Rabu, 29 Disember 2010

Kosmo Online

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Kosmo Online


Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010

Posted:

Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010

Malaysia juara Piala Suzuki AFF 2010

29/12/2010 10:24pm

KUALA LUMPUR – Malaysia menumpaskan Indonesia dengan agregat 4-2 dalam perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Indonesia malam ini.

Malaysia tewas 1-2 kepada Indonesia dalam perlawanan timbal balik.

Separuh masa: MALAYSIA 0 INDONESIA 0

Penjaring:

MALAYSIA: Mohd Safee Mohd Sali (min 53)

INDONESIA: Mohammad Nasuha (min 71), gol sendiri (min 87)

– Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Jualan rokok haram turun kepada 36.7%

Posted:

Jualan rokok haram turun kepada 36.7%

Jualan rokok haram turun kepada 36.7%

29/12/2010 8:05pm

KUALA LUMPUR – Tahap penjualan rokok haram di negara ini telah berkurangan kepada 36.7 peratus bagi tempoh Jun hingga Ogos tahun ini, demikian menurut hasil Kaji Selidik Rokok Haram, yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Pengilang-Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM), di sini, hari ini.

Pada tempoh Mac-Mei tahun ini tahap penjualan yang dicatatkan ialah 39.7 peratus.

Ketua Eksekutif CMTM, Shaik Abbas Ibrahim, berkata, penurunan itu menunjukkan bahawa usaha-usaha penguatkuasaan padu seperti serbuan yang berterusan, terutamanya di peringkat runcit dan pendakwaan ke atas peniaga rokok haram oleh agensi penguatkuasaan undang-undang mula membuahkan hasil.

Shaik dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata, ini adalah hala tuju yang betul dan berharap elemen pencegahan akan terus dipertingkatkan oleh mahkamah dengan hukuman penjara.

Meskipun penurunan dalam penjualan rokok haram, beliau berkata, angka 36.7 peratus itu masih dianggap kritikal. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen