Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Pasar tani FAMA untung RM12j

Posted:

Pasar tani FAMA untung RM12j

Pasar tani FAMA untung RM12j

Oleh MARZITA ABDULLAH
utusanperlis@utusan.com.my


Muslim Manja bertanya mengenai hasil jualan kepada seorang peniaga selepas lawatan ke pasar tani Arau, Perlis, kelmarin.


ARAU 29 Dis. – Sebanyak sembilan pasar tani di seluruh Perlis berjaya mencatat jualan mencecah lebih RM12 juta sepanjang tahun ini.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) negeri, Muslim Manja berkata, jumlah tersebut melepasi sasaran RM9 juta yang ditetapkan pihaknya.

"Sehingga November tahun ini pasar tani FAMA telah mencatatkan jualan sebanyak RM 11.3 juta dan jumlah itu dijangka meningkat sehingga hujung Disember ini," katanya selepas melawat Pasar Tani Arau di sini semalam.

Menurut beliau, antara pasar tani yang mencatat jualan tertinggi ialah Pasar Tani Taman Sena Indah, Kangar dengan jumlah jualan RM100,000 melalui operasi dua kali seminggu.

Ini diikuti Pasar Tani Simpang Empat dan Pasar Tani Kuala Sungai Baru iaitu dengan nilai jualan lebih RM 50,000 melalui operasi sekali seminggu.

Beliau berkata, berikutan sambutan orang ramai terhadap pasar tani, FAMA juga telah menambah bilangan pasar tani, peserta dan barangan jualan di setiap pasar tani.

Katanya, antara pasar tani yang baru dibuka ialah Pasar Tani di Taman Semarak Kuala Perlis dan Pasar Tani Kuala Sungai Baru.

Bagaimanapun, Pasar Tani di Kuala Sungai Baru yang beroperasi setiap Sabtu dan Ahad itu kini dalam perancangan untuk dipindahkan ke tapak baru di Kampung Kurung Tengar iaitu tiga kilometer dari Kuala Perlis.

Sementara itu, Muslim berkata, pasar tani Arau adalah antara pasar tani yang mencatat jualan paling rendah iaitu kira-kira RM7,000 seminggu dengan jumlah peserta kira-kira 10 orang.

"Pasar tani ini pernah mencatat jualan RM20,00 seminggu pada 2008 namun setelah dipindahkan dekat Rancangan Perumahan Awam (RPA) berikutan pembinaan jalan di tapak asal, perniagaan kurang memberangsangkan menyebabkan ramai menarik diri," ujarnya.

Bagaimanapun katanya, sejak ia berpindah semula ke tapak asal pada bulan Ramadan ini, perniagaan agak lembap namun beransur baik melalui pendekatan dan strategi FAMA.

Pada masa ini Muslim berkata, jumlah peserta pasar tani FAMA di seluruh Perlis ialah sebanyak 280 orang dengan menjalankan pelbagai perniagaan namun yang paling laris ialah perniagaan makanan.

Dalam pada itu beliau memberitahu, FAMA kini membuka peluang kepada masyarakat di negeri ini untuk menyertai perniagaan melalui Pasar Tani Desaraya.

"Pasar tani ini merupakan merupakan kedai tetap yang menjual pelbagai barangan dengan bantuan peralatan oleh FAMA seperti kanopi dan rak barang," katanya.

Sehingga kini terdapat tiga pasar tani sedemikian iaitu di Taman Guru Jaya, Santan dan Kubang Gajah yang mencatat nilai jualan daripada RM20,000 sehingga RM38,000 sebulan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jangan salah guna bantuan kerajaan - Musa

Posted:

Jangan salah guna bantuan kerajaan - Musa

Jangan salah guna bantuan kerajaan - Musa


Musa Sheikh Fadzir (tengah) bersama penerima bantuan kerajaan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, kelmarin.


BUKIT MERTAJAM 29 Dis. - Golongan usahawan diingatkan supaya tidak menyalahgunakan bantuan kerajaan kerana ia hanya akan merugikan golongan tersebut sehingga mereka gagal memajukan perniagaan ke peringkat lebih tinggi.

Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, kerajaan menyediakan pelbagai bentuk skim bantuan termasuk dari segi kewangan dan latihan untuk membantu golongan usahawan memulakan atau mengembangkan perniagaan.

''Adalah sesuatu yang amat malang jika kita sebagai usahawan tidak memanfaatkan bantuan yang diberikan, sebaiknya kita perlu bersungguh-sungguh membantu diri sendiri supaya menjadi usahawan yang berjaya.

''Sikap itu (menyalahgunakan bantuan) antara punca usahawan gagal dalam perniagaan walaupun menerima pelbagai galakan dan bantuan," katanya ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan kerajaan kepada 30 usahawan sekitar Parlimen Bukit Mertajam di sini semalam.

Usahawan terbabit merupakan penerima bantuan Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP), Jabatan Pertanian Pulau Pinang dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Bukit Mertajam yang keseluruhannya bernilai lebih RM250,000.

Turut hadir, Timbalan Ketua UMNO bahagian tersebut, Ramlan Ishak dan Timbalan Pengarah Pertanian negeri, Mazirah Teh.

Musa yang juga Pengerusi MPPP Bukit Mertajam berkata, usahawan yang mendapat bantuan perlu memastikan setiap peruntukan yang diterima digunakan sebaiknya melalui amalan perancangan perniagaan yang sistematik.

''Kita percaya, dengan adanya komitmen dan kesungguhan yang kuat serta perancangan perniagaan yang teliti, setiap sen bantuan yang disalurkan kerajaan akan memberi manfaat kepada usahawan terbabit," ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan agensi kerajaan berkenaan untuk memantau perkembangan usahawan terlibat dari semasa ke semasa bagi memastikan segala masalah yang dihadapi dapat diatasi.

Langkah itu katanya, penting supaya usahawan yang mengalami masalah seperti kekurangan bahan mentah atau skop pasaran yang terlalu kecil dapat dibantu melalui sokongan agensi-agensi terlibat.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Ulasan