Ahad, 4 Disember 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Video Cikgu Shida kena godam

Posted: 03 Dec 2011 11:47 AM PST

PARIT: "Saya tidak sangka ada pihak sanggup menggodam dan memadamkan video miming yang melonjakkan nama saya," kata ratu 'miming', Roshida Abd Aziz atau lebih popular dengan panggilan Cikgu Shida.

Cikgu Shida berkata, penggodam yang berjaya mengesan kata laluan miliknya memadamkan video miming lagu Kalau Berpacaran yang dimuat naik di laman Youtube sehingga mencecah sejuta pengunjung itu.

"Saya kesal dan sedih dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab itu kerana hasil kerja seni saya terpadam begitu saja.

"Namun saya tidak patah hati dengan kejadian itu yang berlaku dua bulan lalu. Peminat bagaimanapun boleh menyaksikan video itu di blog baru saya iaitu 'Cikgu Shida Miming Art' menggantikan 'Cikgu Shida dari Parit'," katanya.


Cikgu Shida yang juga guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Pasir Gajah, dekat sini, berkata melalui blog itu peminat boleh melihat 67 klip video miming nyanyian pelbagai artis popular tanah air, termasuk dari Indonesia.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tembok runtuh

Posted: 03 Dec 2011 11:46 AM PST

ALOR GAJAH: "Saya dan keluarga yang nyenyak tidur ketika itu dikejutkan bunyi dentuman kuat bersebelahan rumah kami dan bergegas keluar untuk mendapatkan kepastian.

"Sejurus keluar, saya terperanjat melihat tebing konkrit setinggi lapan meter runtuh dan lorong di tepi rumah dipenuhi runtuhan tanah," kata mangsa tanah runtuh, Sazali Hishamuddin, 35, yang menetap di Taman Rajawali, Durian Tunggal, di sini, kelmarin.


Difahamkan, dalam kejadian jam 11.55 malam itu, hujan lebat beberapa jam menyebabkan laman bahagian kiri dan tembok sebuah banglo dua tingkat musnah dan meruntuhkan tembok konkrit tebing.

Menurut Sazali, kejadian berlaku sekelip mata dan menimbulkan panik di kalangan ahli keluarga dan penduduk berhampiran.


Katanya, bimbang perkara lebih buruk berlaku, dia dan isteri mengejutkan empat anaknya berusia dua hingga 10 tahun keluar dari rumah mereka.


"Runtuhan itu mengakibatkan lorong selebar tiga meter di tepi rumah kami dipenuhi tanah dan batu. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa berlaku dan hanya pagar rumah sedikit terjejas.

"Kami tidak menyangka kejadian itu kerana sebelum ini kami tidak melihat atau mendengar tanda atau bunyi rekahan," katanya.


Pemilik banglo, Amran Abdullah, 43, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu selepas dimaklumkan adiknya pada jam 1.30 pagi.

Amran berkata, dia tidak menyangka hasratnya untuk menangguhkan perancangan berpindah ke banglo berkenaan menyelamatkan mereka sekeluarga daripada kejadian itu.


"Saya yang menetap di Segamat, Johor terkejut banglo dibina setahun lalu berdepan bencana seumpama ini," katanya.


Katanya, banglo yang 95 peratus siap itu masih di bawah tanggungjawab kontraktor dan dia akan mendapatkan nasihat pihak berkaitan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.


Sementara itu, Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah, Shadan Othman berkata, pihaknya mengambil langkah keselamatan awal dengan memasang kanvas berikutan bimbang runtuhan tanah di kawasan kejadian berulang.

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan