Harian Metro: Setempat |
Posted: 01 Dec 2011 01:11 PM PST KUALA LUMPUR: Seramai 58 warga asing dari Nigeria, Ghana, Myanmar dan Indonesia ditahan dalam operasi Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur di Kepong dan Damansara, di sini, semalam. Sepanjang operasi dari jam 10 pagi dan berakhir jam 10 malam itu, lebih 500 warga asing diperiksa bagi mengesan mereka yang belum mendaftarkan diri dalam Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P).
"Hasil pemeriksaan mendapati semua yang ditahan sudah mendaftarkan diri bawah Program 6P kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan diarah pulang sebulan lalu, namun mereka dikesan masih berada di dalam negara ini," katanya.
|
40 pondan ‘disuntik’ keinsafan Posted: 01 Dec 2011 12:42 PM PST IPOH: Mengambil semangat Maal Hijrah yang disambut Ahad lalu, 40 pondan atau mak nyah disuntik keinsafan dan melafazkan ikrar untuk kembali menjadi lelaki tulen. Kebanyakan mak nyah terbabit yang bergelumang dosa menjadi 'wanita palsu' sejak sekian lama menunjukkan keazaman tinggi mahu bertaubat selepas mengikuti Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai, berkata program itu disertai secara sukarela oleh mak nyah terbabit dan maklum balas positif datang daripada mereka selepas program sama dianjurkan di Negeri Sembilan dan Pahang pada Mac serta April lalu.
Menurutnya, modul diperkenalkan Jakim itu bukan hanya membabitkan ceramah agama semata-mata sebaliknya lebih menjurus aktiviti menyeronokkan yang menyelitkan nilai-nilai moral. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan