Isnin, 27 Disember 2010

Malaysiakini :: Berita

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Malaysiakini :: Berita


PAS sambut sinis lantikan Isa ketuai Felda

Posted: 27 Dec 2010 07:09 PM PST

Perlantikan bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi FELDA yang baru disambut sinis oleh PAS.

idris ahmad pas information chiefKetua penerangannya Idris Ahmadn (kiri) berkata, mereka hairan, ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terkenal dengan pelbagai slogan perubahan, tiba-tiba melantik Isa yang pernah disabitkan dengan rasuah pada tahun 2005 oleh Lembaga Disiplin Umno sendiri.

"Pemilihan ini menggambarkan Datuk Seri Najib seolah-olah tidak nampak (calon lain) di kalangan ahli Umno seramai 3.5 juta orang, melainkan beliau hanya nampak insan yang bernama Tan Sri Isa Samad sahaja.

"Apa rahsianya beliau dipilih hanya Allah dan Datuk Seri Najib sahaja yang tahu," kata Idris lagi.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan lantikan itu berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

Pelantikan itu dibuat berdasarkan keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Isa untuk memberi perkhidmatan yang cemerlang dan efektif.

Isa menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai penasihat kepada menteri yang bertanggungjawab ke atas FELDA. Pelantikan ini juga berkuatkuasa pada 1 Januari 2011.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kebakaran di Langkawi, kerugian lebih RM1 juta

Posted: 27 Dec 2010 06:52 PM PST

Sebanyak 57 buah rumah musnah dan hampir 400 orang hilang tempat tinggal dalam kebakaran di kawasan penempatan Bukit Malut, Mukim Ulu Melaka Langkawi malam tadi.

Kerugian ditaksirkan lebih RM1 juta. Tiada kecederaan dilaporkan.

Ketua balai bomba Langkawi Yaakob Hassan, yang juga pegawai operasi, berkata lima jentera dari balai bomba Jalan Persiaran Putra dan Jalan Ayer Hangat dengan 40 anggota dan dibantu 30 anggota Polis Langkawi, Jabatan Pertahanan Awam serta Rela Langkawi dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan pada pukul 11.39 malam.

Kecekapan anggota bomba dan agensi lain berjaya menyelamatkan 243 buah rumah berdekatan dan harta benda bernilai RM4 juta.

Punca kebakaran masih dalam siasatan, kata Yaakob ketika ditemui di Langkawi hari ini.

Kebakaran itu merupakan kejadian ketiga seumpamanya, selepas yang pertama dan kedua pada 2006 dan 2007 membabitkan lebih 200 buah rumah musnah.

--Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen