Khamis, 23 Disember 2010

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Impian Anwar tidak mengenali batas

Posted:

Impian Anwar tidak mengenali batas

Impian Anwar tidak mengenali batas

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Pendirian dan angan-angan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh dipersoalkan kerana ia bukan sahaja tidak mengenali batas malah melangkaui norma-norma kehidupan manusia biasa.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, agenda dan perjuangan 'ala bintang filem' ketua pembangkang itu hanyalah untuk kepentingan peribadi sehingga sanggup mengorbankan rakyat tidak kira agama atau kaum.

"Agama dan kaumnya sendiri pun sanggup digadai dan dijaja demi usaha menegakkan benang yang basah tetapi apakah rakyat kita terutamanya orang Melayu ini bodoh?

"Apakah kita sudah lupa akan pembohongan 16 September? kini, mata rakyat cuba dikaburi lagi dengan edisi terbaru janji reformasi 100 hari sedangkan mereka yang sebenarnya memperjuangkan reformasi di dalam PKR telah pun meninggalkan parti itu.

"Sebelum bersorak mendabik dada dengan harapan untuk membohongi rakyat menerusi reformasi 100 hari saya rasa pembohongan 16 September harus diperjelaskan terlebih dahulu," katanya dalam blognya di http://zahrainmp.blogspot.com/.

Beliau mengulas hasil konvensyen pakatan pembangkang yang mengemukakan Program 100 Hari mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Zahrain berkata, hari ini genap 818 hari sejak 16 September 2008 berlalu, tetapi Anwar tanpa perasaan malu masih meneruskan pembohongan dan yang peliknya masih ada yang mempercayai pembohongan dilakukannya itu.

"Apakah rakyat kita begitu cetek pemikiran sehingga masih tidak dapat membezakan antara pendusta dan pemimpin? Saya yakin 100 hari adalah sama dengan 818 hari mengikut perkiraan pakatan pembangkang," katanya.

Beliau berkata, edisi terbaru janji Anwar dan sekutu cauvinisnya iaitu DAP untuk melaksanakan program 100 hari itu begitu sedap didengar oleh penyokong dan ahli mereka.

Menurutnya, walaupun bunyi dan isinya sama dengan janji dan manifesto Pilihan Raya Umum lalu yang masih belum ditunaikan, pembohongan itu tidak langsung dipersoalkan penyokong dan ahli pakatan tersebut.

"Pas semacam kaku dalam pakatan pembangkang walaupun Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah membayangkan kegusaran berhubung kelangsungan pakatan itu sebagai satu pakatan yang bermakna," katanya.

Beliau berkata, mungkin pemimpin Pas akur dan telah sedar akan pembohongan bertopengkan 'reformasi' dalam pakatan pembangkang, namun apakah nasib ribuan penyokong parti Islam itu yang kini terpinga-pinga di akar umbi.

"Apakah ahli dan penyokong pakatan pembangkang begitu taksub atau memang telah hilang kebolehan berfikir secara waras?.

"Mungkin pemimpin DAP amat berpuas hati dan memang telah lama mengharapkan perpecahan di kalangan orang Melayu dan umat Islam tetapi apa pula alasan pemimpin Pas dan pengikut tegar PKR," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Perkasa desak Nik Aziz letak jawatan elak rakyat ditindas

Posted:

Perkasa desak Nik Aziz letak jawatan elak rakyat ditindas

Perkasa desak Nik Aziz letak jawatan elak rakyat ditindas

PASIR MAS 23 Dis. - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, gesaan itu dibuat berikutan keadaan kesihatan Nik Abdul Aziz yang sering terganggu dan gagal membawa sebarang perubahan biarpun telah mentadbir negeri ini selama 20 tahun.

Beliau berkata, sudah sampai masa Nik Abdul Aziz mengundurkan diri bagi mengelakkan rakyat di negeri ini terus ditindas dan tidak mendapat hak mereka seperti mana yang dinikmati di negeri-negeri lain.

"Nik Aziz sendiri mengaku tidak sihat dan hanya mentadbir melalui fikiran dengan memberikan arahan, bagi saya kalau sudah tidak upaya tidak payahlah mentadbir serahkan kepada orang lain kerana kalau ada fikiran tetapi tidak cergas ia tidak akan berfungsi dengan baik, lihat saja apa pembangunan yang dibawa di negeri ini.

"Sebagai contoh, Sultan Ismail Petra telah digantikan oleh anakandanya, Sultan Muhammad Ke-V kerana keadaan fizikal baginda yang terjejas akibat angin ahmar dan saya serta Nik Aziz menyokong, jadi perkara yang sama juga berlaku. Kalau dia (Nik Aziz) tidak sihat lebih baik serahkan kepada orang lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kepada 527 Pelajar 5A UPSR 2010 dan Kesyukuran Parlimen Pasir Mas di Sekolah Kebangsaan Dato Ibrahim II di sini hari ini.

Kesemua pelajar cemerlang terbabit menerima hadiah berupa wang tunai RM100, beg sekolah dan sijil penghargaan daripada beliau.

Sebelum ini, akhbar melaporkan biarpun keadaan kesihatan dan pergerakannya terbatas, Nik Abdul Aziz tetap bertegas untuk tidak melepas jawatan itu.

Nik Abdul Aziz dilaporkan berkata mentadbir sebuah negeri bukanlah menggunakan tubuh badan tetapi fikiran, justeru tugasnya adalah memberi idea kepada orang bawahannya mengenai perkara-perkara yang perlu dibuat.

Keputusan untuk terus kekal sebagai Menteri Besar itu juga dibuat kerana permintaan orang Pas sendiri yang masih memerlukan beliau untuk kekal memegang jawatan tersebut.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, Nik Abdul Aziz hanya mencipta pelbagai alasan untuk terus menjadi Menteri Besar kerana sudah merasa 'seronok' dengan kuasa yang dimilikinya.

Katanya, beliau tidak akan memohon maaf atas desakan tersebut dan merasa amat kesal dengan tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak mengakui perjuangan Melayu biarpun ia untuk umat Islam.

"Saya tahu ramai orang akan marah tetapi saya bersikap tegas dan tidak memohon maaf kerana ini adalah kebenaran biarpun ia amat menyakitkan," katanya.

Tambah beliau, terlalu banyak masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pas Kelantan tetapi mereka menggunakan Islam untuk menutup kegagalan itu.

"Contohnya, pagi ini saya menerima kunjungan daripada guru-guru agama Yayasan Islam Kelantan (YIK), di negeri terdapat kira-kira 2,000 orang guru di sekolah YIK.

"Masalah yang dihadapi mereka berkhidmat 20 sehingga 30 tahun tetapi tidak disahkan jawatan, syarat sah jawatan untuk mendapatkan pencen adalah 25 tahun, bila disahkan jawatan pada umur 50 tahun mereka akan menerima pencen hanya sekitar RM33 sehingga RM120, apa nak buat dengan banyak ini, makanan kucing pun lagi mahal dari itu," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan