Rabu, 29 Disember 2010

Kosmo Online - Negara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online - Negara


Penantian 14 tahun berakhir

Posted:

Penantian 14 tahun berakhir

Penantian 14 tahun berakhir

Daripada WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@ksomo.com.my


PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan muncul juara Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama selepas menang dengan agregat 4-2 ke atas Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.


JAKARTA - Setelah menanti selama 14 tahun, Malaysia akhirnya berjaya muncul juara Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 menerusi agregat 4-2.

Biarpun tewas 1-2 kepada Indonesia pada final kedua di Stadium Utama Gelora Bung Karno di sini malam tadi, Malaysia telah menang 3-0 pada final pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Ahad lalu.

Kejuaraan tersebut mengesahkan status Malaysia sebagai raja bola sepak Asia Tenggara setelah saingan peringkat bawah 23 tahun iaitu Sukan SEA turut dijuarai Malaysia di Laos pada 2009.

Kecemerlangan penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat menyelamatkan sepakan penalti kapten Indonesia, Firman Utina pada separuh masa pertama serta jaringan Mohd. Safee Mohd. Sali pada awal babak kedua menjadi detik pengubah perlawanan malam tadi.

Isu laser yang sering diperbesarkan Indonesia sebelum ini akhirnya terpalit kepada mereka sendiri apabila Khairul Fahmi tiga kali diganggu pancaran laser ke arah mukanya.

Ia bermula apabila Indonesia memperoleh sepakan sudut pertama pada minit kelapan diikuti ketika sepakan percuma pada minit ke-12 dan satu lagi sepakan sudut seminit kemudian.

Namun, Khairul Fahmi membuktikan dirinya tidak selembik penjaga gol Indonesia, Markus Harison yang 'alah' dengan pancaran laser ketika aksi final pertama di Kuala Lumpur, Ahad lalu.

Permainan hampir berubah menjadi milik Indonesia apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-18 setelah bola terkena tangan Sabre Mat Abu ketika berlaku pergelutan di depan pintu gol.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Sistem komputer JPJ tergendala

Posted:

Sistem komputer JPJ tergendala

Sistem komputer JPJ tergendala

Oleh ZULKIFLI MANZOR
zulkifli.manzor@kosmo.com.my


Seorang calon ujian memandu bertanyakan mengenai sistem tergendala di sekolah memandu di MyEG Danau Kota, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Ribuan calon ujian memandu berkomputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara terpaksa 'makan hati' sejak tiga hari lalu ekoran sistem komputer ujian berkenaan mengalami masalah teknikal verifikasi dan pendaftaran calon.

Antara tempat yang terlibat dengan masalah tersebut ialah MyEG.com Sdn. Bhd. (MyEG), sebuah syarikat yang dilantik menjadi pusat ujian memandu berkomputer bagi semua sekolah memandu di negara ini.

Masalah itu menyebabkan calon lesen memandu termasuk mereka yang bekerja terpaksa berulang-alik ke pusat ujian atau membatalkan hasrat menjalani ujian berkomputer tersebut bagi mengelak urusan harian lain terjejas.

Turut menerima kesan adalah para guru sekolah memandu yang dipersalahkan ibu bapa calon yang tidak berpuas hati apabila anak mereka gagal menduduki ujian memandu berkomputer seperti yang dijanjikan.

Seorang wakil sekolah memandu di ibu negara, Wan Nurul Shahira Wan Ab. Rahman, 23, berkata, sistem ujian memandu berkomputer JPJ kendalian syarikat swasta yang dilantik kerajaan itu pasti akan tergendala pada setiap hujung tahun.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen