Rabu, 29 Disember 2010

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


UTeM kunjungi syarikat utama Korea

Posted:

UTeM kunjungi syarikat utama Korea

UTeM kunjungi syarikat utama Korea

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


Prof. Ahmad Yusoff Hassan (kanan) bersalaman dengan wakil kakitangan daripada syarikat gergasi ketika melawat Korea Selatan, baru-baru ini.


MELAKA 28 Dis. - Dalam usaha meningkatkan penguasaan bidang penyelidikan dan inovasi, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengadakan lawatan empat hari ke beberapa pusat pengajian tinggi dan syarikat gergasi di Korea Selatan baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai Naib Canselor UTeM, Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan; Timbalan Naib Canselor Akademik Antarabangsa, Datuk Dr. Mohd. Nor Husain; Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektronik Kejuruteraan Komputer, Prof. Madya Muhammad Shahrir Johal dan beberapa pensyarah kanan daripada fakulti terlibat.

Sempena lawatan itu, UTeM mengunjungi Hanback Electronics dengan tujuan mendapatkan maklumat mengenai latihan berasaskan teknologi bagi membolehkan pihaknya membuat pembelajaran dan penyelidikan.

Pihak UTeM diberi penerangan lanjut tentang latihan makmal terkini berkaitan dengan 'Green IT' yang merupakan salah satu cabang teknologi terkini yang sedang diamalkan oleh syarikat itu.

Selain itu, rombongan melawat Universiti Inha yang ditubuhkan sekitar 1954 dan terdapat 16 profesor bertugas di Jabatan Elektronik universiti, rombongan turut beramah-mesra dengan kakitangan UTeM yang sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di universiti berkenaan.

Rombongan UTeM menyambung lawatan ke salah sebuah universiti berlandaskan bidang sains kreatif dan teknologi iaitu Kumoh National Institute of Technology (KIT) yang dibina dalam kawasan perindustrian berteknologi tinggi.

Menurut Ahmad Yusoff, konsep pengajian yang diamalkan di KIT menyamai konsep pengajian yang dilaksanakan di UTeM.

"Kita membincangkan tentang kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama dengan pihak KIT seperti program pertukaran pelajar di mana pelajar UTeM berpeluang belajar di KIT dalam bahasa Korea," katanya.

Pada masa sama, rombongan turut dibawa melawat pameran produk peralatan telekomunikasi di Samsung Electronics yang merupakan salah sebuah syarikat gergasi di Korea Selatan.

Kata Ahmad Yusuff, pasaran produk syarikat itu telah sedia dikenali di peringkat antarabangsa dan syarikat Man & Tel yang merupakan syarikat yang mengkhusus dalam komunikasi mobile.

"Pada lawatan ini, kita menyentuh tentang kerjasama dalam aspek program sangkut industri, peluang melanjutkan pengajian dengan diselia oleh kakitangan yang pakar dalam latihan penggunaan peralatan telekomunikasi," katanya.

Lawatan itu diakhiri dengan kunjungan di Electronic Telecommunication Research Institute (ETRI) dan pihak terbabit menawarkan penyelidikan dalam salah satu bidang tumpuan bagi peringkat sarjana muda kejuruteraan elektronik iaitu wireless & mobile communication.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Penuntut pusat pengajian tinggi 'berkampung' di Seri Menanti

Posted:

Penuntut pusat pengajian tinggi 'berkampung' di Seri Menanti

Penuntut pusat pengajian tinggi 'berkampung' di Seri Menanti


Sebahagian penuntut menikmati makan malam sambil bersila di bahagian dapur istana sempena lawatan di Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah, baru-baru ini. - utusan/Norazliza Ismail


SEREMBAN 28 Dis. - Seramai 35 penuntut pusat pengajian tinggi yang ditaja Yayasan Bank Rakyat mendapat pengalaman baru selepas berkunjung ke Muzium Diraja Seri Menanti, Kuala Pilah baru-baru ini.

Menurut Penolong Kurator (Bahagian Antikuiti) Lembaga Muzium Negeri Sembilan (LMNS), Asrul Effendi Kamaruzzaman, mereka telah diberikan pendedahan serta ceramah mengenai adat perpatih untuk mempertingkatkan pengetahuan serta menghayati keunikannya.

Katanya, ceramah tersebut telah disampaikan oleh Tiang Balai Luak Ulu Muar dan Jururujuk Adat LMNS, Dato' Seri Maharaja Khalid Bonget di Balai Undang dekat muzium berkenaan.

''Penuntut ini diperjelaskan mengenai latar belakang sejarah bangunan muzium ini.

''Selepas lawatan, mereka diberi peluang untuk menikmati makan malam sambil bersila di bahagian dapur istana yang nyata menarik minat peserta," ujarnya.

Jelasnya, majlis yang berlangsung selama dua hari itu, turut dimuatkan dengan sesi soal jawab antara para peserta program dan urus setia kursus.

''Penuntut yang menyertai kursus ini diberi pemahaman mengenai barangan yang dipamerkan serta artifak, di mana antaranya mengetengahkan sejarah institusi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dari dahulu sehingga kini," kata Asrul.

Dalam pada itu, mereka turut bersama-sama mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong untuk membersihkan landskap dan pameran.

Kesemua penuntut yang hadir itu terdiri daripada mereka yang belajar di pelbagai universiti di negara ini termasuk mereka yang datang dari Sabah dan Sarawak.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan