Rabu, 29 Disember 2010

Utusan Online - Utara

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


USM juara Perniagaan Malaysia

Posted:

USM juara Perniagaan Malaysia

USM juara Perniagaan Malaysia

Oleh ZABRY MOHAMAD
utusanpulaupinang@utusan.com.my


Dari kiri: Nur Ain Zainol Abidin, Nur Suhaila Mohamad Raffi, Mohamad Ariff Safwan Abdul Ghani, Abul Kasim S.M.J Dulkaman dan Shahrul Afizam Mohamad gembira bersama piala pusingan yang dimenangi di Kuala Lumpur, baru-baru ini.


PULAU PINANG 28 Dis. - Universiti Sains Malaysia (USM) muncul juara pertandingan Perniagaan Malaysia antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang dianjurkan buat pertama kali di ibu negara baru-baru ini.

USM yang diwakili lima pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral berjaya mengalahkan 98 pasukan lain dari IPT seluruh negara.

Menggunakan gelaran nama USMEC, mereka terdiri daripada Abul Kasim S.M.J Dulkaman, Shahrul Afizam Mohamad, Mohamad Ariff Safwan Abdul Ghani, Nur Ain Zainol Abidin dan Nur Suhaila Mohamad Raffi.

Mereka membawa pulang wang tunai RM10,000, piala pusingan dan sijil penghargaan.

Ketua Pasukan USMEC, Abul Kasim berkata, strategi berteraskan konsep Blue Ocean yang digunakan dalam pertandingan tersebut ternyata membawa tuah kepada mereka.

Menurutnya, menerusi konsep itu, USMEC berjaya memasarkan produk sehingga memperoleh keuntungan sebanyak RM6,208.

''Keuntungan daripada hasil jualan dan wang kemenangan ini akan kami gunakan untuk membuka sebuah syarikat bagi menjalankan perniagaan kecil.

"Langkah ini sekali gus dapat mendedahkan ahli-ahli kami kepada bidang perniagaan," katanya.

Abul Kasim turut dinobatkan sebagai ketua pasukan terbaik dan menerima hamper bernilai RM300.

Pertandingan Perniagaan Malaysia dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi, Bank Rakyat, Suruhanjaya Syarikat Malaysia serta Majlis Keusahawanan Mahasiswa Universiti-Universiti Malaysia (Makmum).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Program Tunas Mekar lahirkan usahawan jutawan

Posted:

Program Tunas Mekar lahirkan usahawan jutawan

Program Tunas Mekar lahirkan usahawan jutawan

KANGAR 28 Dis. - Program Tunas Mekar yang diperkenalkan sejak 2005 berjaya melahirkan siswazah usahawan yang mampu menjana pendapatan lebih RM1.2 juta setahun.

Pengarah Institut Tunas Mekar Tun Abdullah Badawi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya, Sodri Ariffin berkata, salah seorang siswazah terlibat kini berjaya mengusahakan restoran dan katering di Terengganu.

"Dia memulakan perniagaan tersebut sejak tiga tahun lalu selepas berjaya menamatkan kursus Program Tunas Mekar.

''Malah pada tiga bulan pertama memulakan perniagaan tersebut, dia berjaya meraih pendapatan bersih sebanyak RM300,000," katanya.

Beliau berkata, siswazah Diploma Tekstil UiTM itu adalah antara mereka yang mengikuti program berkenaan dan berjaya membuka perniagaan dalam bidang yang diminati.

"Selain siswazah tersebut kita juga berjaya melahirkan kira-kira 14 graduan usahawan yang berpendapatan lebih RM10,000 sebulan malah mereka yang mengusahakan restoran ataupun kedai runcit kini mampu membuka lebih dua cawangan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil Tunas Mekar Perlis yang dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mata Ayer, Khairi Hassan dan Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat UiTM, Prof. Dr. Mohamad Kamal Harun, di sini, hari ini.

Program Tunas Mekar diilhamkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan diselaraskan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Menurut Sodri, siri pertama dilaksanakan pada 2005 dan sehingga kini seramai 500 siswazah telah mengikuti program tersebut manakala 300 daripadanya telah berjaya mengusahakan perniagaan sendiri.

Beliau berkata, program itu terbuka kepada semua siswazah yang berminat dalam bidang keusahawanan dengan menjalani tempoh kursus selama setahun bersama pihak pengusaha.

"Sepanjang tempoh tersebut, para siswazah dibayar elaun sebanyak RM800 sebulan dan belajar selok-belok mengusahakan perniagaan yang diminati," ujarnya.

Sodri berkata, sejak program itu diperkenalkan, jumlah siswazah lelaki yang menyertainya melebihi 60 peratus namun trend itu kini berubah apabila penyertaan siswazah wanita kini menyamai bilangan lelaki.

"Kebanyakan golongan wanita berminat untuk mengusahakan perniagaan bakeri, salon dan spa serta restoran," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Program Tunas Mekar di Perlis merupakan yang pertama kali diadakan melalui siri kedua dengan 18 siswazah berjaya menamatkan program itu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen