Khamis, 30 Disember 2010

Utusan Online - Timur

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Pameran KepadaMu Kekasih

Posted:

Pameran KepadaMu Kekasih

Pameran KepadaMu Kekasih

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Beberapa pengunjung menatap lukisan yang dipamerkan di Muzium Negeri, semalam.


KUALA TERENGGANU 29 Dis. – Dalam jiwa manusia, terbenam jauh di dasarnya rasa cintakan keindahan, suatu fitrah semula jadi bagi menyenangkan hati.

Keindahan itu pula adalah seni, sesuatu yang bersifat abstrak yang dapat menggerakkan jiwa dengan usapan kemesraan, ketenangan, kekaguman, keriangan dan keharuan atau mungkin sebaliknya.

Begitu juga dengan seni lukis dan seni yang selari dengan tuntutan Islam perlu ditujukan kepada masyarakat dengan matlamat terarah mencari keredaan Allah.

Bagi mendekatkan masyarakat terhadap seni itu dan apa yang dipancarkan oleh pengkaryanya, Lembaga Muzium negeri dengan kerjasama Balai Seni Lukis Negara kini mengadakan pameran KepadaMu Kekasih.

Ia sudah bermula pertengahan bulan ini di Galeri Seni muzium itu di sini bagi menarik waktu luang pengunjung pada musim cuti persekolahan.

KepadaMu Kekasih diilhamkan daripada lagu gubahan komposer ternama, M. Nasir dengan lirik indah, karya Enosasah.

Pameran yang akan berakhir pada 28 Januari depan mengetengahkan karya-karya pelukis ternama tanah air dengan tema menzahirkan kepujian terhadap keagungan Tuhan.

Pameran berunsur dakwah ini mengikut terjemahan 'bahasa visual' oleh para pelukis dan penganjur berjaya mengumpulkan 40 karya untuk tatapan.

Ia bertujuan menyemai dan menyuburkan kecintaan dan penghargaan masyarakat terhadap karya seni.

Pada masa yang sama ia dapat mencetuskan satu renungan melalui penampilan makna-makna yang tersirat melalui karya berkenaan.

Penganjurnya juga berharap pameran ini dapat dijadikan satu medium bagi perkongsian intelektual kerohanian antara peminat seni lukis dan pelukis tanah air.

Malah ia mungkin dapat memberikan pengalaman tersendiri dalam menikmati karya-karya berkonsepkan sedemikian.

Antara koleksi yang dipamerkan ialah Al-Basmallah (Thuluth) ciptaan Mohammed Yusof Abu Bakar menggunakan unsur kaligrafi tradisional.

Juga karya Dr. Sulaiman Esa berjudul Taman Misteri dengan media campuran mengutarakan persoalan kehidupan, syurga dan neraka.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

TADC buka kedai Trendi Fresh pertama di Cendering

Posted:

TADC buka kedai Trendi Fresh pertama di Cendering

TADC buka kedai Trendi Fresh pertama di Cendering


PELANGGAN berpeluang memilih ikan hidup yang dijual pada harga murah di kedai Trendi Fresh milik TADC di Chendering.


KUALA TERENGGANU 29 Dis. - Terengganu Agrotech Development Corp. Sdn. Bhd. (TADC) bakal membuka outlet menggunakan jenama 'Trendi Fresh' bagi memasarkan hasil produk syarikat itu dengan lebih meluas kepada umum.

Penolong Pegawai Pemasaran TADC, Mustafa Kamal Daud berkata, outlet pertama itu bakal dilancarkan tengah hari esok di Bangunan Kedai, Taman Permint Jaya Fasa IV, Cendering dekat sini.

Katanya, buat permulaan ia menumpukan pemasaran hasil perikanan daripada projek akuakultur yang diusaha merangkumi beberapa jenis ikan sungai.

Menurut beliau, outlet baru yang terletak di Cendering itu akan memudahkan pelanggan untuk melihat dan membeli hasil ternakan berkenaan yang dijual secara segar.

"Sebelum ini, kita menjual menggunakan jenama TADC dan pelanggan perlu ke pusat ternakan namun dengan pelancaran outlet ini, produk keluaran TADC akan menjadi lebih popular dan diyakini.

"Antara jenis ikan yang dijual di sini terdiri daripada patin, keli, siakap serta talapia merah dan hitam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

TADC adalah subsidiari Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) yang mula berfungsi pada 2006.

Kegiatan utamanya adalah mengurus dan melaksanakan program berasaskan pertanian, perikanan, ternakan, pemasaran hasil dan barangan pertanian serta aktiviti yang berkaitan dengannya.

Pada pelancaran outlet perintis dengan pengenalan jenama baru itu, TADC turut mengadakan promosi jualan murah ke atas beberapa jenis ikan seperti talapia RM7.50 sekilogram, siakap RM12, patin RM3.90 berbanding RM7 dan keli RM4.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan pelancaran tersebut selain berpeluang membeli ikan segar dengan harga murah bermula pukul 3 hingga 6 petang.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen