Selasa, 28 Disember 2010

Harian Metro: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Mutakhir


LHDN potong gaji peminjam PTPTN

Posted: 27 Dec 2010 12:14 PM PST

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dijangka dapat melaksanakan skim potongan gaji secara automatik terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mulai 1 Januari, 2012.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Hasmah Abdullah berkata, pihaknya sedang dalam proses membuat dan mengemas kini draf undang-undang, sistem dan operasi dengan PTPTN bagi membolehkannya mengutip pinjaman dengan lebih berkesan.


"Draf yang sedang dikemas kini akan dibawa ke Parlimen selewat-lewatnya Jun tahun depan untuk dibincangkan.

"Undang-undang ini yang kini menjadi hak mutlak PTPTN penting bagi membolehkan LHDN mengambil tindakan sekiranya peminjam tidak membuat bayaran kelak apabila LHDN mula mengambil alih sistem pembayaran balik pinjaman PTPTN melalui e-PTPTN," katanya pada majlis penutup Projek Sistem Perakaunan Hasil Berelektronik (eRAS) LHDN di sini, semalam.


Bagaimanapun katanya, buat masa sekarang, peminjam masih boleh terus membuat bayaran secara sukarela di LHDN kerana pihaknya adalah salah satu daripada saluran untuk mereka membuat pembayaran pinjaman.


"Mengikut rekod, seramai 40,000 peminjam PTPTN membuat bayaran di kaunter kami dengan jumlah purata RM7 juta sebulan diperolehi," katanya.

LHDN diberi tanggungjawab menjadi ejen kutipan berkenaan bagi mengatasi masalah tunggakan hutang peminjam yang dihadapi PTPTN.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jumpa bayi dalam kedai tak siap

Posted: 27 Dec 2010 12:14 PM PST

PETALING JAYA: Seorang bayi lelaki cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui di sebuah bangunan kedai dalam proses pembinaan dan tidak berpenghuni, di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, di sini, semalam.

Dalam penemuan kira-kira jam 10 pagi itu, bayi terbabit dipercayai ditinggalkan dengan keadaan berbalut kain.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner, Arjunaidi Mohammed berkata, bayi itu ditemui orang awam yang kebetulan melalui bangunan berkenaan dan mendengar tangisan bayi.

"Orang awam itu yang terkejut sebaik melihat bayi yang ditinggalkan di lantai bangunan tidak berpenghuni itu menghubungi polis.


"Hasil maklumat berkenaan, sepasukan polis pergi ke kawasan kejadian dan memeriksa bayi itu sebelum menghantarnya ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)," katanya ketika dihubungi semalam.


Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati bayi terbabit baru saja dilahirkan sebelum diletakkan di bangunan terbabit.

Bagaimanapun, bayi lelaki itu masih belum diketahui bangsanya dan siasatan masih dijalankan berhubung penemuan terbabit bagi mengenal pasti individu tidak bermoral yang mungkin berniat mahu membuang bayi itu.


"Siasatan awal kami belum dapat mengenal pasti bangsa bayi itu. Tunggu sehingga siasatan lanjut dijalankan selain memeriksa keadaan berhampiran bangunan itu sama ada mempunyai bukti lain seperti CCTV atau tidak," katanya.

Arjunaidi berkata, polis sudah mengambil keterangan orang awam yang menemui bayi terbabit.


Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya atau balai berdekatan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen