Ahad, 5 Ogos 2012

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Maut ditembak jarak dekat

Posted: 04 Aug 2012 07:59 AM PDT

SERI KEMBANGAN: Tiga rakan yang asyik minum arak di tepi jalan di Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, di sini, dikejutkan dengan tiga das tembakan yang mengorbankan seorang daripada mereka dalam kejadian dipercayai bermotifkan dendam, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.30 malam, Kesavan Subramaniam, 27, yang melepak di bahu jalan itu bersama dua rakannya dihampiri dua lelaki bermotosikal sebelum pemboncengnya melepaskan tiga tembakan.


Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, mangsa yang tidak bekerja dan berasal dari bandar ini mati serta-merta di tempat kejadian akibat cedera parah.

"Siasatan forensik di tempat kejadian mendapati mangsa ditembak di kepala dan tubuh dari jarak dekat. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Serdang (HS) untuk bedah siasat.


"Pembonceng terbabit turun dari motosikal sebelum menembak dan hanya menyasarkan mangsa berikutan dua lagi rakannya tidak diapa-apakan," katanya.


Katanya, rakan mangsa mendakwa gagal mengecam wajah dua lelaki terbabit berikutan mereka memakai topi keledar bertutup penuh.

"Namun, kedua-dua suspek dipercayai berusia lingkungan 20-an dan menaiki motosikal jenis Yamaha LC.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04


Abby, Norman rujuk?

Posted: 04 Aug 2012 07:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Perkara ini kuasa Tuhan. Buat masa ini, masing-masing belum ada respons. Saya tak boleh cakap apa yang bakal berlaku pada masa depan," kata Memey Suhaiza ketika diaju persoalan jika bekas isteri suaminya, Abby Abadi kembali semula ke pangkuan Norman Hakim.

"Anak juga terbuka mengenai soal itu dan bertanya bila mama (Abby) hendak berkahwin semula dengan papa mereka," katanya yang menyerahkan kepada ketentuan takdir jika Abby dengan Norman rujuk semula selepas bercerai pada 18 Disember 2008.

Hubungan Memey dan Abby kembali jernih selepas mereka meluangkan masa berbuka puasa bersama pada 1 Ogos lalu.

Memey berkata, apa yang berlaku tidak dirancang dan dengan mengambil keberkatan Ramadan, mereka berbaik semula demi masa depan anak.


"Selepas menanti empat tahun, akhirnya kami berbaik semula. Mulanya, saya dengan abang (Norman) datang mengambil anak di rumah kak Abby dan pada masa itu saya mengambil kesempatan bersalam dengannya. Selepas bersalam, dia terus peluk saya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04


Tiada ulasan:

Catat Ulasan