Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 31 Dec 2011 07:00 AM PST KLANG: Jaraknya tidak sampai 500 meter dari balai Islam dan balai polis, namun sebuah rumah pelacuran dikesan beroperasi secara bebas dan menjadi 'port' rahsia untuk lelaki hidung belang dari tanah besar memuaskan nafsu bersama 'adik' daripada pelbagai negara. Golongan itu biasanya memberikan pelbagai alasan kepada keluarga, terutama isteri, seperti kononnya untuk memancing ke pulau berkenaan bagi mengaburi aktiviti gelap mereka. Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan bukan saja membabitkan eksekutif muda, malah warga emas dan pesara yang masih tidak insaf serta gemar mencari keseronokan dunia dengan dibelai gadis muda, terutama dari Thailand, China dan Indonesia. Sebagai pelengkap pakej pulau maksiat, sekurang-kurangnya dua pusat perjudiannya menggunakan mesin slot, manakala kedai menjual nombor ekor haram serta judi mahjong yang dimain secara terbuka turut beroperasi di situ. Abdul Hisham Hamzah, 55, berkata, walaupun penduduk bukan beragama Islam tidak ambil kisah perkembangan itu, namun bagi individu sepertinya, situasi itu sesuatu yang kurang enak kerana ia menjejaskan imej masyarakat Melayu di mata penduduk tempatan. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 31 Dec 2011 07:00 AM PST "PEREMPUAN itu buat cerita saja. Bila minta bukti tak tunjuk, malah bila ditanya keluarga Riza, mereka tidak pernah menghantar rombongan meminang kepada sesiapa pun," jelas pelakon yang mula dikenali melalui drama bersiri Juvana, Izreen Azminda mengenai gosip mengatakan pelakon itu merampas tunangan orang. Malah, bakal tunang Izreen juga dikatakan lelaki bermasalah dan mempunyai anak luar nikah. Pelbagai tuduhan dan tohmahan melanda pasangan itu selepas Izreen mengumumkan dia akan bertunang dengan Mohammad Riza Baharuddin (Riza) yang juga orang produksi.
Malah, Rafeda juga didakwa pernah bercuti ke luar negara bersama Riza serta masih menyimpan foto dan video sebagai bukti. Selain itu, mereka dikatakan hampir mempunyai anak luar nikah namun mengambil keputusan menggugurkannya kerana Riza masih bergelar suami Julia.
"Saya sebenarnya dapat tahu pasal hal ini kelmarin (Khamis). Bila diberitahu teman rapat mengenainya dan membaca tuduhan itu, perkara pertama terlintas ialah, kenapa ini boleh berlaku dan apa tujuannya? "Namun bila difikirkan semula, mungkin ada yang tidak puas hati dengan kami. Riza mungkin ada sejarah silam tapi sebagai manusia biasa, dia patut diberi peluang kedua.
"Secara jujur, keluarga saya belum tahu mengenai isu ini tapi sebaik saja mereka tahu, mungkin selepas membaca artikel ini, saya akan berdepan dan menjelaskan perkara sebenar.
Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan