Rabu, 29 Disember 2010

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Alat ganti tiruan punca nahas?

Posted:

Alat ganti tiruan punca nahas?

Alat ganti tiruan punca nahas?

Oleh FAZRINA AYU RADUIAN
pengarang@utusan.com.my


ZAINAL Rampak (duduk tengah) bersama sebahagian pemandu kontena Multimodal pada sidang media di Wisma Pekerja Pengangkutan, Petaling Jaya, semalam berhubung isu pemberhentian 49 pemandu lori kontena di Pelabuhan Klang.


PETALING JAYA 28 Dis. - Kecenderungan kebanyakan syarikat pengusaha bas menggunakan alat ganti tiruan dikatakan menjadi punca banyak bas mereka terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Semenanjung Malaysia (TWU), Datuk Zainal Rampak berkata, penggunaan alat ganti itu digunakan kerana ia dapat meminimumkan kos syarikat selain mudah didapati.

"Situasi penggunaan alat tiruan telah lama berlaku namun tidak ramai yang melaporkan kepada pihak bertanggungjawab seperti Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

"Kita perlu memberi perhatian serius terhadap isu ini kerana ia melibatkan nyawa dan kita tidak mahu lagi perkara yang tidak diingini berlaku," katanya pada sidang akhbar di pejabat TWU di sini hari ini.

Beliau mengulas kemalangan sebuah bas dua tingkat yang meragut 28 nyawa di Kilometer 15 Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai pada 20 Disember lalu.

Manakala pada Ahad lalu iaitu enam hari kemudian, sebuah lagi bas dua tingkat terlibat dalam kemalangan apabila terbabas ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam parit di Kilometer 363 Jalan Raub-Bentong.

Dalam kejadian tersebut, 39 penumpangnya terselamat tetapi lapan mengalami kecederaan termasuk dua orang parah.

Sementara itu, Zainal berkata, alat ganti tiruan yang sering digunakan adalah cakera brek yang diguna semula selain menukar alat ganti yang tidak sesuai dengan model bas.

"Cakera brek tiruan apabila ditekan berkali-kali ketika menuruni bukit akan menjadi panas dan akhirnya akan menyebabkannya gagal berfungsi pada saat kecemasan," dakwanya.

Beliau turut mencadangkan pengharaman penggunaan bas dua tingkat di kawasan berbukit kerana ia tidak sesuai dengan keadaan muka bumi yang berbukit bukau.

"Bas berkenaan jika digunakan di kawasan berbukit akan menyebabkan keseimbangan terganggu terutama jika dipenuhi penumpang dan ini akan membahayakan semua yang berada dalam bas. Sebaliknya, ia lebih sesuai digunakan di kawasan bandar sahaja," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kerajaan akan perkenal Klinik Bot Bergerak - Najib

Posted:

Kerajaan akan perkenal Klinik Bot Bergerak - Najib

Kerajaan akan perkenal Klinik Bot Bergerak - Najib

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Kerajaan akan memperkenalkan Klinik Bot Bergerak hibrid bagi memenuhi keperluan penduduk di kampung- kampung yang hanya boleh dihubungi melalui sungai.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, langkah itu yang akan bermula pada tahun depan adalah bagi memastikan penduduk terbabit mendapat pemeriksaan, ubat-ubatan dan khidmat nasihat kesihatan yang lebih baik.

''Semasa lawatan saya ke Malaysia Timur, saya mendapati kebanyakan kampung dihubungkan melalui sungai dan bukannya jalan raya.

''Saya berazam bahawa dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara maju dengan status berpendapatan tinggi dan dengan semangat kebersamaan, kita tidak akan melupakan mereka yang kurang bernasib baik.

''Kita akan menjejaki hutan yang paling tebal, menyelusuri sungai terpanjang dan mendaki puncak tertinggi untuk memastikan kita semua akan bersama- sama bergerak maju sebagai sebuah negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Akses Lebih Baik Kepada Perkhidmatan Kesihatan dalam blog www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata, beliau sangat berminat dan menghargai sebarang pandangan atau saranan yang boleh dikongsi oleh orang ramai bagi memastikan semua rakyat mendapat kemudahan perkhidmatan kesihatan lebih baik, tidak kira di mana mereka berada.

Mengenai Inisiatif Klinik Bergerak 1Malaysia yang dilancarkannya pada awal bulan ini, Najib berkata, perkhidmatan dan pemeriksaan kesihatan percuma dari rumah ke rumah di kawasan pedalaman melalui bas-bas bergerak itu akan diperluaskan membabitkan perkhidmatan khusus seperti rawatan gigi dan optometri.

''Bas-bas yang membawa bersama doktor, jururawat dan kakitangan sokongan ini akan turut disertai kementerian dan jabatan kerajaan lain.

''Perkhidmatan kerajaan lain seperti Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Pelajaran akan ditawarkan. Saya begitu berharap lebih banyak bas seperti ini digerakkan untuk memenuhi keperluan rakyat,'' katanya.

Tambah beliau, bas dan bot bergerak itu adalah pelengkap kepada Klinik 1Malaysia yang dilancar pada Januari lalu bagi memberi perkhidmatan kesihatan asas yang pantas dan murah kepada golongan berpendapatan rendah.

''Orang yang sihat akan memberikan sumbangan yang lebih besar kepada keluarga, ekonomi dan pertumbuhan negara,'' katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan