri Manjung dekat sini.



Tiga lagi penumpang Honda Stream itu, Khairul Faiz Mohd. Noor, 17, dan dua rakan perempuan mereka pula cedera ringan.

Pemandu treler membawa muatan tong gas, Abdul Rashid Abdul Aziz, 49, cedera parah di kepala dan sedang dirawat di hospital sama.

Ketua Trafik Daerah Manjung, Asisten Komisioner Ismail Munajat berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku setelah Mohd. Hisam cuba memotong sebuah kereta Honda Civic yang berada di hadapannya dari arah kiri.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada penyelewengan – Zahid

Posted:

Tiada penyelewengan – Zahid

Tiada penyelewengan – Zahid


ZAHID menyampaikan sumbangan kepada salah seorang peserta PLKN Kumpulan 1 Siri 9/2012 di Wangsa Maju semalam.


KUALA LUMPUR – Kos pembelian aset-aset dalam inventori pertahanan negara tidak melebihi harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan dan tidak berlaku sebarang penyelewengan.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, lebihan perbelanjaan hanya berlaku berikutan kenaikan kadar pertukaran wang asing dan faktor penting yang lain.

"Harga siling telah ditentukan oleh bajet yang diperuntukkan dan semua aset yang dibeli termasuk kapal tempur pesisir pantai (LCS), lazimnya tidak melebihi siling yang ditentukan itu kecuali bila berlaku kenaikan pertukaran wang asing.

"Kenaikan kos juga mungkin berlaku apabila terdapat pertukaran spesifikasi terhadap aset berkenaan namun boleh dikatakan perbelanjaan kesemua aset menepati siling yang ditetapkan," katanya selepas melancarkan Pergerakan Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 1 Siri 9/2012 di Wangsa Maju di sini semalam.

Beliau mengulas dakwaan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua bahawa kos pembelian LCS telah meningkat berbilion ringgit sebaik saja tender pembinaan enam LCS diberi kepada Boustead Naval Shipyard (BNS).

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Wanita selamat pistol tersekat

Posted:

Wanita selamat pistol tersekat

Wanita selamat pistol tersekat

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my


ANGGOTA polis melakukan siasatan di rumah Wan Zuraini yang diacukan pistol oleh dua lelaki di Desa Melawati, Kuala Lumpur kelmarin.


KUALA LUMPUR – Nyawa seorang wanita ternyata masih panjang apabila dia terselamat dari terkena tembakan jarak dekat selepas senjata api yang digunakan salah seorang daripada dua penjenayah tiba-tiba tersekat kelmarin.

Kejadian mencemaskan pukul 4.40 petang di Desa Melawati di sini berlaku apabila suri rumah, Wan Zuriani Wan Abd. Hamid (gambar), 46, didatangi dua lelaki menaiki sebuah motosikal sebaik mangsa baru sahaja tiba di rumah selepas pulang menghadiri kenduri di Sepang, Selangor.

Ketika kejadian, dua anak lelaki mangsa masing-masing berusia 15 dan 17 tahun sedang bermain bola di pekarangan rumah.

Mengimbau semula kejadian itu, Wan Zuriani memberitahu, dua lelaki tersebut meluru masuk ke dalam kawasan pagar rumah dan menjerit: 'hutang, hutang... jangan bergerak!' sambil mengacu-acukan pistol kepada tiga beranak tersebut.

Katanya, melihatkan keadaan itu, anak lelakinya yang berusia 17 tahun terus bergelut dengan penjenayah tersebut sebelum suspek melepaskan dua das tembakan ke arah lantai dan pagar rumah.

"Suspek kemudian mengacukan pistol ke arah dada saya namun gagal melepaskan tembakan mungkin kerana pistol tersebut rosak atau tersekat," ceritanya yang memberitahu suami, dua lagi anaknya dan amahnya yang berada di dalam rumah tidak sempat keluar kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Tambahnya, dalam keadaan kelam-kabut itu, suspek dapat melarikan beg tangan yang dipegangnya dan menghentak kepala anaknya dengan topi keledar.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan