Jumaat, 2 Disember 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Kajang tenggelam 1 meter

Posted: 02 Dec 2011 05:10 AM PST

KAJANG: Akibat hujan lebat yang berterusan kira-kira 10 minit, Pekan Kajang sudah dibanjiri air separas satu meter dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat, berkata sebahagian daripada pekan berkenaan termasuk Jalan Bukit, Jalan Reko, Jalan Semenyih, Jalan Kg Sg Kantan dan Jalan Sg Jelok dibanjiri air separas pinggang.

Menurutnya, ia adalah berikutan dari air dari Sungai Gantan, Sungai Langat dan Sungai Semenyih melimpah keluar dan mengalir ke kawasan bandar.

Katanya, akibat daripada kejadian itu, beberapa kenderaan yang diletakkan di tepi jalan di kawasan bandar ditenggelami air dan premis perniagaan turut ditutup untuk sementara waktu.


"Bagaimanapun, katanya, tiada langkah pemindahan penduduk dilakukan kerana air surut dengan cepat," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penolong pendaftar Pejabat Tanah Dan Galian didakwa pecah amanah RM15j

Posted: 02 Dec 2011 02:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang penolong pendaftar di Bahagian Pendaftaran Pejabat Tanah Dan Galian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan RM15 juta.

Mohammad Irwan Adnan, 35, didakwa melakukan kesalahan tersebut ke atas harta iaitu satu geran hak milik bernombor GRN 58250 Lot 17 Seksyen 57 Bandar Kuala Lumpur, di Pejabat Tanah dan Galian Rumah Persekutuan, Jalan Sultan Hishamuddin, di sini, antara 20 Oktober 2006 hingga 30 Mac 2007.

Beliau yang diwakili peguam Shamsul Sulaiman didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, Shamsul memberitahu bahawa anak guamnya menyara isteri dan dua anak yang masih kecil.


Terdahulu, pendakwaaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Syed Feisal Syed Amir dan Hamidi Mohd Noh menawarkan jaminan RM100,000 dengan seorang penjamin.


Hakim Che Zulkiply Jusoh membenarkan Mohammad Irwan diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan Isnin ini untuk sebutan semula kes. - Bernama

Full content generated by Get Full RSS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan