Selasa, 28 Disember 2010

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Rogol pelajar: Tiga suspek direman

Posted:

Rogol pelajar: Tiga suspek direman

Rogol pelajar: Tiga suspek direman

28/12/2010 8:13pm

KUALA TERENGGANU – Tiga suspek yang didakwa menculik dan merogol seorang pelajar berumur 16 tahun awal pagi semalam di sebuah kampung di Marang, kini ditahan reman empat hari untuk membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan berkata, ketiga-tiga suspek itu disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 376 kerana merogol.

Polis juga menahan abang mangsa yang dipercayai mempunyai masalah dengan ketiga-tiga suspek itu, untuk membantu siasatan, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, polis masih menyiasat hubungan seorang pelajar berumur 14 tahun dengan suspek berkenaan dan bagaimanapun remaja itu kemudian dibebaskan.

Manoharan juga berkata, pelajar tersebut turut menyatakan abang mangsa yang berumur 31 tahun berada bersama-sama ketiga-tiga suspek yang berumur antara 20 dan 27 tahun yang berasal dari Pasir Mas dan Bachok, Kelantan dan seorang lagi dari Kuala Lipis, Pahang. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Finas anjur Anugerah Seri Temasek 2011

Posted:

Finas anjur Anugerah Seri Temasek 2011

Finas anjur Anugerah Seri Temasek 2011

28/12/2010 6:58pm

PETALING JAYA – Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Majlis Pusat Singapura dan Hann's Entertainment akan menganjurkan Anugerah Seri Temasek 2011 bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan Seniman dan Seniwati Malaysia dan Singapura dalam industri filem kedua-dua negara.

Anugerah yang julung kali dianjurkan itu akan diadakan pada 5 Februari depan di Hotel Fairmont, Singapura.

Penasihat Anugerah Seri Temasek, Datuk Mustapha Ma'arof berkata, anugerah itu juga bertujuan meneruskan industri filem Malaysia yang banyak bermula di Singapura selain mengimbau perjuangan legenda-legenda filem Malaysia yang ramai dilahirkan di negara itu.

"Perjuangan legenda-legenda seniman Malaysia sebenarnya banyak bermula di Singapura di mana kami mula belajar dan mula menghiburkan rakyat dengan filem.

"Anugerah ini sememangnya berkait rapat dan signifikan dengan sejarah perkembangan filem Melayu yang satu ketika dulu giat dijalankan di Singapura sekitar tahun 1950-an hingga 1960-an," katanya pada sidang media mengenai anugerah itu, di sini hari ini. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen