Harian Metro: BeritaUtama |
Posted: 02 Dec 2011 12:49 PM PST KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis antara empat yang ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan menyewakan senjata api jenis revolver .38 kepada pihak tertentu yang kemudian digunakan untuk melakukan jenayah termasuk rompakan. Difahamkan, senjata berkenaan disewakan pada harga RM2,000 hingga RM5,000 dan bayaran dilakukan secara komisen menggunakan wang hasil rompakan. Menurut sumber, kegiatan itu terbongkar selepas Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu menahan dua individu termasuk seorang anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu pada 29 November lalu. Sehari selepas penahanan itu, dua lagi anggota polis yang bertugas di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, di sini, dicekup kerana disyaki menjadi antara individu yang mempunyai kaitan rapat berhubung kegiatan pengedaran serta penyewaan senjata api berkenaan.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 02 Dec 2011 12:49 PM PST KUALA LUMPUR: Seorang bayi yang nyaris dijual dengan harga RM21,000 menarik perhatian orang ramai yang hadir di Mahkamah Sesyen di sini, semalam apabila dibawa untuk tujuan pengecaman oleh seorang saksi yang juga pengadu dalam kes itu. Bayi perempuan comel yang berusia setahun itu dicam saksi kelima pendakwaan, Norfatimah Ahmad, 43, sebagai bayi yang dibelinya daripada sebuah hospital swasta, tahun lalu. Dia dibawa ke mahkamah pada perbicaraan kes bekas jururawat, Gulab Jan Abdul Jabir, 49, atas tuduhan memperdagangkan seorang bayi perempuan, tahun lalu. Gulab Jan didakwa memperdagangkan bayi perempuan berusia lapan bulan bagi tujuan eksploitasi di Hospital Taj, jam 2.10 petang, 1 November 2010.
Bayi itu kini berada di dalam jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sehingga selesai perbicaraan kes itu. Norfatimah turut melakukan pengecaman terhadap individu yang ditemuinya ketika melakukan urusan pembelian bayi di Hospital Taj, Jalan Ipoh di sini, November tahun lalu iaitu pakar bedah, Datuk Dr Mohammad Feizal Abdullah dan anak perempuannya, Suraij Banu yang bekerja di hospital sama.
Mahkamah menangguhkan perbicaraan di hadapan Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain pada 13 hingga 17 Februari tahun depan. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: BeritaUtama To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan