Jumaat, 31 Disember 2010

Utusan Online - Pahang

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Pembekal, peniaga sukar dapat bekalan

Posted:

Pembekal, peniaga sukar dapat bekalan

Pembekal, peniaga sukar dapat bekalan

Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my


Seorang peniaga mengopek buah kelapa di Pasar Besar Kuantan. - utusan/Khairatul Ainal Abdul Karim


KUANTAN 31 Dis. - Masalah kekurangan bekalan kelapa sejak sebulan lalu di daerah ini menyukarkan para peniaga menjual bahan itu kepada para pelanggan.

Malah jika ada pun, harganya telah naik mendadak daripada RM4 kepada RM6 untuk sekilogram santan.

Peniaga kelapa dan santan mendakwa, kekurangan bekalan bahan itu menyebabkan peniaga terpaksa mengehadkan penjualan santan dalam sehari bagi memastikan bekalan santan tidak terputus.

Sebilangan mereka memberitahu, masalah itu berlaku berikutan musim melawas yang menjejaskan pengeluaran kelapa sehingga menyebabkan pembekal mengurangkan bekalan kepada peruncit.

Jika dahulu isu kekurangan santan dan kelapa hanya kedengaran pada masa perayaan seperti hari raya lantaran permintaan yang meningkat, kini kekurangan kelapa berlaku tanpa mengira musim.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Besar Kuantan di sini mendapati semua peniaga dan pengguna mengeluh kerana sukar mendapatkan bekalan kelapa.

Seorang peniaga santan dan kelapa parut, Azrul Afiza Al-Zahari, 26, berkata, memang sukar mendapatkan bekalan di dalam negeri ini tambahan pula harganya mahal.

"Walaupun bekalan tersebut diterima setiap hari tetapi ia dalam kuantiti yang sedikit. Macam hari ini, saya minta 700 biji kelapa daripada pembekal namun hanya 400 biji kelapa sahaja yang boleh diperoleh," katanya ketika ditemui di Pasar Besar Kuantan, di sini hari ini.

Kata Azrul, masalah itu berpunca daripada pembekal yang gagal membekalkan kelapa dalam kuantiti yang dikehendaki peniaga.

"Namun kita tidak boleh salahkan pembekal kerana mereka juga sukar untuk mendapatkan bekalan kelapa dan terpaksa mengambil kelapa dari negeri lain seperti Johor dan Kelantan," katanya.

Rentetan itu, katanya, harga santan terpaksa dinaikkan mengikut harga semasa yang mana jika dahulu hanya RM4 sekilogram, sekarang santan dijual RM6 sekilogram.

Tambahnya, bagi sebiji kelapa pula dijual antara RM1.80 hingga RM2 sebiji mengikut saiz buah.

Seorang lagi peniaga santan, Ayup Ismail, 24, berkata, dia amat sukar untuk mendapatkan bekalan tersebut dan keadaan itu menjejaskan perniagaannya.

"Saya mendapat bekalan tersebut dari Kelantan dan menerimanya setiap hari tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Saya hanya menyediakan santan untuk pelanggan tetap dan kepada mereka yang telah membuat tempahan awal," ujarnya.

Ayup menambah, masalah itu berlaku disebabkan oleh pembekal dan pemborong yang mengurangkan kuantiti bekalan kelapa kepada peruncit.

Katanya, kalangan peniaga santan dan kelapa parut kini buntu bagaimana untuk mengatasi masalah tersebut kerana terpaksa memikirkan kepentingan pelangan serta keuntungannya dalam masa yang sama.

Sementara itu, seorang pembekal kelapa di sini, Mohamad Rafi Manaf, 50, berkata, dia sebagai pembekal juga turut tertekan dengan masalah tersebut dan menghadapi kesukaran untuk mendapatkannya.

Menurutnya, dia terpaksa mendapatkan bekalan bahan mentah tersebut dari Batu Pahat dan Johor Bahru.

"Kosnya juga sangat tinggi, untuk satu tan sahaja kita perlu membayar sebanyak RM1,100. Itu pun hanya sekitar 800 biji kelapa sahaja yang dapat diperoleh.

"Ekoran itu, kita terpaksa menjual kepada peniaga mengikut berat timbangan, peniaga perlu membayar RM1.10 bagi sekilogram kelapa. Bukan lagi kira biji seperti dahulu," katanya.

Kata Rafi lagi, pembekal sepertinya terpaksa menaikkan harga bahan mentah tersebut kerana tidak mampu menanggung kos.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Bina lebih banyak gelanggang sukan

Posted:

Bina lebih banyak gelanggang sukan

Bina lebih banyak gelanggang sukan

Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my

RAUB 31 Dis. - Kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu memperbanyakkan lagi pembinaan gelanggang dan prasarana sukan bagi membolehkan lebih banyak aktiviti sukan dapat dijalankan di peringkat daerah dan kawasan pedalaman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Moin berkata, dengan adanya prasarana sukan tersebut lebih ramai penduduk boleh mengambil bahagian dalam aktiviti sukan.

Katanya, selain boleh mencungkil bakat muda untuk diketengahkan sehingga ke peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa, aktiviti sukan juga boleh menjadi medium untuk meningkatkan lagi perpaduan di kalangan rakyat pelbagai kaum.

''Sukan adalah antara pendekatan yang dilihat cukup berkesan untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda dan memupuk semangat perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

''Berdasarkan faktor tersebut, peruntukan besar yang disediakan oleh kerajaan dalam pembangunan sukan tidak akan merugikan kerana selain untuk mengangkat martabat dan maruah sukan negara di peringkat antarabangsa ia juga boleh merapatkan perpaduan dan keharmonian rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima gelanggang badminton permukaan getah yang disumbangkan oleh Raub Australian Gold Mining (RAGM) Sdn. Bhd. dekat sini, baru-baru ini.

Penyerahan gelanggang yang disempurnakan oleh Pengarah Urusan RAGM, Datuk Seri Andrew Kam Tai Yeow adalah untuk kegunaan Kompleks Rakan Muda Raub bagi penganjuran kejohanan badminton di daerah itu.

Sehubungan itu, Shahiruddin meminta lebih banyak syarikat swasta mencontohi RAGM melaksanakan tanggungjawab sosial korporat sebagai usaha untuk mencungkil bakat muda dan meningkatkan mutu sukan negara.

Beliau juga berharap rakyat tidak hanya melibatkan diri dengan aktiviti sukan yang popular di kalangan kaum tertentu sahaja.

''Contohnya orang Melayu juga perlu bermain bola keranjang manakala orang Cina dan India juga perlu bermain sepak takraw. Dengan cara itu ia dapat meningkatkan perpaduan dan hubungan antara kaum.

"Dalam kawasan perumahan atau kampung yang dihuni rakyat pelbagai kaum perlu mempunyai gelanggang badminton, takraw, bola keranjang, bola tampar dan bola jaring," jelasnya.

Selain menyumbang gelanggang badminton permukaan getah, RAGM turut menaja kejohanan badminton Terbuka Raub yang bermula tahun ini sebagai acara tahunan.

Dalam pada itu, Tai Yeow berharap sumbangan gelanggang badminton itu dan penajaan kejohanan tersebut dapat mencungkil bakat pemain luar bandar dan kampung yang boleh diketengahkan ke peringkat dunia.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen