Khamis, 30 Disember 2010

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Makin terhakis

Posted: 29 Dec 2010 09:48 AM PST

AMPANG: "Kami bimbang," itu yang diluahkan Presiden Persatuan Penduduk Pandan Perdana, AC Lim terhadap kejadian tanah runtuh berdekatan pangsapuri Pandan Lake View, dekat sini.

Katanya, kejadian itu berlaku sejak dua bulan lalu selepas kerja membaiki paip kumbahan tersumbat dilakukan Indah Water Konsortium (IWK) dengan mengorek tanah, tetapi bertambah parah dua minggu lalu selepas lubang yang digali tidak ditimbus.


Menurutnya, kerana hujan berpanjangan runtuhan terbabit semakin curam kira-kira tiga meter dengan keluasan 20 meter.

"Runtuhan itu semakin hampir dengan pangsapuri Lake View yang didiami 2,000 penduduk iaitu hanya setengah meter selain menghakis laluan utama penduduk untuk ke bandar.


"Kami takut kerana tanah runtuh itu menyebabkan jalan utama retak dan sempit sedangkan ia dilalui lebih 1,000 kenderaan sehari.


"Kami tidak mahu kejadian ini meragut nyawa terutama kanak-kanak," katanya ketika ditemui pada sidang media penduduk Lake View, semalam.

Lim berkata, tanah runtuh menyebabkan seorang penduduk terbabas minggu lalu dan hampir masuk ke dalam cerun, tetapi bernasib baik kerana penduduk membantu.


Katanya, sekiranya tiada tindakan diambil pihak berkenaan, ia akan meragut nyawa penduduk.

Residen Ahli Komuniti Pandan Perdana, Chong Ah Kong, berkata aduan sudah dibuat kepada pihak berkuasa termasuk Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), tetapi tiada tindakan diambil.

Katanya, dua minggu lalu MPAJ memantau keadaan itu, tetapi hanya meletak kayu di tepi runtuhan yang tambah membahayakan keselamatan penduduk.


"Kami mahu mereka menimbus runtuhan itu, bukan membiarkan ia semakin curam.


"Takkan nak tengok kejadian tidak diingini berlaku baru nak ambil tindakan," katanya yang tinggal di pangsapuri berkenaan sejak 13 tahun lalu.


Menurutnya, jika dibiarkan runtuhan itu, mungkin struktur bangunan rumah berdekatan menjadi retak.

Sementara itu, jurutera Jabatan Kejuruteraan MPAJ, Zahari Mohammad Nor, berkata pihaknya mendapati paip pembetungan di pangsapuri itu pecah dan bocor sebelum IWK mengorek tanah dan membaikinya.


"Kami sudah menghantar surat kepada IWK. Kini MPAJ menunggu pengesahan sama ada paip berkenaan di bawah tanggungjawab IWK atau pengurusan pangsapuri terbabit," katanya ketika dihubungi.


Katanya, MPAJ akan menjalankan kerja membaik pulih tembok berkenaan selepas kerja membaiki paip pembetungan selesai.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tanah lapang tapak bakar sampah

Posted: 29 Dec 2010 09:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Pembakaran sisa sampah secara terbuka di kawasan lapang di Taman Maluri, Cheras, berhampiran Apartmen Casa Ria, dekat sini, menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk di sekitarnya.

Penduduk Taman Maluri, di sini, mendakwa kegiatan membakar sampah secara terbuka berhampiran kawasan perumahan itu sejak empat bulan lalu menyebabkan pencemaran udara yang teruk.


Ini berikutan setiap kali pembakaran dilakukan, asap hitam tebal menyelubungi sekitar kawasan perumahan berdekatan, seolah-olah berkabus dan berjerebu. Keadaan ini turut memaksa penduduk di situ sentiasa menutup tingkap dan pintu rumah bagi mengelak asap masuk. Penduduk, Norhasmida Hasan, 39, mendakwa pernah melihat sebuah lori yang dipercayai milik syarikat kontraktor memunggah sampah di kawasan berkenaan. Malah, terdapat juga sebuah lori kecil yang membuang sampah di kawasan terbabit kemudian dikumpulkan sampah itu sehingga menjadi himpunan sampah besar oleh sebuah jengkaut sebelum dibakar secara terbuka. Katanya, itu pembakaran secara terbuka kali kedua yang terbesar pernah berlaku di kawasan terbabit.

"Kali pertama,pembakaran yang dilakukan menyebabkan api menyala tiga hari. Pada malam hari ketiga, pasukan bomba datang untuk memadamkan api berkenaan," katanya.


Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati longgokan sampah-sarap berkenaan menjejaskan keindahan pemandangan di kawasan perumahan terbabit. Pelbagai sampah dilonggokkan, sama ada dibungkus dengan beg plastik atau dibiarkan bertaburan seperti sisa kayu-kayan, perabot lama, barangan plastik dan besi buruk. Sementara itu, seorang pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Rizal Ikhwan, 20, berkata, dia yang selalu melalui kawasan itu untuk pulang ke rumah terganggu dengan asap dan bau-bauan dari tempat pembuangan sampah terbabit.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen