Selasa, 28 Disember 2010

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Geng pecah rumah ganas tumpas

Posted: 27 Dec 2010 11:12 AM PST

AMPANG: Sekumpulan lima lelaki dan seorang wanita dinamakan 'Geng Riki' yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di daerah ini dan sanggup mencederakan mangsa jika melawan tumpas apabila semua mereka ditahan dalam operasi khas, malam Sabtu lalu.

Penahanan semua kumpulan yang turut dianggotai dua warga Thailand itu hasil kejayaan polis menahan ketua kumpulan terbabit yang menikam dada dan lengan seorang remaja warga Taiwan berusia 18 tahun dengan gunting selepas menceroboh rumah mangsa di Kondominium Monte Bayu, Bukit Permai, di sini, kira-kira jam 5.30 petang hari sama.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata kejadian itu disedari pengawal keselamatan kondominium berkenaan yang segera menghubungi polis.

"Polis yang bergegas ke tempat kejadian menahan seorang lelaki di tingkat 12 kondominium berkenaan ketika memecah masuk sebuah rumah di tingkat berkenaan.


"Soal siasat ke atas suspek membawa kepada penahanan tiga lagi ahli kumpulan sama masing-masing dua lelaki dan seorang wanita di sebuah rumah di Pandan Indah, pada hari sama," katanya.


Menurutnya, pemeriksaan dalam rumah itu menemui pelbagai barang berharga dipercayai hasil samun yang disimpan ahli kumpulan terbabit.

Antara barang yang dirampas termasuk pelbagai jenama telefon bimbit, alat elektrik dan elektronik, pelbagai jam tangan dan satu komputer.


Beliau berkata, susulan itu, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Pandan Cahaya dan menahan dua lagi lelaki juga ahli kumpulan sama.

"Polis turut merampas barang berharga dipercayai hasil curi di rumah itu termasuk sebuah Perodua Viva yang pernah dilaporkan hilang oleh pemiliknya di Ampang, November lalu.


"Nilai rampasan semua barang itu dianggarkan berjumlah RM100,000 dan semua suspek kini direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 394 kanun Keseksaan," katanya.


Menurutnya, polis turut merampas alat menghisap dadah dan hasil ujian air kencing mendapati semua mereka positif dadah dan ketua kumpulan terbabit serta tiga ahli kumpulannya mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Warga Ghana guna 2 pasport

Posted: 27 Dec 2010 11:01 AM PST

AMPANG: Dua pasport dengan dua nama berbeza. Itu yang dilakukan seorang lelaki warga Ghana apabila cuba menggunakan helah itu untuk menetap lebih lama di negara ini.

Namun, taktik itu terbongkar apabila lelaki berusia 26 tahun terbabit ditahan polis dalam serbuan di sebuah rumah kedai di Pandan Perdana, di sini, Khamis lalu.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata lelaki terbabit masuk ke negara ini dengan menggunakan status pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta dan dia ditahan selepas polis menerima maklumat kegiatannya itu.

"Ketika ditahan, polis menemui sembilan lagi pasport milik orang lain yang dipercayai sudah dipalsukan dalam beg sandang dibawanya.


"Selain itu, turut ditemui cop Jabatan Imigresen dan alat meteri yang dipercayai dipalsukan dan beberapa alat pemalsuan pasport," katanya.


Menurutnya, polis percaya lelaki itu anggota sindiket pemalsuan pasport, namun siasatan lanjut mengenainya masih dijalankan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen