Utusan Online - Pahang |
Posted: Kereta lelong harga istimewaOleh MOHD. FAIRUZ YUSOF
KUANTAN 23 Dis. – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan tawaran palsu pembelian kereta lelong kononnya yang dirampas jabatan itu oleh mana- mana individu. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf berkata, pihaknya menerima aduan orang ramai mengenai ada pihak yang menawarkan tawaran tersebut sedangkan jabatan itu melakukannya secara tender terbuka. "Ada sesetengah pihak mendakwa mereka boleh mendapatkan kereta yang dirampas pihak kastam untuk dibeli oleh orang ramai pada harga yang istimewa. "Kononnya dengan memberi sejumlah wang kepada pihak terlibat, mereka boleh mendapatkan kereta itu dengan mengenali orang dalam," katanya di sini hari ini. Mohamed Khalid menegaskan, jabatan itu tidak pernah melantik sesiapa sebagai ejen untuk menjual kenderaan berkenaan. "Kita tidak pernah berurusan dengan pihak ketiga dan jika ada pihak yang mengaku begitu ia merupakan satu penipuan," katanya. Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta tidak terpedaya dan melaporkan kejadian ini kepada jabatan itu bagi membanteras penipuan seperti ini. Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak tertipu dengan sindiket meminta sejumlah wang kononnya untuk digunakan bagi membebaskan wang seludup yang dirampas oleh kastam. Beliau berkata, setakat ini JKDM tidak mempunyai rekod berapa ramaikah yang sudah ditipu oleh sindiket terbabit tetapi pihaknya percaya ia berterusan sehingga kini. Menurutnya, pihaknya juga percaya penipuan itu dipercayai bermula daripada laman sembang dan sosial di Internet seperti Facebook dan Friendster. Jelasnya, mangsa berkenalan dengan pihak tidak dikenali yang mendakwa mereka memiliki wang seludup, tetapi tidak dapat mengambilnya kerana telah dirampas oleh jabatan itu. Sindiket itu kemudian akan meminta kenalan mereka memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu bagi memudahkan urusan pelepasan wang seludup tersebut sebelum ia dapat dibahagikan bersama. Namun, katanya, sebaik sahaja wang mangsa sudah dimasukkan ke dalam akaun sindiket terbabit, mereka akan menghilangkan diri. "Sebenarnya duit itu tidak wujud tetapi masih ramai yang percaya menyebabkan mereka tertipu," jelasnya. | ||
1,641 pelajar catat semua A dalam PMR Posted: 1,641 pelajar catat semua A dalam PMRKUANTAN 23 Dis. - Seramai 1,641 daripada 23,856 calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 di Pahang tahun ini berjaya mendapat gred A bagi semua mata pelajaran. Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Zainal Abdidin berkata, jumlah tersebut meningkat sebanyak 274 orang berbanding tahun lalu iaitu seramai 1,367. Menurutnya, pencapaian calon yang menguasai semua mata pelajaran meningkat kepada 3.6 peratus iaitu seramai 16,478 orang berbanding 15,714 orang berbanding tahun lepas. "Bilangan calon yang mendapat semua E bagaimanapun meningkat sedikit daripada 15 orang tahun lepas kepada 18 orang tahun ini. "Bagaimanapun, pencapaian Gred Purata Negeri (GPN) meningkat iaitu 2.66 bagi 2010 berbanding 2.72 pada 2009," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Jabatan Pelajaran Negeri di sini, hari ini. Beliau berkata, secara keseluruhannya pencapaian calon luar bandar dan bandar semakin baik dari segi nilai GPN, pencapaian semua A dan pencapaian menguasai tahap minimum. Yahya memberitahu, bagi pencapaian calon istimewa pula, keseluruhan keputusan bagi kategori itu meningkat berbanding tahun lalu. "Bilangan calon istimewa yang menduduki PMR pada tahun ini meningkat seramai 46 orang berbanding tahun lalu seramai 58 orang. "Bilangan calon istimewa yang menguasai semua matapelajaran meningkat sebanyak sembilan orang berbanding tahun lalu iaitu sebanyak lima orang," katanya. Tambah beliau lagi, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di sini muncul sekolah terbaik di Pahang yang mana bukan sahaja mencatatkan kelulusan 100 peratus dalam PMR, malah 138 pelajarnya mencatatkan keputusan A dalam semua mata pelajaran. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan