Isnin, 27 Disember 2010

Utusan Online - Jenayah

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Jenayah


SPRM tahan dua pegawai kanan

Posted:

SPRM tahan dua pegawai kanan

SPRM tahan dua pegawai kanan

Oleh ZABRY MOHAMAD
zabrymohamad.madzlan@utusangroup.com.my

PULAU PINANG 27 Dis. – Seorang ketua jabatan agensi kerajaan dan seorang pengurus kanan sebuah perbadanan di bawah kerajaan DAP Pulau Pinang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berhubung kesalahan rasuah.

Suspek pertama, seorang lelaki berusia 44 tahun yang memegang jawatan pengarah di sebuah agensi kerajaan di Seberang Perai ditahan kira-kira pukul 10 pagi di pejabat SPRM negeri.

Manakala suspek kedua, juga lelaki ditahan di sebuah balai polis di sini kira-kira 1 petang.

Pengarah SPRM negeri, Datuk Latifah Md. Yatim berkata, pengarah yang telah berkhidmat sebagai penjawat awam sejak 20 tahun itu disyaki meminta serta menerima rasuah daripada seorang kontraktor pada 2008 dan 2009.

"Dia yang bertugas di negeri ini sejak 2008 disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM16,325 untuk deposit sebuah kenderaan daripada seorang kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pejabatnya.

"Kesalahan tersebut dilakukannya di Kulim, Kedah," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Menurut Latifah, pengarah tersebut kini ditahan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Beliau menambah, suspek berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Sungai Petani esok.

Sementara itu, jelasnya, suspek kedua berusia 53 tahun ditahan kerana disyaki memalsukan dokumen pada Ogos 2008 ketika menguruskan bahagian kewangan syarikatnya.

"Melalui satu memo, dia telah membayar tuntutan yang dibuat oleh sebuah syarikat berhubung pembekalan peralatan komunikasi bernilai RM5,700 untuk dipasang pada sistem perakam waktu sedangkan alat tersebut tidak dibekalkan," katanya.

Beliau memberitahu, kes berkenaan disiasat menurut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 di mana jika sabit kesalahan boleh didenda lima kali nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun.

Katanya, pengurus kanan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Trauma cuba diragut lelaki bermotosikal

Posted:

Trauma cuba diragut lelaki bermotosikal

Trauma cuba diragut lelaki bermotosikal

SEREMBAN 27 Dis. - Seorang peniaga trauma apabila tercedera selepas menjadi mangsa cubaan ragut oleh sekumpulan lelaki bermotosikal di Jalan Rahang berhampiran Stesen Komuter Seremban dekat sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi, mangsa, Ho Ken Jee, 54, cedera di kaki dan kepala selain patah tulang rusuk akibat terjatuh dari motosikal yang ditungganginya.

Menurut mangsa, ketika kejadian, dia menunggang motosikal seorang diri dari rumahnya di Rahang menuju ke gerainya di Pasar Besar Seremban di sini.

Menceritakan semula detik cemas itu, Ken Jee memberitahu, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, motosikalnya dihampiri sekumpulan lelaki yang menunggang kira-kira 10 buah motosikal.

"Tiba-tiba, salah sebuah motosikal yang dinaiki dua lelaki menghimpit motosikal saya sebelum pembonceng motosikal itu cuba meragut beg yang disangkut di pinggang saya.

"Saya bertindak menepis tangan lelaki itu beberapa kali menyebabkan suspek hanya dapat menarik jaket saya. Mungkin berang dengan tindakan saya, lelaki itu kemudian menendang motosikal saya sehingga saya terjatuh," katanya ketika ditemui di Hospital Pakar Seremban di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, selepas terjatuh dan terbaring di atas jalan, kumpulan lelaki bermotosikal itu kemudian cemas sebelum bertindak melarikan diri.

"Mereka melarikan diri dan tidak sempat mengambil apa-apa barang milik saya. Mujurlah ada penunggang motosikal yang melalui kawasan tersebut membantu membawa saya ke hospital.

"Pemeriksaan x-ray mendapati tujuh tulang rusuk saya patah selain beberapa kecederaan pada kepala dan kaki," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak dapat mengecam rupa serta wajah suspek kerana mereka memakai topi keledar dan keadaan ketika itu masih gelap.

Kata Ken Jee, kejadian itu merupakan kali pertama buat dirinya sejak berniaga di pasar berkenaan kira-kira 30 tahun lalu.

Menurutnya, dia belum membuat laporan polis berhubung kejadian itu kerana masih berada dalam keadaan trauma dan akan berbuat demikian dalam masa terdekat.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

0 ulasan:

Catat Komen