Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT KOTA BHARU: "Saya bertanya kenapa dia sanggup tinggalkan suami begitu saja dan dia jawab, dia tidak mampu lagi menjaga suaminya. Malah, dia suruh kami tunggu saja surat mahkamah (tuntutan cerai)." Itu kata Mat Yakob Salleh, 61, mengenai tindakan kakak iparnya yang tergamak meninggalkan suami, Mahmud Hamid, 63, sejak sembilan bulan lalu selepas pasangan hidupnya itu lumpuh dan tidak dapat bercakap akibat serangan angin ahmar. Menurutnya, akibat tindakan wanita berusia 38 tahun itu, abang tirinya kini dijaga ibu mereka, Siti Liah Tahir, 83, yang sudah tua dan uzur di Kampung Panji, di sini. "Kami terkilan kerana begitu mudahnya dia meninggalkan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri," katanya ketika ditemui.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08 |
Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT ALOR GAJAH: Seorang lelaki bertindak kejam menyerang seorang ibu muda beranak lima dengan cota hingga parah di sebuah taman perumahan di sini, awal pagi kelmarin. Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun itu adalah rakan sekerja suami mangsa yang tinggal di taman sama dan menaruh hati terhadap wanita itu sejak tujuh tahun lalu. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, P Anjalai, 27, sedang tidur bersama anak bongsunya berusia tiga tahun di dalam bilik selepas suaminya, P Thenagaran, 31, keluar bekerja. Manakala empat lagi anaknya iaitu T Yogeswaran, 9, T Phavitra, 8, T Thiviya, 5, dan T Sutharshini, 4, tidur di ruang tamu rumah berkenaan sebelum seorang lelaki meluru masuk ke dalam bilik tidur mangsa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan